12 October 2010

4000 Pageviews Semalam | Rekod Terbaik ArdiniHumaira.com Setakat Ini




semalam dni ada buat entry mengenai Unique Visitors ArdiniHumaira.com Cecah 2000. (klik link tersebut untuk baca)... pada masa tu, dni ambil gambar dekat jam 9 malam. kiranya 2111 uv tu adalah setakat jam 8 malam semalam. dan hari ni dni dapat tengok uv keseluruhan untuk semalam iaitu:






unique visitors: 2489
views: 4199




^___^


nampaknya ada peningkatan mendadak untuk pageviews tu. daripada 3626 hingga ke 4199. pencapaian terbaik untuk ardinihumaira.com buat masa ini. paling banyak sebelum ni pun dalam 2ribu dekat 3 ribu macam tu je. ni dah sampai 4 ribu buat dni rasa macam dapat sekali ni pun jadi la, hahaha ;p




p/s:
terima kasih kerana sudi singgah ke ardinihumaira.com ;)







10 October 2010

White Tea




dni teringin sangat nak minum white tea. terbaca mengenai khasiat dan kebaikan white tea tapi nak beli tak tahu kat mana. kat mall pun tak ada. tapi bila dni google terjumpa lipton punya ada white tea. huhu... bestnya kalau dni dapat beli yang ni...












siapa pernah jumpa wihte tea lipton? berapa harganya ya? ada tak kat tempat korang? kalau ada, boleh inform kat dni.. dni nak kirim. serius! ;)





p/s:
nak white tea!!!



26 September 2010

ALZARA | Natural Dead Sea Beauty Salts



dni tak pernah guna produk ni. baru je beli minggu lepas kat cosway masa ke sana dengan ain sejurus selepas kitorang lunch kat pizza hut. tadi masa dni kemas-kemas barang terjumpa la garam laut mati ni. terlupa lak dni ada beli. belum cuba lagi... korang ada pernah cuba tak produk garam laut mati? dengar khabarnya bagus untuk kesihatan kulit.




antara khasiat garam laut mati adalah untuk melegakan masalah kulit seperti kekeringan, ketidakselesaan dan pengelupasan. ianya juga dapat membantu merehatkan badan kita selain mengambalikan kesihatan serta kecantikan kulit. pastu kalau yang jenis ada kulit sensitif pun elok guna garam ni. dni skang ni mengalami kulit sensitif sebab pakai jam. nak cuba garam ni mana tahu kot-kot leh legakan kesan sensitif tu...





p/s:
kalau korang pernah cuba, leh kongsikan pengalaman korang dengan dni ;)



16 September 2010

Fadhilat Puasa Enam | Berpuasa di Bulan Syawal





Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)





p/s:
cukupkan enam hari puasa di bulan syawal, besar ganjarannya;)




03 September 2010

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih Dan Fadhilatnya


picture: credit to husainiyouths




Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagi-Nya atau kekurangan pada-Nya. Rasulullah SAW menganjurkan umat islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali , atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam. Fadhilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah mengampunkan dosa yang lama atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa yang tersembunyi atau terang.




Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan



  • membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah,
  • 10 kali tasbih ketika rukuk,
  • 10 tasbih ketika iktidal,
  • 10 tasbih ketika sujud pertama,
  • 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud,
  • 10 tasbih ketika sujud kedua, dan
  • 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam.
  • Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.




sumber: wikipedia




p/s:
selamat beramal!