28 June 2012

Pregnancy check up

-



hari ni dni kerja... mengajar dari jam 9am-12pm. walaupun kena mengajar jam 9, kol 8 dah kena siap-siap... pastu gerak p sekolah... kol 12 habis kelas, makan masa beberapa minit juga nak sampai ke rumah... sampai je rumah. al-konfemlah macam lipas kudung pulak hendap-hendap ke dapo buat kerja dapo... hehe... tak nyempat nak blogging hari ni...







pastu dalam kul 1-2 cemtu nak gerak ke klinik ibu dan anak... ada check up... dah beberapa hari tertangguh nak pegi sebab hubby busy ada meeting. dia tak izinkan dni pegi sorang diri sebab dia risau. jalan ke klinik tu agak bahaya juga. + kalau kena suntik, konfem2 dni lembik. kah3. lawak btoi. dah pregnancy check up konfem2 kena suntik kat jari tu kan. haih....




syukurlah klinik desa kat sini tak banyak songeh... dia cuma tanya pelekat pada buku rekod merah dni tu warna apa je. bila dni cakap warna putih, dia jawab okey boleh datang hari khamis. maybe kalau pelekat tu warna lain, tak boleh kut? ngahahaha memandai je buat andaian... dni blogwalking later eyyy u ols ^__^




p/s:
fuhhh, tengah dupdapdupdap nak timbang berat hari ni ;p





-

Dapat doodle dan header tema pregnancy yang comel free from Azzah

-Link



hajat di hati nak tempah header sedondon dengan doodle tapi Azzah tak sudi lak... bukan tak sudi ambil tempahan... tapi tak sudi ambik bayaran... dia nak bagi hadiah je katanya. sebab setakat ni dia buat untuk bereksperimentasi dengan karya yang dihasilkannya tu. jadi dni adalah one of yang bertuah dapat doodle free daripada beliau sebab tak lama lagi beliau nak buka tempahan dah. hehehe... rezeki jangan ditolak... Alhamdulillah dah dapat doodle idaman kalbu... comel pulak tu...



ini doodle yang dni dapat... siap pakai maternity dress polkadot biru putih. i like!








dan ini pula header yang dibuat untuk dni. tq dikkk!!!
sukaaa tawwww, terharu tahap max dah ni :')
cantik cantik cantik!




sape-sape nak tengok entry khas Azzah buat untuk dni boleh klink kat sini eyyy :

DOODLE DAN HEADER UNTUK BAKAL IBU



jom jom jom ke blog Azzah cuci mata tengok doodle yang comel-comel. banyak freebies untuk korang tau yang Azzah izinkan untuk copy. jangan lupa credit untuk dia tau kalau dah copy karya dia... ^__^




-

26 June 2012

Dah tercabut permata cincin pertunangan daku...

-


sedihnyaaa... permata pada cincin pertunangan dni dah hilang! tak tahulah bila tercabut permata tu. sedar-sedar dah tak ada. nak cari kat mana pun dni tak tahu. dah bagitahu kat hubby.. naseb baik tak kena bebel. hehe... risau gak sebab careless. tapi dah dia nak tercabut nak wat cemano, kan... bukan dni sengajakan ;p







rupa asal cincin tu adalah kat dalam gambar bawah ni... cincin yang atas tu... cincin yang kat bawah tu cincin yang hubby kasi masa lamar dni. awwww ^__^





dah 4-5buah kedai emas kat miri nih dni tanyakan nak pasang diamond baru pada cincin tu tapi semuanya suruh tinggalkan kat kedai pastu cakap siap dalam 2-3hari. sies dni paling tak suka tinggal-tinggal barang gitu... so dni decide nak pasang nati balik Kelantanlah... senang. p je kedai yang dni beli cincin tu. tapi lambat lagi lah gamaknye. huhu... togel la dia beberapa bulan ni...


-

20 June 2012

Tempahan Felt Pillow | Design cute-miut untuk si kecil dan yang tersayang

-
-
-
-
Syukur Alhamdulillah... rasa seronoknya bila dah dapat menjahit dan ber-craft semula. tempahan craft buat masa ni tak adalah sehebat dulu kala. dulu, tak menang tangan. sekarang, majoriti customer dah beralih arah order dengan orang lain. hehe... sape suruh dni tak bukak order sampai 4-5bulan kan? now, dni dah ambil tempahan... pada mana-mana yang rasa berminat nak tempah, jangan segan-silu. leh PM dni terus ^__^






dni ada siapkan beberapa tempahan baru-baru ni... antaranya dua buah bantal merah yang ditempa oleh Ayu from UIA. dah banyak bantal dia tempah dengan dni taw.. terharuuuu sangat2.






saja dni isi masa lapang + melayan minat tahap maksima pada jahitan felt. tu pasal dni buat juga walaupun ada kekangan masa, busy dengan rumahtangga, penat kerja dan sarat mengandung pulak tu. kalau dah minat, susah nak abaikan rasa minat kita, kan? hehe... selagi terdaya, layankan aje...



pada yang berminat nak tempah bantal atau beli peralatan craft boleh ke blogshop dni ya...
yukkk ke blogshop dni ^__^






Ardini Simply Shoppe

email: amni_shiro@yahoo.com
sms: 017-6722572



-

15 June 2012