02 August 2012

Cloth Diapers untuk si comel!

-
sekarang ni femes sangat penggunaan cloth diapers, kan? dni pun tak terkecuali nak cuba guna cloth diapers untuk bakal baby dni nanti. dni dah order dengan sis Haniza di My Luvly Baby 5 diapers + inserts. affordable price tau... Rm90 untuk 5!
dni pilih warna biru, merah, kuning, hijau, dan purple untuk baby boy inside my belly nih. hehehe... nanti mesti cencomel montot dia pakai cloth diapres tu. ololoooo ^___^ apa yang bagusnya penggunaan cloth diapers adalah ianya sesuai untuk semua saiz. sebab leh ubah kedudukan pin tu. so, takyah beli banyak kali. nak pakai sampai lunyai pun no hal...
sape2 yang berminat nak belikan si comel cloth diapers leh lah ke My Luvly Baby ye. sekarang ada pre-order sehingga 31/8/12. dni dah oder.. korang bila lagi? :) -

Alhamdulillah...

-
kadang-kala, kita leka dengan nikmat dunia... kita terlupa nikmat itu datangnya daripada ALLAH SWT. kita terlalai dengan apa yang dimiliki... hingga kita jauh daripada menyebut Alhamdulillah, tanda syukur kita di atas nikmat kurniaanNya... betapa kerdilnya kita... walhal ALLAH SWT sentiasa mengingati hambaNya... alpanya kita.... sama-samalah kita bersyukur di atas segala kurniaan yang telah kita kecapi... Alhamdulillah... ~{sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan taulan sekalian}~

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (Surah Al-Baqarah, ayat 152) “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

-

Day 12 | Berpuasa ketika hamil

-



lewat lak dni tdo malam ni kan... nak wat acane... petang tadi tertido sampai jam 5.40petang... bukannya penat pun.. tapi dok gegolek dalam bilik, nak online, tenet slow... terus tertido. hehe... okay... jom tengok apa menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari puasa ke-12.




BERSAHUR:
    • nasi + ayam celup tepung kfc + sotong tumis sayur (lauk berbuka semalam, panaskan aje)
    • 3biji kurma
    • air masak


    kueh netbak, makanan tradisional Terengganu



    BERBUKA :
    • 3 biji kurma
    • sebiji kueh netbak
    • nasi + separuh ayam percik dan separuh ikan percik (sebab beli seketul ayam dan seketul ikan percik, share dengan asben hehe)
    • air laici kang
    • air masak

    (selepas waktu berbuka - 11 malam)
    • supplement (vco + fish oil+vita c)
    • 7biji kurma
    • bubur kacang hijau
    • air masak

    baru hari ni pertama kali dni cuba kueh netbak... macam mini bahulu ke rupa dia.. rasanya pun ada iras bahulu. cuma kena rebus bersama air gula + daun pandan... makan berkuah dengan air gula tu. boleh tahan juga rasanya... asben dni yang buatkan sebelum berbuka... nak bagi bini dia rasa... tq abang!

    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


    -

    01 August 2012

    Resipi Bubur Kacang Hijau

    -



    kecewaaa!!! dni terlupa nak snap dulu gambar bubur kacang hijau yang dni buat... lepas packing untuk diberikan kepada jiran-jiran, dni makan untuk dni... pastu dah tinggal sikit dalam periuk. cecukup untuk santapan hubby... sobsss terus tak de mood nak ambik gambar bubur kacang hijau posing cun sket... yang ada cuma yang dah siap packing untuk jiran-jiran. dalam plastik pun dalam plastiklah janji ado! haha ;p




    bubur kacang hijau


    da beberapa hari dni teringin nak masak sendiri bubur kacang hijau, tapi kemalasan melanda. walhal resipinya cukup mudah. lanting2 tinggal je tunggu empuk dan masak... tu lah kan orang kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... kena kat batang hidung sendiri.. wakakaka! ekceli dni tak tahu nak bagi resipi cmana... dni main tibai lanting je malam tadi... lebih kurang cemni lah:



    BAHAN-BAHANNYA:
    • 200g kacang hijau
    • 4ketul gula melaka saiz kecil (sebab dni guna yang kecik tadi)
    • 3 sudu gula
    • dua kotak kecil santan
    • 4-5helai daun pandan diikat
    • sedikit garam
    • air secukupnya


    CARA MEMBUATNYA:

    1. bilaskan kacang hijau dengan air pastu masukkan ke dalam periuk saiz sederhana besar hingga separuh periuk...
    2. rebus sampai empuk, pastu boleh masukkan gula melaka dengan santan dan juga daun pandan.
    3. masukkan lagi air separuh periuk, sebab air didihan tu akan kering diserap oleh kacang hijau.
    4. masukkan gula dan garam... garam dni letak sikiiit je... kasi rasa sikit-sikit je... gula pun cuma touch up rasa gula melaka yang tak berapa nak manis. kalau gula melaka korang dah sedia manis, tak perlu letak gula dah tau.
    5. atau, boleh masukkan susu pekat manis kalau nak rasa berlemak sikit.



    ***tips! ada setengah orang goreng tanpa minyak dulu kacang hijau then baru dibilas dandirebus... dni malas... humban terus didihkan dalam air. heheheh! ;p




    selamat mencuba!




    -

    Day 11 | Berpuasa ketika hamil

    -




    semalam nak buat entry... tapi gara-gara entry tak leh letak label, terus tak ada mood nak berblog. rasa tak best bila tak leh letak label. hari ni macam okay tapi tak tahulah petang nanti jadi cam semalam lagi ke tak... sobsss... ni dni nak share juadah bersahur dan berbuka dni pada hari yang ke-11 berpuasa ^___^ Alhamdulillah, masih larat nak berpuasa dengan jayanya...



    BERSAHUR:

      • laksam kelantan
      • 3biji kurma
      • segelas air soy fresh malt
      • air masak




      BERBUKA :
        • 3 biji kurma
        • satu sudu bubur pedas
        • nasi + ayam salut tepung kfc + sotong tumis sayur
        • air kelapa
        • air masak



        (selepas waktu berbuka - 11 malam)
        • supplement (vco + tablet susu kambing... dni tak ambil wum, fish oil dan vita c sebab makan buah tembikai dekat nak tdo hehe)
        • tembikai
        • keropok
        • air masak

        hubby ada belikan dni murtabak.. tapi sebab dah kenyang, tak makan murtabak tu.. sahur baru makan sama-sama dengan dia... masa sahur tadi dia siap cakap, abang belikan sayang murtabak ni untuk berbuka... makanla... hehehe sweet pulak rasanya... :')



        untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


        -