10 November 2020

CC Cream Yang Tidak Melekit Untuk Kulit Berminyak, Bersiap dengan Cepat dan Ringkas


Nak bersiap tapi malas nak 'touch-up' lama-lama? Biasalah tu.. Kalau boleh, semua nak bersiap dengan sepantas yang mungkin. Nak kena pakai foundation lah, lipstick lah, blusher lah, eyeshadow lah. Hmmm… Part foundation paling rumit bagi Dini, sebab kena cari yang betul-betul sesuai dengan tona kulit. Foundation yang tak kena dengan warna kulit terus je nampak lain macam makeup seseorang tu kan?  Makeup nampak ke laut. πŸ€” Eh... sekejap, ke laut nak kena mekap juga ke? Hahahaha... okay Dini gurau! 🀭






Yang mana suka bersiap dengan cepat dan ringkas boleh ikut tips Dini yang satu ni. Dini kalau korang kenal, jenis seorang yang simple, tahap keluar rumah tak mekap pun takde hal. Tapi, tak bagus kalau kita tak mekap langsung sebenarnya. Bila kita keluar dari rumah, kulit lebih terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Sedangkan duduk dalam rumah je pun bagus sapu produk yang ada SPF, keluar dari rumah apatah lagi. Jadi, terlajak selamba pun tak bagus ya teman-teman. Kulit lebih mudah nampak kusam dan gelap. Okay Dini insofff! Jomlah kita insaf berjemaah.






Korang pernah dengar tak CC Cream? Mesti pernah, kan? Sebenarnya CC Cream adalah sejenis Color Control/ Corrector Cream. Yang Dini nak kongsikan sekarang ialah Gold Nano CC Cream dari Hansaegee. Krim kesemuanya dalam satu (all in one) untuk kegunaan sepanjang hari.








Istimewanya krim ini asalnya berwarna putih tetapi lepas kita sapu pada kulit ia akan berubah  mengikut tona warna kulit kita. Blend elok sekata, bagi efek natural look. Eh speaking pulak kehkehhh... 



Makanya kulit kita akan kelihatan berseri dan bermaya. Selain itu juga krim ini mampu melembapkan kulit, jadi wajah kita akan kelihatan lebih glowing dan terpelihara daripada sinar UV kerana CC Cream ni mempunyai SPF50 PA+++. 





Sapuan pada kulit tangan


Perbezaan apabila pakai cc cream. Fuhh! Nampak lebih cerah dan lembap kulit Dini kan? Glowing terus πŸ’ƒ




Cara guna Gold Nano CC Cream mudah sahaja. Picitkan sedikit dan sapu pada kulit menggunakan jari, tak perlu pakai berus tau. 






Boleh tengok dalam gambar ni, asalnya krim berwarna putih dan apabila disapu, pigment warna yang ada dalam krim akan berubah kepada warna yang sesuai dengan kulit. Tak perlu cari tona krim yang sesuai dengan warna kulit dah. Guna satu krim ni sahaja, selesai masalah. 





Dalam gambar ni Dini blend seluruh atas kulit tangan tu dan spraykan air.





Nampak cc cream tu tak melekit walaupun dah kena air (contohnya kalau kulit kita berpeluh). Dap dap dengan tisu, tak comot pun tisu tu. Maksudnya tak comotkan bahagian tepi tudung juga 😍



Yang paling best, Gold Nano CC Cream tak melekit. Walaupun kita berpeluh, krim ni tak buat makeup nampak bercapuk. Malah bila berpeluh, tambah efek glowing lagi tau. Jadi tak risau dah tudung akan kotor ke apa... Sesuai sangatlah pemakaian CC Cream dari Hansaegee dengan iklim di Malaysia ni. 





Titikkan Cc Cream Hansaegee pada muka termasuk sekitar kawasan mata. Sebab bila pakai eyeshadow, jadi lebih cantik tau warnanya.



Sebelah kiri Dini sapu CC Cream, sebelah kanan tak sapu apa-apa. Nampak bezanya, kan? Sama dengan sapuan pada kulit tangan. Kelihatan  lebih cerah, glowing dan lembap.





Biasanya CC Cream dijadikan sebagai makeup based. Tapi untuk makeup yang ringkas, sapuan Gold Nano CC Cream sahaja pun sudah memadai + pula sikit blusher  dan sapu pewarna bibir dah nampak berseri-seri. Boleh nampak beza warna makeup apabila disapu CC Cream dengan tidak. Warna makeup akan lebih pigmented. Lawa sangat. Tak payah nak sapu tebal-tebal.






Atas dengan sapuan CC cream, bawah tanpa cc cream. Yang atas tu lebih pigmented.





Bukan itu sahaja tau. Gold Nano CC Cream ni juga mengandungi bahan anti-kedut yang mampu merawat kulit daripada garis-garis halus serta penuaan. Kalau malas pakai krim rawatan wajah di siang hari pun tak ada masalah dah lah ye. Sebab kandungan dalam CC Cream ni mampu merawat kulit wajah kita juga. Malas-malas pun boleh awet muda. Makanya bye bye kulit kusam. Ewah! Haaa tengok bahan kandungan yang terdapat dalam Gold Nano CC Cream:




BAHAN UTAMA GOLD NANO CC CREAM


Mineral Water = bertindak dalam mengekalkan keseimbangan pH serta menganjalkan kulit.

Colloidal Gold = melindungi kulit daripada radikal bebas dan antipenuaan.

Niacinamide = memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengecilkan liang pori dengan khasiat vitamin B3.

Ipomoea Hederacea  Callus Culture Extract = antibakteria serta merawat masalah kulit.

 


 4 bahan utama ni semuanya  sangat bagus untuk menjadikan kulit wajah kita sihat berseri.







Packaging pun bagus. Ringan comel compact je bersaiz 50ml, penutupnya pula jenis twist-lock, jenis tak mudah tumpah. Tonggeng pun tak akan keluar krimnya kecuali abila dipicit. Bawa ke mana-mana dalam handbag pun tak terasa beban. Bahkan boleh jadi penyelamat utama lepas kita cuci make up sebab nak solat ke apa kan.. touch up je dengan CC Cream Hansaegee. Simple! 



Tapi, kalau korang suka makeup yang tebal tambah je foundation segala tu confirm lebih kebabooom hasilnya nanti. Try laaa kalau tak percaya. Haish, tak try memanglah tak tahu. 






Okay, akhir sekali Dini nak kongsikan komen Dini selepas dan cuba pakai Gold Nano CC Cream ~ Lepas guna krim ni Dini jimat Sunblock, blusher, eyeshadow, foundation, dan juga primer. 



Semua tu jadi jimat sebab CC Cream Hansaegee ni dah ada SPF untuk melindungi kulit. Lepas tu buat makeup jadi pigmented. Jadi Dini tak perlu sapu blusher ke eyeshadow ke berlapis-lapis nak bagi nampak jelas warnanya. Sapuan tu terus je melekat elok pada kulit. Part yang paling Dini suka, makeup jadi tahan lebih lama dan glowing! Hasilnya kulit muka nampak smooth je. Liang pori pun tak kelihatan sangat. Terima kasih, Hansaegee!


Berselfie lah dengan aman... gitewww. Hehehe. Recommended thumbs up untuk Hansaegee Gold Nano Cc Cream.




Korang nak dapatkan Hansaegee Gold Nano CC Cream boleh klik link di bawah ni ya . Dijamin Authentic





🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia











7 comments:

  1. Best cc cream ni. Even dok rumah hari2 ena pakai taw sbb muka kena ada protection dri cahaya phone n tv jugak. Kulit lembab n glowing. Takde naik jerawat

    ReplyDelete
  2. macam best je produk ni.kita pun nak try la pakai cc cream hansagee ni

    ReplyDelete
  3. Produk Hansaegee ni bes-best. CC cream ni Yaya belum cuba tapi banyak review positif.

    ReplyDelete
  4. betul memang suka make up nipis je gi opis, janji flawless gitu haha

    ReplyDelete
  5. CC Cream ni dah lama nak try tau tengok ramai kata bagus, nampak perbezaan yang ketara sebelum dan selepas Dini pakai...

    ReplyDelete
  6. good thing bila kita paai cc cream, kulit nampak lebih 'kemas' dan of course lebih nampak cantik.

    ReplyDelete
  7. Memang nampak makeup tu lebih pigmented.. Cantikkk dini πŸ‘

    Masuk mengadap #2713

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.