24 July 2012

Day 4 | Berpuasa ketika hamil

-



hari ni dni beli makanan kat bazar je. besok InsyaAllah dni masak. tu pun kalau tak ke bazar. kalau dah ke bazar, alamatnya tak yah masak dah. beli 1 lauk pun dah cukup untuk makan dua orang. maklumlah kami duduk berdua je. makan berbuka bukan nak mentekedarah sangat. bila masuk waktu berbuka, makan sebiji kurma then minum air pun dah rasa kekenyangan sebenarnya kan...




today dni beli nasi dagang untuk suami tercinta. sebab semalam dia request nak nasi dagang tapi tak ada lak semalam. sian dia kempunan nak makan nasi dagang. suruh bini buatkan, bini tak reti. kih3... Alhamdulillah, nampaknya rezeki asben hari ni, ada dijual nasi dagang di bazar berlaukkan acar dan juga gulai kari ikan tongkol. orang teganu lak yang buat. kena lah dengan selera asben. untuk dni pulak dni beli lontong dan bubur kacang hijau. tapi berbuka dengan lontong je. bubur dni simpan dalam peti. makan besoklah kut ^__^





menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari ni adalah:



BERSAHUR :

  • 7biji kurma
  • air masak
  • sekeping roti disalut mentega kacang
  • sebiji kueh cara




BERBUKA :

  • 3 biji kurma
  • air masak
  • segelas air tebu
  • lontong

(antara jam 9-11malam)

  • 5biji kurma
  • kerepek ubi
  • supplement (vco, fish oil, vita c, tablet susu kambing, wum)
  • air masak


itu sahajalah yang dni makan pada hari ni. no coklat! haha... nak tahu tak kenapa? sebab hari ni dni makan buah kurma madu YuTa. tahap kelazatannya dah rasa nikmat macam makan coklat. sedap tak terperi... Alhamdulillah... gebu-gebu gtu rasanya kan... chocodate dni dah makan semalam. jap lagi or besok dni wat review eyyy!





untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.





-

26 comments:

  1. akak sepanjang ngandung ni tak berani nak minum air tebu..mak akak pun tak bagi..

    sedapnya lontong..kat sini susah nak jumpa orang jual lontong..memang tak de rasanya..kena buat sendiri la kalau nak makan..

    ReplyDelete
  2. kurma ape tu??yuta?? tunjuk r gmbanye sis..

    ReplyDelete
  3. wah..boleh eh akak tak makan nasi sehari..hee perot jijah nak nasi je puasa2 ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. MM pon ari ni tak masak.. Alang2 dah kuar uruskan hal company tadi, balik tu terus singgah bazar.. Beli ikan pari bakar, kuih cara berlauk, kuih apam & tepung pelita.. Pastu beli air mangga.. Balik umah masak nasik je.. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Kelmarin kmk merasa juak makan lontong.. First time rasa.. Sedap gak...

    ReplyDelete
  6. sikitnya makan.....kalau akak mesti nak nasi jugak....

    ReplyDelete
  7. salam Dini.Slmt bersahur

    Kat umah k.atie pon masak simple2 gak..mkn berdua.Lgpon lps tu nk g sembahyg Tarawih kat masjid..Xleh kenyang2 sgt :D

    Tp kuih mmg k.atie xbuat dlm bln puasa ni..beli kat pasar ramadhan jer.Lauk pauk masak sendirik

    Semoga dini sihat sentiasa dlm mevnjalani ibadah puasa ni.Aminnn

    ReplyDelete
  8. bagus ibu mengandung ni mkn byk kurma..

    ReplyDelete
  9. teringat waktu kami berdua bersahur dan berbuka sebelum mempunyai anak...2 lauk pun dah cukup...kurma jangan tinggal..

    ReplyDelete
  10. semoga dni diberikan kesihatan yang elok utk berpuasa yer

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah :)
    akak suka kurma maryami

    ReplyDelete
  12. boley ke minum air tebu while preggy? ana takot nak minum air tebu.. org kate tajam.. tpi sejak 1st puase rase naaaaaak sgt air tebu. husband x bgi sbb bru je lps 3 bulan now 14-15 mggu.. gosok2 perot je bile teringat air tebu.. takot kempunan plak...

    ReplyDelete
  13. syukur dini larat nak puasa.kalau larat teruskan jnji kurma mmng wajib! akak thn lepas pun puasa penuh tp tgh morning sickness teruk masa tu, masak memasak adalah dilarang! hehe..takleh cium bau org masak, muntah dan pening. mk, sbln la makan mknan bazar atau mkn rumah mak.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak mkn nasi dagang.
    rase mngidam lak ...
    hehe

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah dni kuat :)

    mmg takleh nak makan banyak kan.. rsa penuh je kalau time pegnent ni

    ReplyDelete

  16. buat anda semua:

    air tebu, nenas, rebung, atau yang sewaktu dengannya yang dikatakan tajam tu no problem di makan... kalau rahim kuat, InsyaAllah tade pape2 berlaku. yang selalu terjadi kes makan makanan tu then ada perkara buruk berlaku, itu disebabkan rahimnya lemah.. rahim lemah tak semestinya sebab makan makanan tu semua. kadang makanan tercemar, atau terlalu lemah kalau terhentak sikit pun dah tak boleh. so kita jangan terlalu streotype dalam hal ni ^__^ dni berani makan sebab mak dni sendiri masa mengandungkan dni dia makan nenas banyak2 pun Alhamdulillah tade pape. dia suka makan nenas masa tu...:) and dni since 5bulan pregnant dah minum air kelapa, makan acar rebung... nenas lak, dni selalu makan yang dalam masakan macam dalca, pajeri, pizza since kandungan 2bulan.. now dah masuk 8bulan... ALhamdulillah... kandungan dni kuat. syukur :')



    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..walaupun berbuka dgn lauk simple..tp ia mengenyangkan..

    ReplyDelete
  18. @Ardini Humaira

    Masa saya preggy pun, saya minum je air kelapa, mkn nanas, rebung, buah durian. tp alhamdulillah, semuanya ok dan kandungan msh terpelihara. :)

    ReplyDelete
  19. sis n hubby kalo berbuka mesti makan nasi.. tak kira lah nasi ape.. janji nasi..hehehe..

    ReplyDelete
  20. berpuasa waktu hamil sebenarnyer lebih mudah dari berpuasa mase menyusukan anak..:) tu pendapat aty ar...tp betul..aty tahun lepas pose ngah pegnan...kalau tak kerana bleeding akhir2 pose tu..aty dapat pose penuh tanpe masalah..:)

    ReplyDelete
  21. akak time pregnant bulan puasa, berat mesti turun. huhuhu...

    ReplyDelete
  22. elok banyak makan kurma time preggy :) memberi tenaga untuk kita kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.