11 August 2020

PRODUK ORGANIK GLOW GELENGGANG MERAWAT KEGATALAN DAN MASALAH KULIT


Kenal tak pokok Gelenggang? Dini selalu tengok pokok tu. Cuma tak pernah tahu namanya. Bila meneliti produk Glow Gelenggang, barulah tahu rupanya Gelenggang tu nama pokok herba yang mujarab dalam mengubati penyakit atau masalah kulit seperti kegatalan, psoriasis, ekzema, kurap, kutu, panau, dan juga kudis buta. Cara tradisi menggunakan daun gelenggang untuk mengubati penyakit kulit sedikit leceh dan mungkin membuatkan kita rasa tak selesa. 




Kini ada penyelesaian yang terbaik dengan adanya produk yang mana  bahan utamanya diperbuat daripada daun gelenggang. Dah tak  renyah lagi untuk guna dan dapatkan khasiat daun gelenggang. Boleh guna pada bila-bila masa dengan mudah dan selesa.


                       



Asalnya Dini tertarik dengan packaging produk  Gloow Gelenggang. Cantik sangat tau! Nampak istimewa, mewah dan ekslusif. Kebetulannya suami Dini ada masalah psoriasis dan resdung, lepas tu Dini tengah cari herbal oil untuk adik baby. Bila dah baca maklumat mengenai Glow Gelenggang dan testimonial, terus Dini yakin untuk guna produk ni. Jadi Dini dapatkan 3 jenis produk daripada GLOW GELENGGANG iaitu: 
  • Organic Herbal Soap
  • Organic Herbal Oil + Habbatus Sauda
  • Organic Herbal Oil with Bidara Leaf (for Baby)




Sabunnya pun comel tau! Ada bentuk love di tengah-tengah sabun tu. Nak guna pun rasa sayang, aduhai... Hehehe. Pendek kata, pencinta barang unik dan comel tentu terpesona dengan packaging Glow Gelenggang. Penutup botolnya pun bak sebiji kristal. Corak yang cute. Comelll sangat! Baunya pun harum.







Okay berbalik kepada cerita asal tujuan utama Dini dapatkan produk Glow Gelenggang adalah kerana nak buat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata kedua. Dini berkenan dengan Organic Herbal oil untuk baby bila ternampak botolnya tu. Geram dengan botol yang comel, Dini dapatkan kesemua rangkaian Glow Gelenggang. Sampai je parcel, fuhh! Memang betul-betul lawa botolnya. Dah lah botol cantik, nak guna pun mudah. Pump je minyak herba bila nak guna. Tak perlu tuang-tuang ke mudah tumpah ke apa. Picit dan terus boleh disapukan pada kulit. 






Jom Dini kongsikan manfaat setiap produk Glow Gelenggang yang patut korang tahu.





ORGANIC HERBAL OIL + HABBATUS SAUDA | Kegunaannya untuk merawat kegatalan/ rengsa pada kulit yang bermasalah. Dini  syorkan pada suami gunakan minyak ini pada tempat yang dialami psoriasis. Minyak ini tidak akan menyebabkan pemakai tak rasa pedih atau panas pada kulit. Baunya pun lembut je. Bersihkan terlebih dahulu kawasan yang hendak disapukan minyak sebaiknya selepas mandi.





Ha... Pakai sebelum tidur pun bagus tau terutamanya pada kulit kaki. Sebab biasanya siang hari kita banyak bergerak. Jadi, kawasan kaki terdedah dengan kotoran. Bila tidur, kaki kita dah rehat. Lebih efektiflah pendek kata.








HERBAL OIL WITH BIDARA LEAF | Untuk baby, Dini gunakan Organic Herbal Oil with Bidara Leaf apabila terjadi  ruam pada celah lengan, leher, dan paha. Pastikan kita bersihkan terlebih dahulu sekitar kawasan yang akan disapu herbal oil bagi tujuan kebersihan. Dah bersih, sapu rata di tempat yang diperlukan. Tak perlu bilas. Sapu tipis je. Alhamdulillah, berkesan sangat dengan baby Dini.





Berikut merupakan herba yang terkandung dalam HERBAL OIL with BIDARA LEAF. Daun bidara pun bagus sangat tau dalam perubatan Islam. Jadi, minyak ini adalah pilihan yang tepat untuk kegunaan baby. Sesuai untuk kulit yang sensitif. 







 
ORGANIC HERBAL SOAP | Sabun ni lah yang comel tu. kiut-miut. Dengan bau yang harum... bukan sekadar digunakan untuk hilangkan gatal-gatal je tau. Malah mampu melembapkan kulit. Best sangat Dini cuba buat cuci muka. Bagi yang ada resdung pun bagus guna sabun herba ni. 

Dini gunakan juga sabun ni pada bahagian leher dengan perut sebab sabun ni boleh menanggalkan sel kulit mati. Bisalah lepas bersalin, kulits  leher gelap sikit. 




harga produk


Yang paaaling penting,
KESEMUA PRODUK GLOW GELENGGANG TIDAK MENGANDUNGI STEROID. 


Jadi, tak merbahaya untuk digunakan sekerap yang mungkin terutamanya bayi dan kanak-kanak. 





Jadi Dini benar-benar syorkan korang untuk dapatkan produk herba dari Glow Gelenggang bagi menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ;)




FB PAGE: Glow Gelenggang
Whatsapp: 014-5445951

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.