27 January 2022

TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM

  



      




Assalamualaikum, hai korang! 


Dini nak kongsikan dengan korang sikit mengenai perjalanan merawat kulit kering dan kusam yang Dini alami sebelum ni. Korang imagine, bila Dini senyum, garis dan kedutan terbentuk pada kulit. *nangis* nak selfie pun segan. Yelah, nampak jelas kot garis-garis tu kalah orang berudia 50an. Akibatnya rasa hilang self confident dan mengelak daripada bergambar. 




Puncanya lepas berhenti kerja, Dini anggap duduk di rumah tak mengapa tak gunakan skincare. Nak protect kulit daripada UVA dan UVB apatah lagi. Mindset menganggap tak keluar rumah sangat jadi tak terdedahlah dengan cahaya. Rupa-rupanya, bukan dengan keluar rumah je boleh sebabkan kulit rosak. Dalam rumah pun boleh rosakkan kulit muka kalau tak guna skincare yang sesuai. Isk! 


 


 


Jom kita semak apa penyebab utama kulit muka jadi hilang lembapan, kering, dan terdedah dengan cahaya walaupun kat dalam rumah.



 

1) Alat Penyaman Udara 



 

Ramai di kalangan kita yang menggunakan alat penyaman udara di rumah, kan? Tambahan pula dengan cuaca di Malaysia ni di kala panas terik, fuhhh. Masuk rumah terus on kan suis penyaman udara. Sungguh selesa berada di ruangan yang nyaman dan sejuk mengikut tahap suhu yang kita mahukan. Nak sejuk acah-acah duk Cameron Highland pun boleh. Guna je suhu 16'c, mahunya berbungkus dengan comforter tebal. Hehehe... 

 

 

 

Bukan di rumah je guna penghawa dingin. Di pasaraya, tempat kerja, dalam kereta... 





Tapi korang tahu tak dengan penggunaan alat penyaman udara dalam tempoh yang lama sebenarnya boleh menjejaskan kelembapan kulit kita. Kulit mudah jadi kering dan kusam jika kita tidak sapukan pelembap/ losyen.






2) Cuaca - Iklim Malaysia 

 




Iklim di Malaysia khususnya cuaca yang panas membahang membuatkan kita sering terdedah dengan sinaran ultraviolet walaupun di dalam rumah. Kerap terdedah dengan cahaya matahari secara terus juga menjadi punca kulit kehilangan lembapan. 

 

 

Sebagai surirumah, kita akan keluar juga sidai kain di ampaian luar rumah. Menyapu di laman, layan anak main.... tingkap rumah pun dibuka, cahaya masuk. Nah... kan kena cahaya matahari juga tu namanya. Sinaran ultraviolet mampu menembusi lapisan kulit yang merosakkan sel bawah permukaan  kulit sehingga berlakunya pigmentasi, penuaan, jeragat dan kemerahan.





3) Kurang minum air

 


Ramai yang mengabaikan rutin 8gelas air putih setiap hari. Sesetengahnya tu minum segelas je sehari. Air manis pula yang lebih. Tak bagus tau, sebabnya air mencukupi dalam tubuh badan ni mampu buatkan kulit kita jadi lembap dan sihat.


 


 


 


4) Bilas muka dengan air suam




Mandi menggunakan air suam tak jadi masalah apabila cuaca sejuk. Cuma apabila kita bilas muka menggunakan air suam, lembapan kulit muka mudah terjejas. 


 


Pernah dengar tak kalau nak tatarias wajah, ada tips untuk sapukan kiub ais terlebih dahulu agar  liang pori kulit wajah  menjadi lebih kecil dan segar. Kulit sekitar muka kita lebih sensitif berbanding kulit di daerah lain.  Jadi sebab itulah kalau guna air suam untuk cuci wajah, kulit mudah hilang lembapan, mengalami kekering dan tak bermaya.




 

 

ATASI KULIT KERING DAN KUSAM

 

 

 


 

Terdapat pelbagai tips untuk mengatasi masalah ini. Dini nak kupas perkara asas dan yang paling mudah untuk kita amalkan dalam sehari-harian. Korang boleh ikuti langkah - langkah yang berikut:


1) Gunakan produk penjagaan wajah yang sesuai.

2) Kawal penggunaan alat penyaman udara. Jika rumah kita memang tak ada kipas dan bergantung sepenuhnya dengan aalat penyaman udara, pastikan kita amalkan rutin pemakaian pelembap kulit sebagai langkah pencegahan kulit kering.

3) Ambil air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4) Amalkan pemakanan yang seimbang.

5) Elakkan daripada berada di tempat yang terdedah dengan sinaran cahaya matahari secara terus. 

6) Pakai produk yang mempunyai SPF walaupun ketika berada di rumah.

7) Makan buahan dan sa 

7) Amalkan supplement untuk kulit







HANSAEGEE NATURE




Untuk tips yang pertama tu, Dini rekomen korang gunakan produk ini. Bila kawan Dini syorkan untuk Dini cuba pelembap daripada Hansaegee. Kali pertama pemakaian krim pelembap  tu Dini dah rasa jatuh cinta. Rasa ketara betul perubahan kulit yang terasa lembap selepas memakai Aqua Cream. Bila dah suka satu produk tu mulalah nak cuba yang lain. Terus Dini tak teragak nak cuba CC Cream dan Maskernya sekali. Serius, betul-betul berkesan buat kulit jadi semakin lembap dan berseri.






Set penjagaan wajah ini lengkap untuk memelihara kulit daripada sinaran ultraviolet serta melembapkan kulit. Dini tak ragu-ragu menggunakan produk ini kerana ia mempunyai kelulusan KKM. Hansaegee Nature juga berasal dari Korea yang terkenal dengan produk perawatan wajah yang dipercayai dan berkualiti.







RUTIN PENJAGAAN WAJAH




Dini simple je, sebab 99% masa Dini di rumah. Bekerja dari rumah. Hmmm.. atau orang kata surirumah lah sebab kerja macam Dini tak kelihatan macam bekerja pun. Nampak main telefon je. Kerja yang tak ada title ni susah sikit orang nak faham. Hehehe... nak buat macam mana... 






Bila lebih banyak berada di rumah tak adalah kita nak tepek itu-ini macam nak keluar camtu kan. Maklumlah bergelumang dengan anak-anak. Anak pun suka peluk cium mama dia. Jadi, Dini sapukan skincare tu tipis-tipis untuk kekalkan lembapan kulit. Mudah sangat. Cuma buat rutin penjagaan wajah2 dua langkah sebelah pagi dan dua langkah pada waktu malam dengan menggunakan 3 produk.









Rutin Pagi:



STEP 1 :- AQUA WHITENING CREAM





Lepas siap mandi pagi, kulit muka pun dah cuci bersih, Dini akan sapukan Aqua Whitening Cream sebagai pelembap. Glycerin yang terkandung di dalamnya menyumbang kelembapan terhadap skin barrier. Kulit akan lembap dan bermaya. Texturenya juga bersifat cooling, jadi melanin tidak muncul. Jeragat pun dapat diatasi. 

 

 



Bagi mereka yang berkulit sensitif, jangan risau sebab krim ni jenis non-comedogenic. Boleh digunakan untuk kulit sensitif serta melegakan kulit yang merengsa akibat sunburn.Baunya pun sangat fresh, bau aqua!

 

 






Paling penting, tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben. Water based. Inilah sebab utama Dini pilih krim ini sebagai pelembap kulit. Cepat meresap dan tak melekit. Bahan yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream ini iaitu Niacinamide bertindak mengunci air dalam kulit, memperbaiki kelembapan serta menganjal dan mencerah dari dalam. 




Selain itu juga bahan ini mampu memperbaiki skin barrier yang rosak akibat sinaran UV, jeragat pun dapat dikurangkan. Nampak glowing gitu...

 






 

Bila kita sapu krim ni akan nampak water drop terbentuk.  Boleh tengok dalam gambar di atas. Nampak je water drop tu teruskan sapuan. Jangan dap dengan tisu pula ya... Sapu sampai krim meresap ke dalam kulit. 





Kulit tak akan rasa rimas dan melekit. Auto nampak fresh kulit kita. Untuk lebih detail berkenaan krim ini boleh baca post Dini kat SINI : https://www.ilhamdini.com/2020/12/water-based-moisturizer-untuk-kulit.html







STEP 2:- GOLD NANO CC CREAM SPF50+ PA++








Ia mengandungi SPF50+ PA+++ yang sangat  berkesan dalam melindungi kulit daripada UVA dan UVB serta merawat kulit dari dalam. Skin barrier kita terjaga. Jangan tak tahu, dalam rumah pun kulit kita terdedah dengan cahaya tau. Jadi, mesti pakai untuk perlindungan kulit. Serius CC Cream terpaling best yang Dini pernah pakai.







Lagi satu bila guna CC Cream ni biasanya Dini tak pakai fundation dah.  Krim ni akan ikut tona kulit kita tanpa perlu susah-susah cari kod foundation yang sesuai. Jadikan sebagai asas solekan pun boleh. Mesti digunakan walaupun di rumah.







Walaupun asalnya krim bewarna putih tetapi apabila dioles, ia bertukar kepada warna nude. Tak mudah bercapuk, tak berminyak  dan tak melekit...  kulit nampak segar semulajadi. Efek glowing pulak tu bila dah sebati dan berpeluh.

 

 


Untuk make-up pula, bila gunakan CC Cream ni ia bertindak seperti primer yang buatkan warna make-up kita lebih terserlah dan kekal lama. Sapu ringkas dengan picitkan ke atas dua jari je kemudian ratakan keseluruh wajah. Penggunaannya pun jimat. 1 tube jika guna untuk setiap hari boleh tahan selama sebulan atau lebih.

 

 

 

Boleh baca selanjutnya post Dini di sini----> https://www.ilhamdini.com/2021/07/kelebihan-menggunakan-cc-cream-spf50.html







Rutin Malam: 

STEP 1:- 92% ALOE MASK




Sebelum tidur, sebaiknya kita cuci wajah terlebih dahulu. Lap muka bagi kering, lepas tu Dini gunakan 92% ALOE MASK dalam 2-3x seminggu. Tak sempat nak pakai setiap malam sebab rutin menyusukan anak ni kan pepaham je lah. Kekadang tu tertlelap sekali dengan dia, hehe... Oh, ya! Masker ini jenis pakai buang tau. Jangan pula dah siap guna korang simpan semula dalam packaging tu untuk kegunaan esok hari... Tak hyegenic nanti... 






Selalunya lepas siap tidurkan anak tu Dini pakai masker sambil jenguk media sosial. Santai-santai relaxkan diri. Dalam 15-20minit, dah boleh buka masker dan buat urutan pada kulit biar meresap lebih sekata. Rasa tenang, sejuk nyamannnn je kulit kita. 








Kelebihan masker ni, ia mengandungi 92% pati aloe vera semulajadi yang bertindak sebagai essence dalam meningkatkan lembapan  pada kulit. Kulit akan jadi cukup air / kelembapan dan nampak segar bermaya. Khasiat aloe vera memang tak dapat disangkal lagi.  Sejak zaman dahulu kala ia digunakan sebagai tujuan merawat kulit. Bahkan ramai yang tanam sendiri pokok aloe vera bagi kegunaan bila perlu.  




92% Aloe Mask ni sangat bagus tau  meredakan kulit yang merengsa akibat sunburn atau merah-merah sebab lama terdedah dengan cuaca panas.  Terus kulit rasa lega dan lembap. Lepas memasak pun adakala kulit rasa berbahang juga kan. Boleh je cuci bersih muka dulu kemudian pakai masker ni. 

 

 

 



STEP 2:- AQUA WHITENING CREAM



Dah selesai pakai 92% Aloe Mask, kita sapukan Aqua Whitening Cream pula. Gabungan yang mantap dan cukup padu keberkesanannya. Seriously, guys! Super-duper lembap kulit korang dan sungguh menyegarkan. Barulah segala kedutan usia tu dapat diatasi. 








Maklumlah menginjak usia 40-an dah sekarang ni, huhuuu... Caranya ambil sedikit krim dan sapu rata keseluruh wajah. Lepas tu bolehlah tidur dan rehatkan diri. Tidur dalam senyuman... gituuuu..






PESANAN TULUS IKHLAS


 

 

Dini harap korang tak jadi macam Dini yang dulu. Yang mengabaikan penjagaan kulit wajah sampai kulit jadi kering teruk. Tak mudah ya untuk mengembalikan kelembapan pada kulit. Bukan boleh selesai dalam masa satu hari. Kena konsisten dan rajin. Tapi, itulah, bila duduk di rumah kita kurang pentingkan hal ini. Tambahan lagi rutin di rumah tak sama dengan di luar. 

 


 



Jadi, kita gunakan cara yang simple dan tak perlu sampai banyak step kena buat. Mana nak sempat kan, bila dah ada anak kecil. Baru je nak sapu krim, anak meraung. hahaha, itu biasa guys! Bertabahlah. 



Dengan Aqua Whitening Cream, senang je nak sapu laju-laju. Sapu CC cream laju-laju. Ratakan seluruh muka lepas tu cuci tangan bagi bersih. Yelah kan nak menyuap anak makan lah, sidai kain lah, banyaklah kerja nak kena selesaikan.

 

 

Mudah je kan tips penjagaan wajah Dini?.. Jom sama-sama kita ber-Hansaegee!












🍁Brand: Hansaegee Nature 


🍁Website: www.hansaegee.com/shop


🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/


🍁 IG Review : https://instagram.com/hansaegeereview


🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 





1 comment:

  1. Pernah pakai produk ni dini , sejuk je wajah tau... suka!
    p/s Tahniah utk anak dini dah jadi pengawas yay

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.