18 November 2011

Antara Kyusoku Bihaku, B White, dan Beauty Umaira yang mana satu pilihan korang?

-
-
-
actually dni pernah cuba beberapa produk collagen sebelum ni macam yusmira collagen, soy collagen nur beautyline, d' ayu soy collagen + vitamin c, kyusoku bihaku, dan juga awet muda puteri alya. antara kesemua produk tu, soy collagen nur beautyline yang paling berkesan dengan dni. sekotak dni amalkan dah nampak kesan. tapi masalahnya dni yang rasa liat nak amalkan... kyusoku bihaku pula, ada efek slow sikit kesannya kalau kita minum kopi. itu yang susah... dni ni sehari mesti pekena kopi juga ;p adoyai...








jadi dni nak minta pandangan korang yang pernah cuba 3 produk ni... mana satu yang paling best kesannya yang korang rasa. atau ada tengok kawan-kawan yang cuba ke apa... boleh share dengan dni...





kawan dni ada suggestkan dni untuk cuba b white tapi dni tak terbeli lagi produk ni. asal pegi kedai je beli barang yang staf kedai tu syorkan. mulalah hati berbelah bagi nak beli. last-last tak jadi beli. hehehe...






setiap kali dni ke mana-mana kedai, mesti diorang syorkan dni untuk beli beauty umaira. hisyyy... ni RM289/box... tu pasal rasa cam nak pengsan. tapi kalau alah membeli, menang memakai, no hal... ni risau kut-kut tak ok dengan orang muda yang baru jejak usia 25tahun macam dni... sebab tu dni nak minta pandangan korang. ^__^ menjelang hari bahagia, terasa nak beli produk kecantikan pulak. ngada-ngada betolll, haha!




p/s:
korang pernah cuba tak? cer cghite cer cghite...






17 November 2011

Terpesona dengan transformasi Datin Norjuma selepas bersalin

-

-

perempuan… bila hamil je tentu berat badan semakin bertambah dan bertambah dan bertambah bagai juara. perkara biasa je bagi golongan ibu mengandung. selera makan semakin bertambah, maklumlah kena makan untuk dua orang ^__^ belum campur lagi dengan makanan yang dia mengidam. nak makan itu… nak makan ini… pastu mulah komplen berat badan meningkat… yang jadi masalahnya bila lepas bersalin nanti. gelabah tak tentu aras dek kerana  risau nak turunkan berat badan. bagi yang berpendapatan tinggi/berkemampuan dapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan macam slim world dsbg tu tak apa lah… hulur duit je, +disiplin +workout + treatment terus dapat body yang mengancam macam anak dara balik. yang tak ado bajet nak ke sana, nak wat cemano? susah gak ni kan… haih… tetiba dni tumpang rasa risau sekaki… hehehe…

 

 

 datin norjuma semasa lepas bersalin

 

bila dni tengok gambar Datin Norjuma masa dia baru lepas bersalin anak pertama dia dulu, dni rasa teruja sangat. sebab terus dni rasa macam sebenarnya tak mustahil untuk golongan wanita dapatkan semula bentuk badan yang ideal cantik langsing lepas bersalin. tengoklah kejayaan Datin Norjuma yang vouge dan jelita ni… dulu kemain… besauuu bebenauuu!

 

 

 

datin norjuma

 

la niii??? haa… vouge! slim ngalahkan dni. OUPSSS! haha…

demmmm, ngutuk diri sendiri pulok dowh ish!

 

 

 

datin norjuma habib

mood nak slim… maka kena selalu tengok orang cantik dan slim… baru dapat aura ;p

chowww!

16 November 2011

Apam Polkadot!

-
-
-
-
Alhamdulillah syukur nikmat... dapat juga dni merasa kelazatan apam polkadot yang dimasak oleh Yong. lama dah mengidam + teringin nak tempah... pucuk dicita, ulam mendatang... sediakan semangkuk budu lalu cicah dan dimakan.... ??? memandai pulak dni sambungkan ayat. miahahaha!





apam polkadot


hari tu kemain dni cakap nak tempah apam polkadot yang comey ni dengan Yong. tetiba Yong cakap, takpelah dulu.. dia nak bagi dni rasa... Alhamdulillah apam tu sampai dengan selamat ke tangan dni dari Kedah ke Kelantan ni... jauh apam polkadot mengembara nak kena ngap dengan dni :p







sesampainye apam polkadot tu... dni apo lagi.. ngappp!!! tak menyempat dah nak pegi cari kamera... snap je pakai henpon... xdan-dan nak try... lawa ooo apam polkadot ni. rasa macam nak jadikan sebagai hantaran la pulak. takyah letak sebakul buah.. letak je sebakul apam pokadot. aci tak? ^__^ lawa bangat pasalnye... nyummehhh pulak tu...







kalau korang berminat untuk menempah apam polkadot bolehlah ke Alinac Kitchen sekarang juga. RM30 sahaja untuk 100 biji! ^___^ berpatutan harganya, kan? jom serbu ramai-ramai tempah apam polkadot dengan Yong. dni pon nak tempah jugak ni... lalalala...




16 August 2011

Giant Pillow | Tempahan daripada ex-classmate dni!

-
-
-
-
13hb yang lalu, besday suami kawan baik dni... paan. Paan tempah pillow untuk hadiahkan kepada suami dia. hehe... tapi bukan pillow biasa... besar punya! siriyes besar... dni pun mulanya risau dapat ke dni siapkan pillow besau gedabak cemtu. mampu ke tak. tapi gigih juga berusaha siapkan untuk kawan yang cumey ni untuk merealisasikan hasrat murni dia nak wat kejutan buat si suami.. sweet sangat ^____^







untuk ulangtahun kelahiran ke-27 suaminya...





sweet kan?
;)





nah.... si anak jadi model pillownya. comel betul anak paan ni geram dni nak cubit-cubit. hehe... pandai lak tu bergaya dengan bantal ayah dia... sekarang korang dah caya bantal ni besau? maka dengan ini kita namakan dia giant pillow ;p





p/s:
tq paan sudi tempah pillow ngan saye!






Berminat untuk order?


sila klik gambar di atas untuk ke blogshop dni ;)
Ardini Simply Shoppe










Penaja Blog:






21 July 2011

Pillow Domo-Kun Pink ;)

-
-
-
-
first time dni dapat tempahan pillow domo-kun ni. comel lak dni rasa kartun ni walaupun tak penah tengok sebelum ni.sian dni tak penah tau pon pasal kartun domo-kun. tah duk zaman mana tah dni, haha ;p






tapi yang ni dni dapat tempahan domo-kun pink... bukan warna coklat tu. hadiah daripada si kakak buat si adik. sweetnya kan kakak Nana tu... bertuah betul dapat kakak sudi belikan hadiah buat adik ^__^ tu pasal dni teringin nak ado kakak. kalau ada kakak bestnye kan boleh dapat hadiah daripada kakak... tapi nak wat cemano kan, dah namanya anak sulong mana nak ado kak. ado kakak ipar je la nanti kih3... 4 orang skaligus. haaa... amek kau dni!






ini pula bahagian belakang bantal tu... cam sweet pula bantal kaler pink+merah+putih... nak wat kat diri sendiri la satu. wat untuk majlis kawen nanti pon okay. hmmm... weeding dni wajib ado pillow. dah nak kena start pk design cmana dni nak wat untuk wedding nanti. nak tulis apa la agaknya ye... ;p





Berminat untuk order?


sila klik gambar di atas untuk ke blogshop dni ;)
Ardini Simply Shoppe





p/s:
thanks kepada semua yang sudi tempah felt craft dengan dni! :')
terharu...







Penaja Blog: