31 July 2012

Tak dapat letak label pada post!

-



dari petang tadi cemni... korang alami perkara yang sama tak? tak bestlah buat entry tak ada label.. ada label senang nak baca balik. huk3... sistematik sikit... asal tulis label je, bila post entry jadi cemni (*___*) blur dah dni tak tahu nak wat cemana...







ada tak yang tahu cara nak solve perkara ni?
share please!


-

Rezeki hari ni, Bubur Pedas Sarawak

-



Alhamdulillah.. rezeki pada hari ini... ada jiran dni bagi bubur pedas sarawak untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa... bubur pedas kat sini memang famous. banyak gerai yang jual bubur pedas. dni belum pernah rasa lagi pedas tahap mana bubur pedas tu. hehe... selama ni tengok kaler kuanya merah, yang ni kekuningan sikit...





ternyata lepas dni cuba bubur ni, tak pedas...kalau yang kaler merah tu maybe pedasnya kaw sket... rasanya macam gulai lemak kuning sayur-sayuran. sebab bubur pedas penuh dengan sayur. tak ada lauk lain. cuma sayur je.. healthy gak makan bubur pedas. cuma penggunaan santan tu tetap jadi berlemak... dni ingatkan bubur pedas buat makan dengan nasi.. rupanya diratah cemtu je... nanti nak cuba buat sendirilah bubur pedas... nak cari resipi ^___^



-

Resipi Puding Custard

-



ada yang suka makan puding custard tak? meh dni share resipinya.. mudah je nak buat.. rajin ngan malas je nak jadi ke tak puding tu. hehe... ala-ala buat dadih cemtu... jom cekidaut!





Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung custard
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar margerin
  • gula dalam 7-9sudu besar
  • (pewarna dan perasa jika mahukan perisa)



Cara membuatnya:
  1. panaskan api, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati... pastikan api tak terlalu panas... nanti kang hangus, hehe...
  2. bila dah agak nampak kesebatiannya, tuang adunan tu dalam bekas yang sesuai. atau kalau nak ada bentuk, betuk, masukkan dalam mould.
  3. boleh juga dimasukkan pewarna.. nak titik-titikkan ke... nak corakkan guna lidi ke... atau nak puding tu berperisa, boleh buat corak guna perisa tu atau juga masukkan terus dalam adunan ^__^


selamat mencuba!


-



Day 10 | Berpuasa ketika hamil

-



malam tadi ada dni buat entry (KLIK SINI UNTUK BACA) mengenai menu berbuka puasa dni dan asben tak sama... tapi ramai pulak silap faham... hehe... tu bukan lauk dni la sayangku sekalian... asben dni... tak baca entry elok2 eyyy, hiksss.... ni dni baru nak story pasal menu bersahur dan berpuasa dni semalam... saja nak wat diari kehamilan semasa berpuasa kat blog ^__^ nanti2 leh godek-godek balik apakebenda yang dni dok makan masa ramadhan 2012...



BERSAHUR :

  • 6-7suap cornflakes + susu
  • air soya
  • 3biji kurma
  • air masak


laksa penang


BERBUKA :
  • laksa penang (makan separuh je.. tak abes)
  • 3biji kurma
  • air kelapa
  • air masak
  • puding custard
  • 1keping popia



jam 10 malam cemtu, asben dni baked mini pizza yang segera... dia teringin nak makan pizza... so dni tumpang sekaki. hihihhh...



(selepas waktu berbuka - 11 malam)
  • supplement (fish oil & vita c)
  • 2/6 buah oren
  • 2/6 slices mini pizza
  • air masak
  • 5biji kurma



semalam, dni terlupa nak ambik supplement vco, tablet susu kambing dan juga women ultra mega (wum). sebab 3jenis supplement tu duk kat ruang tamu... fish oil dan vita c duk dalam bilik... terus terlupa nak keluar bilik gi makan... huhu... sahur tadi dni tak amik juga supplement tu sebab dni risau kut-kut dehidrasi... amik supplement kan kena minum air banyak... kalau amik malam, boleh minum air banyak-banyak.. cover lagi masa bersahur, kan ^___^




untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



-

30 July 2012

Maternity T-shirt {Baby Under Construction} dan sampai!

-
ingat lagi tak dni pernah bagitahu dni ada beli t-shirt for maternity yang tertulis BABY UNDER CONSTRUCTION melalui website Mum Dreams? kalau dah lupa post yang mana, boleh KLIK SINI untuk baca.
sebenarnya dah beberapa minggu parcel ni sampai. tapi dni tak sempat nak edit-edit gambar, so, lewatlah dni buat review mengenai baju idaman hati, hehe...
Alhamdulillah, t-shirt ni sampai dengan selamat. perfect! seperti yang digambarkan. material pun okay, berbaloi dengan harganya, cuma RM29.90.
yang penting, baju ni labuh. cuma satu je lah... perut dah makin membesar ni kesendatan mula melanda ;p tapi takdelah sendat sangat. cuma ianya menampakkan bentuk badan sket.
tujuan utama beli t-shirt ni adalah kerana semata-mata design comel yang tertulis Baby Under Construction dan ada doodle comel yang preggy tu. haha! cam bebudak lak dni kan?
dni amik size L... senang, after bersalin nanti boleh dipakai pada hari-hari biasa... lantakla orang nak cakap haih still pakai maternity t-shirt ke? dah baju haku beli dengan duit haku suka hati hakulah nak pakai ke tidak wakakakak leh tak jawab cenggitu? ;p -