Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

08 March 2012

Ini adalah sebab utama kenapa lemau update blog + blogwalking :)

-
-
-
-
dni kerap mengendap twitter dan juga facebook bukan sebab suka sangat ber-fb dan twit tapi sebab tu je yang dni boleh buat dan senang nak tengok melalui handphone. nak update blog guna henpon, seriously sangat rumit nak masukkan gambar. tak centre dan sebagainye. lainla kalau yang guna galaxy tab ke... ipad ke... iphone ke kan.. senang je nak berblog...



tadi dni ada senaraikan beberapa sikap/perangai/alahan dni masa mengandung kat fb... ekceli ada lagi.. tapi rasa cam nak share yang ni je dulu. hehe... yang lain, dni kongsikan later ya! * heh, ayat macam ado orang nak tahu sangat je ;p *







korang boleh tengok yang dni merahkan tu... tu pasal la susah betul nak update blog apatah lagi nak blogwalking, dni tak suka guna laptop.. kalau on laptop pun dni susah nak menaip entry... kurang minat... sobsss... sian blog ni haaa... kalau bogwalking pun, dni jarang tinggal komen. nak komen cemano, mood menaip tak ado ^__^ hehe...



-

24 February 2012

tidur tak lena...

-
-
-
-
sekarang ni, setiap malam dni mesti terjaga 2-3kali masa tidur. kalau dah terjaga tu, susah nak lelap balik... kalau penat sangat barulah senang sikit nak tido. tapi, bab terjaga tengah-tengah malam tu dah jadi wajib. kena bangun ke toilet juga. perkara biasa bagi orang pregnant ni rasa cepat nak buang air kecil.. tapi mungkin juga faktornya sebab dni gemar minum air... tu pasal la kut. kalau terbangun je, lepas ke toilet, rasa nak minum air. kalau tak minum, macam tak fresh.. tak lena nak tido... minum juga lah separuh cawan. pastu kena bangun p toilet lagi. huhu.. siang hari tak de la kerap sangat rasa cemtu..





jadi, siang hari, dni tak cukup tdo... huhu.. kena ganti tdo juga di siang hari...
pengalaman korang mengandung cemana pulak?



-

16 January 2012

Susu untuk ibu hamil | Anmum dan EnfaMama

-
-
-
-
hari ni... keje dni meng-google mengenai susu yang paling sesuai diamalkan untuk para ibu mengandung... dni dapati, ramai yang bersetuju bahawa susu EnfaMama lebih bagus daripada Anmum. tetapi, kebanyakan antara mereka ni walaupun suka EnfaMama dalam masa yang sama juga mereka amalkan susu anmum. katanya risau takut rasa boring, muak, bosan dengan rasa susu yang sama... oleh sebab itu, disarankan bertukar perisa susu atau selang selikan antara anmum dengan enfamama...






pada peringkat awal kehamilan ni dni rasa macam nak cuba dua-dua jenis susu. lagipun, tentang susu dni tak ada masalah. dni memang suka minum susu. cuma, malas nak bancuh je. haha! dni nak pilih enfamama perisa vanilla...





manakala anmum materna perisa coklat. dni kan suka coklat-coklat ni. InsyaAllah esok lusa dni nak ajak hubby pegi beli susu-susu tu untuk baby kami ^___^ tapi kena survey dulu kat kedai mana harga paling berpatutan. kita kena bijak memilih, kan? macam tak sabar pula nak consume susu ibu mengandung. bersemangat waja dah ni hik3...





p/s:
yang dah ada pengalaman, mungkin boleh kongsikan dengan dni mengenai anmum/enfamama... maklumlah... dni ni newbie.. hehe ;p




-