19 August 2010

Nuffnang | Dni Bermula Dengan Zero Juga...



http://www.cute-smiley.com
soory sebab dni jarang jawab soalan-soalan korang mengenai Nuffnang. bukan nak sombong, bongkak, perasan bagus, eksyen kamen ke apa... tapi penat. apa kata korang google tips yang terdapat di internet ni. banyak sangat tips yang kita boleh perolehi dari situ. kenapa dni cakap macam ni?



sebab dni juga bermula dengan zero.
zero tu = 0..
0 okay... huhu...



http://www.cute-smiley.com



kalau korang perasan, kat tab menu atas tu dah ada terpampang perkataan NUFFNANG. klik saja kat situ, atau klik pada button TIPS, InsyaAllah akan keluar tips mengenai Nuffnang atau berblog yang pernah dni buat. berkenaan dengan cara memasang iklan Nuffnang pada blog pula, bukan dni tak mahu buat. tapi dah banyak sangat tutorial yang ada. google je. atau, ikut tutorial yang tersedia pada website Nuffnang. kat Gengblogger pun ada. bahkan, kalau google berduyun-duyun tutorial mengenainya.




http://www.cute-smiley.com

sampai sekarang pun dni masih terkial-kial nak pasang iklan Nuffnang. mesti ikut tutorial. dan semua ni berjaya pasang pun sebab suka atau sikap gemar mencuba. bukan senang nak hadap HTML tu bagi orang tak celik komputer cam dni. tapi Alhamdulillah, dni cuba cuba dan terus mencuba sampai dapat biarpon kekadang tu kuar error bagai, dni cuba. dni rasa, korang pun boleh buat. kalau tak selesai juga perkara tu, dni sarankan korang minta bantuan orang terdekat coz kalau nak minta dni buatkan memang tak boleh kecualilah korang kasi password blog korang kat dni. ye tak? hmm..



http://www.cute-smiley.com


lagi satu berkenaan dengan Buffered Earnings. sama ada email atau komen yang nak tahu cmana untuk dapatkan Buffered Earnings ni... jawapan dni adalah : tak tahu. kenapa? sebab BE ni bukan Nuffnang yangtentukan tapi pihak advertiser. kita cuma perlu berusaha untuk menepati kriteria yang dimahukan oleh pihak advertiser. tidak semestinya berpengunjung juta riban... tapi teruskan berblog, rajen update, tingkatkan traffic, dan isilah survey yang ada pada website Nuffnang tu elok-elok. kasi jawapan yang terbaik!. mungkin ini adlah kunci utamanya. so, apa kata korang godek-godek survey yang korang jawab tu. bayangkan korang adalah advertiser. adakah korang sudi nak kasi Buffered Earnings kepada penjawab survey tu? letakkan diri kita pada tempat diorang. InsyaAllah kita akan tahu jawapan yang terbaik sepatutnya kita jawab supaya kita terpilih. serius ni ... ;) so, cubalah ya...







http://www.cute-smiley.com

sepanjang dni berblog dari tahun 2008, 11 feb 2010 baru dni berpeluang dapat Buffered earnings. itu pun satu je.. lepas bulan februari barulah rezeki Alhamdulillah datang mencurah-curah. kekadang dapat banyak, kekadang dapat sikit. malah pernah status glitterati dni digugurkan. maka dengan ini korang harus faham. mesti berusaha. usaha yang bagaimana? macam kat atas tadi dni cakapkan... itu aje... tak ada pegi mengampu pihak Nuffnang ke apa... itu semua tak perlu. okay?

^___^




dni ada kelas ni... t dni sambung lagi ye...



http://www.cute-smiley.com


p/s:
Goodluck!




12 August 2010

How To Make Castle Cake


hiks...
bertambah lagi cara buat kek pada hari ni. gigih weh nonton video ni dengan line tenet slow. tak khatam lagi tapi teruja nak share dengan korang. so dni tempek gak kat sini. at least dapat gak dni study cara buat kek ni pada bila-bila masa je takyah bookmark bagai. ^__^ jom jom tengok cara buat kek istana comel ni...






p/s:
cam rumit je tapi kalau boleh siapkan, memang gumbira sakan rasanya. InsyaAllah akan cuba. hehe.. sebab tak kreatif sangat bab ni..



How To Make Chocolate Lollipops


tadi kita belajar cara nak buat princess doll cake. skang jom kita belajar cara buat coklat lollipops lak. nyum... ni boleh buat bisness homemade chocs kan? bagus-bagus. nanti kita bukak kedai coklat lak pasni. hikhik... jom kita belajar cara nak buat lollipops..









p/s:
fuhhh, nyum nyum!




27 June 2010

Tips | Menghilangkan Selulit Menggunakan Kopi & Minyak Zaitun



pernah cuba tak pakai campuran minyak zaitun dengan serbuk kopi pada badan? haa.. jangan tak tahu... ianya boleh melembutkan kulit dan juga menghilangkan selulit jika diamalkan secara berterusan. memang mujarab tau...






caranya mudah saja.. bahan yang korang perlukan hanyalah:

  1. minyak zaitun
  2. serbuk kopi

ye.. itu aje! hehe.. oh, ya.. dni guna minyak zaitun safi. pastu serbuk kopi pula dni guna serbuk kopi timbang tu. bukan nescafe ye.. tak tahu la ok tak kalo guna nescafe. tapi kalau u ols nak cuba guna nescafe tu cuba aje la.. :D


korang campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun tu.. kasi dia likat-likat tau.. jangan cair meleleh.. sebab nak wat macam krim gtu.. pastu urut-urut la sekitar kulit badan.. biasanya pakai kat peha/lengan je dni ni.. hehe.. pakai masa mandi.. wat cam skrub tu. kalau korang rajin, boleh sapu kat daerah yang korang nak pastu balut dengan pembalut badan tu. ada kan plastik tu.. alaaa... lupa lak orang panggil plastik ape.. haaa.. yang tu laa.. isk3...


then bilas macam biasa.. hasilnya, kulit rasa lembut2 cemtu..
best tau.. dni tahun ni baru buat 3 kali..
tahun lepas 6-7kali..
apa maknanya tu?
okeh.. memang pemalas.. haha!
cuma nak berkongsi tips..
harap ianya membantu kamu^___^


selamat mencuba!


29 April 2010

Resipi : Salad





Resipi dni kali ini simple sahaja. takyah masak.. potong2 lanting je hehe.. ;p mari kita makan menu diet yang sedap ni. ye.. Salad! ;)


sediakan bahan-bahan seperti di bawah ni ye..



1) lobak merah



2) tomato


3) timun batang



4) daun salad


5) kubis merah



potongkan ikut citarasa anda ye nak potong cmana. tapi dni prefer potong/ hiris nipis-nipis. senang nak kunyah. hehe.. jangan lupa basuh dulu bersih-bersih bahan-bahan tu. pastu sediakan satu bekas, gaulkan dengan sebati semua bahan tu bersama dengan sos salad pilihan u ols. dni guna sos salad thousand island dressing. sedap tak terhingga! ^___^



tadaa.. salad dni dah siap. jemput makan..


(pssst... Zie ko kenal gambo ni kan? haha gigih aku snap nak kasi kat ko ngan Deen tengok ;p)


nyummm nyummm..
^____^



p/s: tak sempat snap gambar sayuran tu.. sempat snap cemni je..