Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

26 September 2010

ALZARA | Natural Dead Sea Beauty Salts



dni tak pernah guna produk ni. baru je beli minggu lepas kat cosway masa ke sana dengan ain sejurus selepas kitorang lunch kat pizza hut. tadi masa dni kemas-kemas barang terjumpa la garam laut mati ni. terlupa lak dni ada beli. belum cuba lagi... korang ada pernah cuba tak produk garam laut mati? dengar khabarnya bagus untuk kesihatan kulit.




antara khasiat garam laut mati adalah untuk melegakan masalah kulit seperti kekeringan, ketidakselesaan dan pengelupasan. ianya juga dapat membantu merehatkan badan kita selain mengambalikan kesihatan serta kecantikan kulit. pastu kalau yang jenis ada kulit sensitif pun elok guna garam ni. dni skang ni mengalami kulit sensitif sebab pakai jam. nak cuba garam ni mana tahu kot-kot leh legakan kesan sensitif tu...





p/s:
kalau korang pernah cuba, leh kongsikan pengalaman korang dengan dni ;)



27 June 2010

Tips | Menghilangkan Selulit Menggunakan Kopi & Minyak Zaitun



pernah cuba tak pakai campuran minyak zaitun dengan serbuk kopi pada badan? haa.. jangan tak tahu... ianya boleh melembutkan kulit dan juga menghilangkan selulit jika diamalkan secara berterusan. memang mujarab tau...






caranya mudah saja.. bahan yang korang perlukan hanyalah:

  1. minyak zaitun
  2. serbuk kopi

ye.. itu aje! hehe.. oh, ya.. dni guna minyak zaitun safi. pastu serbuk kopi pula dni guna serbuk kopi timbang tu. bukan nescafe ye.. tak tahu la ok tak kalo guna nescafe. tapi kalau u ols nak cuba guna nescafe tu cuba aje la.. :D


korang campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun tu.. kasi dia likat-likat tau.. jangan cair meleleh.. sebab nak wat macam krim gtu.. pastu urut-urut la sekitar kulit badan.. biasanya pakai kat peha/lengan je dni ni.. hehe.. pakai masa mandi.. wat cam skrub tu. kalau korang rajin, boleh sapu kat daerah yang korang nak pastu balut dengan pembalut badan tu. ada kan plastik tu.. alaaa... lupa lak orang panggil plastik ape.. haaa.. yang tu laa.. isk3...


then bilas macam biasa.. hasilnya, kulit rasa lembut2 cemtu..
best tau.. dni tahun ni baru buat 3 kali..
tahun lepas 6-7kali..
apa maknanya tu?
okeh.. memang pemalas.. haha!
cuma nak berkongsi tips..
harap ianya membantu kamu^___^


selamat mencuba!