28 July 2021

KELEBIHAN MENGGUNAKAN CC CREAM SPF50 HANSAEGEE NATURE





 Assalamualaikum, hai korang!


Hai, Korang ingat tak Dini pernah share Langkah Mudah Untuk Rawatan Kulit Kering dan Berjeragat sebelum ini? Hari ini Dini nak kongsikan pula mengenai Kelebihan CC Cream terhadap kulit kita.




Selalunya kan, ramai yang rasa macam malas nak pakai banyak-banyak jenis krim terutamanya bila di rumah. Leceh! Nak sapu toner lah, essence lah, losyen lah, pelembap lah, sun protector lah, krim kecantikan lah. Banyak step nak kena ikut dan selesaikan. Makanya ramai yang abaikan terus penjagaan muka di rumah. 



Haishhhhh tak boleh macam tu, jangan jangan jangan. Korang kena gunakan inisiatif lain kalau rasa leceh. Jom Dini kongsikan idea penjagaan kulit wajah di rumah dengan mudah. Hanya dengan 1 langkah.



 


SENANG - MUDAH - CEPAT





Cara Dini mudah je. Dini guna produk Hansaegee Nature sebab tak payah buat banyak langkah nak selesaikan penjagaan kulit wajah. Simple easy peasy tak sampai 2minit pun boleh siap. Sesuai sangat untuk mak-mak yang busy nak pergi kerja dengan yang kat rumah. Eh, kat rumah pun busy tau. Siapa cakap tak busy sini nak babap...



SUN PROTECTION SPF 50+++ PA+++




Tengok ni. SPF 50++ PA+++ tau. Sangat bagus untuk sunprotection. 


Inilah dia Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. All in one. Dengan sapuan CC Cream ni kulit kita akan nampak natural glowing dan tak akan bercapuk walaupun berpeluh. Tak kiralah kat rumah atau outdoor. Krim ni jenis teksturnya ringan dan tidak berminyak. 

 

 


TEKSTUR KRIM YANG RINGAN

 




Gold Nano CC cream ni senang blend dengan warna kulit. Dah tak perlu termenung fikirkan kod apa yang sesuai dengan kulit kita. Ratakan je ke seluruh wajah, ia akan ikut tona kulit. Walaupun krim ni berwarna putih tetapi bila dah rata, ia tak akan buat kulit kita nampak macam tepung gomak. Tak jadi putih melepak. Natural je. Duduk bawah cahaya matahari ke bawah lampu ke kulit akan nampak glowing sekata. Seriously tak bercapuk biarpun lencun berpeluh sebab memasak di dapur.



MUDAH DICUCI







Selain itu juga cc cream ni senang nak remove terutamanya bila nak solat. Cuci je dengan makeup remover. Nak lagi bersih boleh bilas dengan pencuci muka.  Ia tidak akan block kita punya skin pores. Malah, diperkaya dengan vitamin tambahan untuk rawatan kulit lagi. Kulit muka akan jadi sihat berseri. 


 




BAHAN UTAMA GOLD NANO CC CREAM




Mineral Water = bertindak dalam mengekalkan keseimbangan pH serta menganjalkan kulit.


Colloidal Gold = melindungi kulit daripada radikal bebas dan antipenuaan.


Niacinamide = memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengecilkan liang pori dengan khasiat vitamin B3.


Ipomoea Hederacea  Callus Culture Extract = antibakteria serta merawat masalah kulit.






MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA





Abaikan comot-comot tu. Tandanya rajin guna lah tu kan.. hehehe




Packagingnya pun just nice. Senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dini suka part penutup CC Cream ni. Jenis twist lock cover yang tak mudah tumpah. Kalau simpan dalam beg, katalah anak kita pijak beg tu. Tak akan tumpah. Jadi, penutup jenis ni betul-betul selamat. 











TESTIMONI DINI




Meh dini sapu sebelah dulu bagi nampakkan beza sapu dengan tidak



Sebelah disapu Cc Cream lebih glowing dan cerah





Hah lepastu ratakan keseluruhan. Siap! Kulit wajah nampak lebih bermaya dan berseri




Nak berselfie kat rumah pun rasa lebih yakin bila kulit kita nampak glowing dan sihat. Biasalah kan duduk rumah pun suka selfie juga dengan anak-anak. Buat kenangan. Anak-anak pun tentu suka tengok wajah mama dia nampak  berseri dan bermaya.




So, macam mana? Rasa malas lagi ke nak sapu krim di rumah? Tips paling senang dah ni yang dni kongsikan tau. Kalau malas juga nak lakukan penjagaan kulit muka, Dini tak dapat dah nak nolong (tepuk dahi). Okaylah korang. Selamat mencuba!





Korang nak dapatkan Hansaegee Gold Nano CC Cream boleh klik link di bawah ni ya . Dijamin Authentic.







šŸBrand: Hansaegee Nature 

šŸWebsite: www.hansaegee.com/shop

šŸIG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

šŸFB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

šŸYoutube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.