03 April 2010

Pengalaman Berurusan Dengan Syarikat Penerbitan Novel..


kalau anda yang berminat nak cuba nasib dengan menghantar karya macam novel, cerpen dan sebagainya ke syarikat penerbitan tu... korang kena cekalkan hati tau.. sebab.. dni pernah berurusan dengan mereka.. malas nak cakap syarikat mana. tapi ada tiga syarikat yang dni cuba nasib.. iyalah.. dah siapkan novel setebal 300++ muka surat, pastilah teruja nak dipublishkan..



teringin nak ada novel sendiri.. seperti mana penulis-penulis novel terkenal kat Malaysia ni. dni usahakan selama setahun lebih. walaupun ada beberapa rintangan seperti kehilangan idea, draft hilang, folder tak boleh buka sebab virus, novel tu lenyap dek laptop rosak.. tapi ianya tak mematahkan semangat dni untuk menyiapkan cerita tu.. ya.. cerita yang dni angan-angankan untuk diterbitkan..



sekarang, cerita tu ada dalam laptop lama.. dah lama dni tak cuba buka laptop tu. sebab dni kecewa.. setelah berbulan-bulan dni emelkan pada publishers, apa yang dni dapat hanyalah balasan emel yang macam ni..


  • boleh tak saudari emelkan semula pada pihak kami. kami tak menemui emel yang saudari maksudkan
  • maaf, kami punya banyak emel yang perlu dibaca. jadi pihak kami memohon ribuan kemaafan sekiranya emel saudari tidak dibaca
  • kami berminat dengan karya saudari. namun pihak kami tidak menerima karya baru buat masa ini

dan lain-lain..



tak kurang juga ada yang senyap macam tu je. kalau tak suka, bagitahu je, senang. ini buat orang rasa sakit hati. dni bukan hantar satu cerita. tapi hampir 5 cerita. 1 novel dan yang lain-lain tu cerpen. emelkan beberapa kali benda yang sama.. kecewa sangat. tak terkata rasa kecewa tu. sebab kita taruhkan kepercayaan pada syarikat tu untuk baca karya kita.. menilai dengan adil saksama.. tapi bila ada cerita tiba-tiba keluar setahun lepas tu hampir sama dengan cerita kita.. tidakkah kita rasa bertambah kecewa? :'(




sekarang, dni kuburkan saja hasil karya dni.. biarkanlah ia bersemadi dalam hati dni.. dni pasrah.. dan mungkin jika ada kekuatan, dni akan publishkan novel tu pada satu blog baru.. biarlah ia tak menjadi sebuah novel yang diidamkan dni. namun bila ianya dapat dibaca oleh anda semua nanti, itu sudah cukup memadai buat dni..






###oh.. luahan hati..###



31 March 2010

Tutorial : Blogger in Draft


dni susah nak ngam ngan template2 atau background yang sedia ada ni. asyik tukar.. tukar.. tukar.. dan tukar... iyalah.. berkenan yang 3 column tapi designnya tak ngam.. berkenan yang 2 column pulak.. ada la mana-mana yang tak kena. asyik tak puas hati.. jadi, since blogspot dan mula ada blogger in draft ni, happy tahap max la dni. dapat design blog ikut citarasa sendiri..




nak tulisan besar mana.. warna apa.. pesen mana..semua depends pada diri sendiri.. bahkan nak berapa column dan column tu nak besau mana.. duk cmana.. dan pelbagai lagi lah! best kan? main designkan blog sniri ala-ala designer gitew. ahahaha...



okeh.. memula nak buat tu kena kasi dia jadi Make Blogger in Draft... tekan link kat bawah dni bagi tu... terus jadi blogger in draft blog u ols.. yang penting, u ols sign in dulu la.. hehe..



CLICK HERE




okeh.. dah jadi? meh kita tengok cmana ianya berfungsi.. testingggg.. 1 2 3 ;p



Langkah 1:

dah masuk dalam blogger in drat tu.. u ols kena klik kat kotak yang dni bulatkan merah.. tekan situ. pastu u ols klik layout..






Langkah 2:

dah klik layout, u ols tengok kat kanan sekali tu... ada bertambah lagi satu benda iaitu template designer... ha... klik yang tu.. ^_^





Langkah 3:



ha... kan kua benda ni.. u ols leh la jadi designer untuk blog sendiri.. ikut suka hati u ols la nak hantam blog tu jadi cmana... ianya bermula di sini... cheyyhhh... comella blog uols nanti :)



memula tekan template tu u ols nak yang cmana... pastu pilih la background.. yang penting u ols tekan drop down button yang kat tengah tu ditulis backgroun image... then u ols pilih kat selest background image mengikut citarasa u ols.. nak jenis abstract ke.. ape ka.. terpulang. cam dni, dni suka plain kaler je.. hihii



Langkah 4:


dah siap godek-godek backgrond, u ols bolehla pilih nak layout pesen mana.. 2 column ke.. 3 column ke.. layout ke kiri ke.. kanan ke.. tengah ke.. apa saja.. kalau tak puas hati nampak kecik ke terlalu besar ke.. klik je adjust width tu.. adjust sendiri nak besau mana... easy kan?







Langkah 5:


selesai yang tu, u ols tekan advance untuk lebih lanjut. yang ni rumit sikit sebab kena alert satu-satu. karang silap tukar, nak tulisan lain, jadi tulisan lain.. haa... pakai spek tebal2.. ;p




Langkah 6:



u ols leh tekan view blog untuk preview setiap ubahsuai yang u ols buat.. pastu bila dah agak-agak puas hati, tekan la apply to blog.. serta merta gak blog u ols menjadi cun mengikut pilihan hati u ols sendiri.. best kan? jadi designer.. eceheeehhh... ^_^








selesai sudah tutorial untuk Make Blogger in Draft ni... dni pon tak berapa arif sebenarnya. cuma berkongsi idea untuk mana-mana u ols nak buat background atau template baru. dni pon duk design2 balik blog dni.. nak puaskan hati ni untuk dapat design yang menepati pandangan mata dni. hikss...



Good Luck tau u ols!
^_^




11 January 2010

Mimpi lipan besar..

Hari ni saya rasa sungguh bertuah :) pegi pekan nak bayar barang yang saya menang auction kali ke-5 tu.. Sronot gila dapat jadi pemenang coz saya dah jadi pengguna tegar produk beautee sejak kenal ampoule. Dapatla beli dengan harga murah..gembira wo0o0oo..


Pastu masa tengah bank in fulus tuh, henpon saya berbunyi (lagu di taman teman, tokti. Heh, tetiba rasa nak tuko lagu tiktok lak). Tengok2, si ain yang call. Saya angkat ler kot ada urgent ke ape kan...


Ain: assalamu'alaikum, kakmi kat ne?

Me: w'salam.. Dok maybank. Nape?

Ain: maybank mana tu?

Me: ni haaa kat cabang 3 je. (Tetiba gi tekan 'tidak' masa nak confirm amount duit tuh! Grrr...hangin...hangin..)

Ain: ain dok sebelah keta kakmi ni. Nampak kete kakmi so ain park kete ain sebelah kete kakmi. Ain nak ngedate jap..

Me: (tengah tekan2 masuk duit balik) oh, ok

Ain: xpela kakmi. Nati kita jumpa

Me: orait...

Tet... Letak tepon...



Dah letak tepon tu, siapla saya wat payment saya gegas pegi kat kete. Ho0o betol minah tu tunggu kat situ. Ceh...kaver muka bangun tido+demam tak mekap pape saya pegi la kat dia ;p


Sembang nyer sembang tetiba ain cakap ada hadiah. Ingat adiah aper... Skali...adiah nak kasi saya epi2 pasal esok nak blaja dah. Seh...terharu tahap gila beb dengan kecomelan ain kasi saya adiah. Oh..ohh...terharu..temkyu so mac la ain! Fuhhh... U make me smile. Temkyu temkyu..


Ni la dia adiah yang saya maksudkan..








Yer.. Sebuah mug yang comel! Hehe..jadi mangsa kopi la mug ni nanti. Temkyu lagi skali taw ain..cheewah dapat adiah. :-) sronot betol...awww..


Teringat pula malam tadi mimpi lipan besar. Bapak geli bila terbayang balik lipan tu nak termuntah pon ader. Eiii...bayangkanla badan dia yang banyak kaki2 bergerak tuh. Seghiau ceq! Hish...


Mimpi dia dok gelepar2 pasal badan dia terbalik. Pastuh tak taw dah. Mimpi cemtu je. Ada my fwen nama kak wani cakap mimpi lipan ni nak dapat rezeki. Tapi korang jangan percaya sangat juz orang tua-tua cakap je la. Bila pk pk je..alhamdulillah hari ni dapat rezeki, adiah mug yang comel dari ain yang comel lotey.


Saya tersenyum sorang diri sekarang..hehe ;p




**comel kan?

12 February 2008

Lesen P dan Pasar malam ;)

Macam orang kata, kenangan terindah. Hehehe, tapi patutkah ianya dikatakan sbg kenangan terindah apabila kisahnya begini ;p…. teng teneng!

Tadi, mase kat lab time khusyuk2 dengar Encik Syariful buat lawak kat depan, saye dapat satu mesej. Tapi, sebab syok gile creating web page, tak hengat nak tengok mesej tu (sambil-sambil edit2 profile di facebook). So, saye ingnore je laaaa. Bila kelas dah nak habis, baru teringat nak tengok mesej tu. Alamakkkk!!!! Laaa, lupe yang saye ade janji dengan housemate saye nak pergi pasar malam. Adus, dah kul 6 petang. Habisla!

Rupanya, Yana(my housemate) mesej tanya jadi ke nak sewa kereta nak ke sana (sebab tak pernah sewa lagi b4 this). Macam mana ni? Lesen, IC tak fotostat lagi untuk sewa kereta tu. Saya jalan2 balik rumah sambil mesej Yana suruh dia fotostat dia punya sajalah. Janji, saya yang drive. Bukannya apa, sebab dah janji dengan diorang. Kalau diikutkan ht saye, bukannya suka sangat sewa kereta tu. Lainlah kalau naik kereta sendiri. Hahaha…


Al kisahlah dah settle sewa kereta tu dalam 6:10 pm. Saya dengan yakinnya nak buka kunci kereta tu. Sekali…,

Yana, kenape kereta ni tak leh buka ye? Kunci tak masuk,” saya bertanya.
“Eh, sini nak tengok. Alaaa, salah tu. Kunci yang satu lagi la!” kata Yana. Pergh! Mistake lak kat situ hikhikhik… Kantoi!


Iyalah, selama ni naek kereta my dad main tekan punat saja dah terbuka. Ni nak main kunci, tak biasalah konon ;p hahaha! Luculah! Seperti biasa dengan skemanya betulkan kerusi, cermin pandang sisi dan belakang, pakai sitbelt, start enjin, masuk gear, fuh…Alhamdulillah… allright. Tibalah turn nak gi ambik Emma and Eina(rumet Yana, saye tak ada rumet..) lak kat depan rumah.

Nampaklah dua orang tu tengah tunggu depan rumah. Tapi, gabra nye pasal saya tak parking depan rumah. Tapi tepi pintu pagar UiTM. Risau gak nak parking depan rumah tu pasal bila nak pergi balik kena daki bukit sikit. Takut2 tak dapat kawal kereta tak pasal2 kemek belakang ;p hik3. So, decidelah nak parking kat situ tunggu diorang kat pagar UiTM saje.

Datanglah Emma and Eina dengan sengih2nya pasal ni la 1st time aku bawa kete nak gi p. malam. Konon nak tunjuk skill lah kot. Tak de la sampai cemtu… sambil2 nak test kepakaran dalam pusing2 stereng ni hehehe… Berbalik pada cerita tadi, saye dengan readynye bila Emma & Eina dah masuk dalam kete, lepaslah handbreak.

Aaaaa! Kereta mengundur ke belakang! Apesal! Yana… saya lupa kat sini pun bukitlah! Kita lupa kat sini tadi. Cemana ni? Yana yang dah ade lesen tu pun gabra juga. Tapi dia takut nak drive. Ntah ngape laaa. Hahaha, saye dah buat orang dalam kereta tu gabra. Cuba lepaskan cluth tu slow2… Tapi, kereta tu mengundur ke belakang lagi!.Eiii tak faham!

Fuh…fuh… so, saye pun try la tekan minyak kuat2. Kononnya ingat sempat pusinglah nak sampai simpang… (try datang UiTM machang n tengok kawasan dia cmana. Bukit2 gitu. Huhuhu…) Mak datuk! Salah tekniklah pulak! Hampir2 langgar tembok jalan. Pergh! Semua yang duk makan2 kat restorant tepi tu dah pucat lesi pasal nampaknya macam ade orang nak accident! Nak melompat kereta kancil tu saye buat. Lantaklah orang nak tengok. Saye kesah apa. Hahaha, buat tak heran je. Sekaligus mendapat kekuatan untuk drive dengan berhemat. Fuh…, akhirnya selamat…

Emma… Yana… Eina… semua takut2 dalam kereta tu. Tapi saye dengan selambanya wat don’t know je hahaha. (Padahal takut juge.) Lepas tu, sampailah kat pasar malam tu. Cari-cari parking, terjumpalah satu. Tapi depan public phone. Mungkin kena saman kalau ade tukang saman tu. Kitorang malas nak cari tempat lain, so parking sajalah kat situ. Takut juga sebab time tu ade kete JPJ lalu sambil tengok2 kitorang. Yana pun melemparkan senyuman yang paling manis buat pakcik2 dalam kete JPJ tu. Haha, selamat!

Round punya round pasar malam tu, tengok2 dah cukup sejam. Laaa, masa berjalan. Takleh lama2 nanti banyak pula kena charge sewa tu. Satu kes lak masa nak undur kereta… Rupanya kereta tu tak tekan minyak pun dia dah undur sendiri. Tak sempat lepas cluth pun. Angkat je handbreak terus dia undur sendiri. Cem tau2 je je kan? Hahaha... Nak kate jalan berbukit tak ada la pula. Hairan? Gelakla pula kitorang untuk kes ni. Hayya… patutlah masa kat depan UiTM tu mengundur semacam je. Rupanya hobi kereta ni mengundur sendiri. Agaknya pasal selalu kena turun naik bukit kot hahaha!

Alamak! Minyak kereta tak isi lagi. Gawat ni! Habis minyak kat tengah jalan nanti tambah satu kes pula. Tapi, lepas buat hal kat stesen minyak sebab tak dapat tekan tempat buka minyak tu, semuanya okey. Hape punya kereta laaa. Lain kali tak nak sewa dah kereta tu. Ambik yang lain pulak lah.

Syukur Alhamdulillah lah sebab mase balik dari pasar malam tu tak ada apa-apa yang berlaku. Semuanya ok kecuali tak ingat nak padamkan lampu kereta lepas parking hikhikhik. Lawak gile! Okeylah pasal masukkan minyak RM2 je hahaha lepas tu charge sewa kereta untuk 2jam RM10. So, kongsi-kongsi RM3 sorang. Tak adalah terasa sangat. Hmm… tak kisahlah, asalkan selamat sampai. Mungkin boleh sewa lagi lain kali;)…

;p… itulah al-kisah saye yang baru dapat lesen P hehehe…