11 August 2021

Kitsui WhiteBerries BB Beaute & Kitsui Fedloss Fibre D'Tox Review


Assalamualaikum. Hai korang!


Ramai betul buat carian mengenai Kitsui. Sebab rekod reviewers blogpost Dini mengenai Kitsui agak tinggi. Jadi, betullah kan korang nak baca review daripada Dini berkenaan dengan produk Kitsui, kan kan...? Meh Dini kongsikan mengenai dua produk Kitsui yang lain pula hari ini iaitu WhiteBerries BB Beaute dan Fedloss Fibre D'Tox.




KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE







Apa fungsi WhiteBerries BB Beaute? 


Ia sesuai diambil oleh individu yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, liang pori besar, parut jerawat, lingkaran mata gelap, kedutan bawah mata, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan juga kusam. Sangat kaya dengan Vitamin E, C, dan A. Fungsinya adalah untuk:



 







Formula Whiteberries BB Beaute
 
WhiteBerries BB Beaute diformulasi dari formula terkini Korea dengan menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan sebagai serbuk. Teknologi ini menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Ia mengandungi 6 Jenis Buah Beri terpilih dari Itali yang kaya dengan antioksidan aktif iaitu:


 
Beri Biru: (Raja Antioksidan)  Dipilih oleh Time Magazine antara buahan superfood yang paling disyorkan
Kranberi: Juga dikenali sebagai buah rubi yang kaya dengan antioksidan
Strawberi: Dikenali sebagai buah Rubi yang kaya dengan vitamin C
Rasberi: Kaya dengan flavonoid dan magnesium
Plum: Kaya dengan serat dan potasium
Anggur: Kaya dengan serat, vitamin K dan B6
 
 
 
 
 
 Kebaikan & Khasiat
 
Khasiat yang terdapat dalam WhiteBerries Bb beaute ini mampu untuk:
  • mencerahkan kulit
  • mengurangkan kemerahan pada kulit
  • mengurangkan kedutan
  • mengurangkan parut
 
 
 
 
 Berikut Dini kongsikan beberapa testimonial daripada pengguna  Kitsui WhiteBerries BB Beaute.
 
 










KITSUI FIBRE D'TOX






 Apakah fungsinya?


Ia befungsi untuk detox tubuh badan kita daripada toksin yang berlebihan. Sedar tak sedar, kalau badan kita ada masalah kulit, mulut berbau, badan berbau, atau rasa macam cepat letih tu merupakan salah satu petanda badan kita banyak toksin. Masalah ini mungkin  berpunca daripada tabiat suka makan makanan berlemak, kurang pengambilan makanan berserat, kurang bersenam, kurang pengambilan air putih dan juga makan secara berlebihan. Akibatnya kita akan rasa badan kita mempunya masalah seperti di atas. 


Jadi dengan pengambilan Fibre D'Tox ni dapat membantu kita untuk nyahkan toksin berlebihan dalam tubuh badan kerana ia dirumuskan khas untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Dalam Fibre D'Tox mengandungi serat harian daripada bahan semulajadi termasuk campuran ramuan herba asli dan serat daripada buah-buahan. 

 

 

 

 Kandungan utama dalam Fibre D'Tox






Kebaikan Fibre D'Tox

Secara ringkasnya, Fibre D'Tox membantu untuk:

  • merendahkan kalori 
  • menggalakkan pergeraan usus
  • meningkatkan metabolisme
  • melancarkan sistem pencernaan
  • membantu sistem penghadaman



Ini pula merupakan beberapa testimoni daripada pengguna Kitsui Fibre D'Tox

 



 
 
 
Produk yang diyakini

 
Kenapa Dini pilih Kitsui? Sebab semua produk keluaran Kitsui bebas daripada baha-bahan berhaya seperti hormon, pengawet, gluten, gmo, antibiotik, dan bahan kimia yang boleh menyebabkan terjadinya alahan kepada sesetengah individu. Vegan pun sesuai konsumi produk ni. Yang penting dijamin HALAL. 
 
 
 
  
Ramuan Semulajadi

Kitsui ini diformulasikan secara unik dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian kita.

Cantik Semulajadi.


 



Recomended


Dini dah cuba kedua-duanya. Rasa yang sedap manis-manis buah gitu. Tak menyebabkan kita rasa nak memerut cirit-birit. Elok je rasa nak membuang untuk detox tu. Melawaskan. Sesuai sangatlah kalau kerap kena sembelit. 



Warna serbuk Fedloss Fibre D'Tox



Fedloss Fibre D'Tox: kos RM1.60 sehari per sachet



Warna serbuk WhiteBerries BB beaute




WhiteBerries BB Beaute : RM1.78 sehari kos per sachet




 Cara pengambilan pun senang. Minum 1 sachet sama ada waktu pagi atau malam sebelum tidur. Campurkan 1 sachet ke dalam segelas 150ml air dan shake sehingga larut. 

 







 Yang penting kena minum air putih secukupnya untuk kesan yang efektif tau. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk ambil apa sahaja jenis produk tambahan.




Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Instagram:


https://instagram.com/kitsuimalaysia


Facebook :


https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/


Tik Tok :


https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/


Shopee


https://shp.ee/se5n4xp?smtt=0.0.9


Website :


https://kitsui.com.my/

 

1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.