-



dah nak masuk 10 hari kita berpuasa... tinggal lagi 20hari untuk kita semua menjalani ibadah puasa di bulan mulia, bulan Ramadhan. rasa macam sekejap je masa berlalu meninggalkan kita, kan? tup-tup dah nak masuk hari yang ke-10... bulan julai pun dah nak melabuhkan tirainya... masuk bulan ogos nanti, tinggal 4bulan sahaja lagi tahun 2012 akan berakhir... fuh... serius, rasa makin tua dah, hehehe....



cmana puasa korang hari ni? harap-harap Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka... dni pun hari ni Alhamdulillah.. cuma sebelah pagi tu terlebih tidur sikit. al-maklumlah hujan lebat pagi tadi.. syioknye tarik selimut di hari minggu ^___^ besok dah mula kerja... bila lagi nak merasa rest sakan...




hari ni, asben dni offerkan diri nak masak juadah berbuka puasa. fuh, terharu betul.. semalam pun dia masak juga.. hari ni dia masak lagi... mekacih banyak2 ye suami tercinta! dia masakkan dni ikan kerapu sweet sour dan dia punya ikan bakar... asben cuma mintak dni sediakan air asam je untuk jadi pencecah ikan bakar... sedap betul masakan asben. nyummeh!!! jom tengok apa juadah bersahur dan berbuka dni pada hari ni:



BERSAHUR :

(lauk berbuka semalam)
  • nasi + daging rusa panggang + serunding daging
  • segelas soy fresh plus banana & apple
  • 3biji buah kurma
  • air masak





BERBUKA :
  • nasi + ikan sweet sour
  • 3biji kurma
  • kueh akok
  • segelas soy fresh
  • air masak



(selepas waktu berbuka - 11 malam)
  • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
  • air masak
  • 5biji kurma
  • sebiji chocodate
  • 1 batang aiskrim potong kacang merah



hari ni tak menahan nak pekena aiskrim porong kacang merah... sebab dah beberapa hari dok mengidam bubur kacang hijau yang oumphhh sedap, malangnya dni tak dapat merasa bubur yang oumphhh sedap tuh... bila beli asik tak kena dengan selera.. nak buat sendiri, ooomak aih! malasnyewww takat nak makan sorang. last2, makan eskrim kacang merah pun jadilah. hihihhh...


untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



-


12 Comments

  1. Alhamdulillah,dini ngidam sgt ke?kalau buat xtra bubur kacang tu xpe kot.blh buat ais krim m'sia hehe

    ReplyDelete
  2. Untunglah, kak Dni! Husband rajin nak tolong & pandai masak. Boleh kak Dni berehat kejap kan? :)

    Puasa hari nie ada dugaan sikit, tiba-tiba demam. :'(

    ReplyDelete
  3. rajinn nyeee husband kakak nii masak.alhamdulilah :D
    happy fasting kak take care <3

    ReplyDelete
  4. mengancam tul warna ikan kerapu sweets and sour tu..mesti sedap ni..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Dini.Untungnya dapat HB yg rajin ke dapo...nampak sdp hasil airtgn HB Dini tue..:D

    ReplyDelete
  6. bagus betul suami dni...semoga berterusanlah nak bantu isteri ye...jangan mula2 je ye...apa2 pun tahniah dni berjaya berpuasa dengan baik dalam keadaan hamil ni..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... kejap jer masa berlalu.. (^_^)
    teruskan berpuasa selagi terdaya yer Dni.. (^_^)
    sedapnya masakan encik asben Dni.. bertuah Dni yer encik asben turun dapur nak masakkan utk isteri dia.

    ReplyDelete
  8. bertuah kak dni ni...hehe mengenang isteri n anak yg tengah sarat jugak kan.. macam tu baru rukun rumahtangga..hehe

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhhh..

    mesti teruja kan merasa masakan incik suami.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.