TONA KULIT SEKATA BAGAI KRISTAL DENGAN PHYNOCARE

By Ardini Humaira - 11/20/2019




Assalamualaikum, selamat petang semua ^___^



Setiap wanita pasti impikan tona kulit yang sekata dan sihat terutamanya apabila semakin bertambah usia saban tahun. Biasanya, bila dan meningkat usia, wanita sering mengalami masalah kulit kering, pigmentasi, tona kulit tak sekata, liang pori yang besar, dan sebagainya.

Dini sendiri, mengalami kulit kering dan pigmentasi. Bawah kulit di kawasan tulang pipi nampak gelap di kedua-dua belah. Kadang-kala, Dini sapu blusher sedikit tebal kononnya nak menutupi cela tersebut. Tapi apakandaya, tatarias cuma dapat menutupinya hanya sementara waktu. Apabila dah cuci makeup, terserlah kembali apa yang diselindungkan.

      

                     



Phynocare


Hingga pada suatu masa, Dini diperkenalkan dengan Phynocare. Pada awalnya Dini rasa macam malas nak cuba. Tapi, sebab tengok ramai kenalan yang dan cuba produk ni makanya Dini cuba juga. Paling ketara Dini dapat rasa kawasan dahi Dini yang agak kering. Macam dah rasa kelembapan sekitar kawasan tu. Terus rasa, wahhh! Boleh cuba konsisten dengan Phynocare. Maklumlah Dini ni jenis sekejap rajin sekejap *___* malas yang amat.





Phynocare dari BiO-LiFE ini didatangkan dengan softgel kecil. Amat mudah untuk ditelan. Ada 50 kapsul dalam 1 kotak, boleh diambil 2x sehari untuk 1bulan penggunaan. 





Kecil je kan? Telan bersama dengan air, InsyaaAllah tak ada adegan tercekik. Hehehe...



Antara bahan utama Phynocare ini adalah:

  • Mempunyai tinggi Vitamin C & E
  • Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritime Perancis
  • Ekstrak D.Salina
  • Beta Karotena


Semua bahan yang terkandung dalam Phynocare ini amat efektif berfungsi sebagai penghapus radikal bebas dan antioksidan. Ia juga membantu melindungi kulit daripada kesan UV dan mengurangkan kesan penuaan. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan sihat bagaikan kristal.




Dapatkan produk PHYNOCARE di mana-mana cawangan farmasi yang terpilih atau layari laman web di bawah untuk maklumat lebih terperinci:
 Lazadahttp://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare
• CARiNGhttp://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare
• Watsonshttp://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.