15 June 2012

12 June 2012

Kajal Eyeliner | Gaya mata menyerlah bagai bintang bollywood dan gadis arab ^__^

-
-
-
-
korang yang suka mekap ala arab atau smokey eyes tentu suka dengan kajal eyeliner. nak mekap dengan simple pun sangat sesuai dengan menggunakan kajal eyeliner. eyeliner jenis ni sebenarnya macam eyeliner biasa juga cuma bentuknya saja yang berbeza... tebal! macam eyeliner orang beli kalau balik Makkah tu ^___^








memang orang arab dan india suka pakai eyeliner jenis ni... sangat best! dni pun suka. serius!








terutamanya untuk mekap simple macam ni, senang dan mudah dengan menggunakan kajal eyeliner. mata dah nampak menawan walaupun tak guna eyeshadow... tapi kebiasaannya dni tak sapukan kat mata bawah skali sebab dni rasa mata dni tak sesuai oleskan eyeliner kat bahagian bawah mata. maybe sebab ado eyebags! haaha ;p





11 June 2012

Guru KAFA?

-
-
-
-
ada yang bertanya, dni kerja apa? jadi cikgu macam mana? cikgu tetap ke? blablablabla... meh dni leraikan kekeliruan korang yang pelik tetiba dni boleh jadi cikgu pulak kan... tak ado angin tak ado ribut... tetiba dni dok cakap pasal dni mengajar. terus hairan u ols kan? ngehehehe... dni bukannya amik course pendidikan pun... GSTT pun bukan... cikgu ganti pun bukan... so cmana boleh jadi cikgu? yeah... ini jawapannya;






awal januari hari tu my hubby ada ambilkan borang permohonan jawatan Guru KAFA kat pejabat agama miri. saja nak cuba nasib. mana tahu kalau-kalau ada rezeki? tak salah mencuba... actually dni tak yakin sangat + tak berharap untuk dapat jadi Guru KAFA sebab dni tahu dni memang tak layak mana... bukan belajar kat sekolah agama pun, takat ado basic bahasa arab komunikasi tu aje. hehe... tapi Alhamdulillah.... setelah lulus dalam temuduga, ujian bertulis dan lisan untuk jawatan tersebut dni terus ditawarkan untuk mengajar di salah sebuah sekolah kat sini...



dni mula kerja lepas cuti sekolah bulan 3 hari tu. memang tak dapat nak dinafikan mulanya agak kekok + rasa blur tak tahu nak mengajar apa. Alhamdulillah, jiran-jiran dni yang dah berpengalaman jadi cikgu agama bagi tunjuk ajar dan tips. ditambah pula dengan bahan bantu mengajar yang dah tersedia kat sekolah, proses mengajar menjadi lebih lancar dan mudah. murid-murid pun ramai yang berminat nak belajar daripada murid yang nakal.



korang jangan tak tahu... dalam kelas dni ado ketua samseng kat sekolah. kalau dia masuk kelas, sakit kepala dni dibuatnya. nampak sangat kebiasaannya dia ponteng kelas, kan? haaaa tengoklah perangai budak zaman sekarang, baru darjah dua dah pandai ponteng bagai. jadi samseng pulak tu. apeeeelah nak jadi -_-"



nantilah dni sambung cerita lagi pasal budak-budak kelas dni. macam-macam ragam... kadang-kadang, dni dibulinya, huhu... okaylah, sekian dulu daripada ustazah dni ;p dni sambung later eyyy... Goodnight!



-

06 June 2012

Barangan baby yang menjadi pilihan hati

-
-
-
-
ceyhhh, dah mula cerita pasal persiapan untuk baby dah skang dni ni kan. hehe... actually dni dah beli banyak barang untuk baby... beli sikit-sikit. lama-lama jadi bukit. kalau beli sekaligus, mau terasa pokai nak beli segala keperluan. boleh tahan juga harganya. asal ado sale je gerenti dni ngan hubby tak lepaskan peluang belikan baby apa yang perlu. antara jenama yang jadi pilihan hati adalah:









3 jenama ni memang best! memang yang ni la dni ngan hubby dok terkam. hehe... InsyaAllah nanti dni cuba update lagi beserta dengan gambar2 barangan yang dah dibeli :)

10 May 2012

Tempahan Felt Pillow dibuka semula ^__^

-
-
-
-
Assalamu'alaikum.... hye korang! lama dni tak ber-craft kes busy dengan persiapan untuk peperiksaan semester akhir dan perkahwinan pada tahun yang lepas. Alhamdulillah nampaknya perasaan nak ber-craft membuak-buak sekarang ni. so, dni buka semula order untuk pillow yang dni pernah buat dulu.




tempahan daripada sepupu dni last year


sekarang dah semakin ramai buat pillow cemni, kan... dni faham, customer dni dedulu pun dah ramai yang order dengan orang lain. sebab tak larat nak tunggu dni bukak order. hehe... serius masa nak kawen ritu sangatlah tak sempat fikirkan benda lain... pastu lepas kawen pulak, mood baru kawen, tak de perasaan nak ber-craft... tambahan pula tak tahu nak cari supplier berdekatan. kedai barangan jahitan pun dni tak tahu kat mana... now, dah nak masuk 6bulan jadi warga Miri, dni dah kenal beberapa tempat nak cari bahan. cuma, setakat ni banyak barang yang dni kena order daripada supplier kat semenanjung disebabkan kos kat Miri ni mahal sangat. bayangkan gam UHU pon dah berbelas ringgit kat sini. cemano dni nak buat pillow. haiyooo ;p



buat masa ni, stok kain agak terhad. tak banyak sebab dni tak order bebanyak... nak tengok dulu ada pelanggan lagi tak yang nak order. kut2 order bebanyak nanti tersadai lak kain tu jadi pekasam. hahaha...






yang mana nak order, boleh aje isi order form di blogshop dni ----[Ardini Simply Shoppe]---- boleh request design, warna, dan tulisan yang nak letak kat pillow tu. ada dua saiz yang biasa dni buat. saiz A4 rm15 dan saiz double A4 rm30 (tidak termasuk kos pos). nak request bentuk pillow besar or kecil sikit pun tak jadi masalah. boleh contact dni di amni_shiro@yahoo.com. jangan segan-segan ^___^




-