06 March 2012

Kasut hantaran | Tersadai

-
-
-
-
>___<"


baru teringat kasut hantaran kawen dni hari tu tersadai je... tak guna... dni pakai dalam seminggu pertama masa sampai miri hari tu.. pastu tak guna langsung dah... alahai... sian kasut tu... tetiba hari ni macam teringin nak pakai...







oh kasut hantaran daku...
sorry kerana mengabaikan diri mu...
nak p amik pelok sat... sobsss...




-

24 February 2012

tidur tak lena...

-
-
-
-
sekarang ni, setiap malam dni mesti terjaga 2-3kali masa tidur. kalau dah terjaga tu, susah nak lelap balik... kalau penat sangat barulah senang sikit nak tido. tapi, bab terjaga tengah-tengah malam tu dah jadi wajib. kena bangun ke toilet juga. perkara biasa bagi orang pregnant ni rasa cepat nak buang air kecil.. tapi mungkin juga faktornya sebab dni gemar minum air... tu pasal la kut. kalau terbangun je, lepas ke toilet, rasa nak minum air. kalau tak minum, macam tak fresh.. tak lena nak tido... minum juga lah separuh cawan. pastu kena bangun p toilet lagi. huhu.. siang hari tak de la kerap sangat rasa cemtu..





jadi, siang hari, dni tak cukup tdo... huhu.. kena ganti tdo juga di siang hari...
pengalaman korang mengandung cemana pulak?



-

16 January 2012

Susu untuk ibu hamil | Anmum dan EnfaMama

-
-
-
-
hari ni... keje dni meng-google mengenai susu yang paling sesuai diamalkan untuk para ibu mengandung... dni dapati, ramai yang bersetuju bahawa susu EnfaMama lebih bagus daripada Anmum. tetapi, kebanyakan antara mereka ni walaupun suka EnfaMama dalam masa yang sama juga mereka amalkan susu anmum. katanya risau takut rasa boring, muak, bosan dengan rasa susu yang sama... oleh sebab itu, disarankan bertukar perisa susu atau selang selikan antara anmum dengan enfamama...






pada peringkat awal kehamilan ni dni rasa macam nak cuba dua-dua jenis susu. lagipun, tentang susu dni tak ada masalah. dni memang suka minum susu. cuma, malas nak bancuh je. haha! dni nak pilih enfamama perisa vanilla...





manakala anmum materna perisa coklat. dni kan suka coklat-coklat ni. InsyaAllah esok lusa dni nak ajak hubby pegi beli susu-susu tu untuk baby kami ^___^ tapi kena survey dulu kat kedai mana harga paling berpatutan. kita kena bijak memilih, kan? macam tak sabar pula nak consume susu ibu mengandung. bersemangat waja dah ni hik3...





p/s:
yang dah ada pengalaman, mungkin boleh kongsikan dengan dni mengenai anmum/enfamama... maklumlah... dni ni newbie.. hehe ;p




-

09 January 2012

Surah Yaasin untuk tetamu majlis kawen dni

-
-
-
-
sebenarnya, dni tempah cover Surah Yaasin dengan warna biru turquoise. siap dah bayar deposit separuh harga dengan harapan yang hasilnya adalah seperti yang kita harapkan. tapi sayang, orang kedai tu CUAI. bukan setakat CUAI, bahkan tak leh bertoleransi. dni mintak diskaun sebab dia yang CUAI siapkan Surah Yaasin tu dengan warna hitam putih, tapi dia cuma bagi dni diskaun RM10. RM10 je, korang... dah la kita tak dapat hasil yang kita nak... tempah 500pcs pulak tu. mana lah kita tak sakit hati, kan?





depan



dni mengadu kat hubby... bagitahu yang Surah Yaasin kami tempah tu tak dapat warna yang kami idamkan... mulanya hubby tanya kut-kut orang kedai tu boleh buatkan lain atau kurangkan harga... tapi lepas dni cerita tuan kedai tu KEREKKK tahap max, hubby cakap takpelah... asalkan ianya Surah Yaasin. dni pasrah aje dengan apa yang berlaku. tapi tipu lah kalau dni cakap dni redha cemtu je. agak terkilan dengan tuan kedai tu sebab dia buat salah pastu sekati je nak kita bayar memahal dengan hasil yang kita tak puas hati. patutnya ganti la sikit kerugian kita. ni tak, dia pula yang nak berkeras dengan kita. kita nak warna lain, kan? manalah tak rasa geram.... :'(






belakang


apapun, Alhamdulillah... Surah Yaasin ni dni berikan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan yang datang ke majlis perkahwinan dni pada disember yang lepas. tak cukup, rasanya. yang tak dapat tu, sorry tau. dni tak cukup bajet nak tempah banyak-banyak. InsyaAllah untuk anniversary perkahwinan dni dan hubby nanti kami akan tempah Surah Yaasin lagi. yang pastinya, bukan di kedai yang hari tu. serik!





-