06 February 2013

Thank you Mama Mikail!





U know, my lesbo... kawen beza sebulan, umo beza setahun, pregnant beza seminggu, bersalin pun beza seminggu. sama-sama dapat anak lelaki pulak tu. tau tak siapakah gerangan beliau? yesss... yang dah lama kenal dni di alam maya blog ni opkos kenal dia kan kan kan ^___^ sape lagi kalau bukan Zie Madini. hehe... we ol ni ekceli bukannya lesbo. tapi digelar lesbo sebab banyak persamaan we ol secara tak langsung. tu yang tetiba we ol jadi ter-rapat sakan walaupun masa tu jarak we ol kemain jauh. kelantan-sarawak! tak pernah jumpa... tak pernah kenal... cuma melalui blog. tapi ada chemistry... siap ada drama merajuk bagai kalau ada apa-apa kan yunk? haha lawak la kita nih.




hari tu Zie Madini ada hadiahkan Darwish baju romper batman. sempat la Darwish pakai dalam 2minggu pastu dah ketat dah skang. tak padan tang nak butangkan romper tu. ehehe dah semakin panjang budak tecit ni.




baju tu kembar dengan anak dia, Mikail. tapi tak menyempat dni nak copy gambar anak comel Zie Madini. ni pun online dengan kelam-kabut dengan harapan dapatla siapkan entry ini. 3 hari dah terperam gara-gara Darwish asyik berkepit je dengan mama. ehehe.. apapun, tq ya yunk untuk baju ni! leh simpan untuk adik Darwish :)




04 February 2013

Kerja semasa dalam pantang


 kusss! semangat weh masa dalam pantang pun buat kerja. actually kerja2 ni sepatutnya siap sebelum dni bersalin. sebab customer tempah felt pillow dengan dni sebelum dni bersalin lagi.. dalam 3 minggu awal. tapi takdir Allah SWT, dni bersalin 3minggu awal daripada due date. jadi, tak sempat nak buat felt pillow yang berjumlah beratus buah... 


Alhamdulillah, customer ni sangatlah bertolak ansur dan memahami. syukur sangat2. sebab dni tak dapat siapkan tempahan pada masa yg ditetapkan. mana nak hadap kerja, mana nak hadap anak semua tu kan. tambah2 si anakanda tu direct BF. kalau dia nak menyusu, satu kerja apa pun tak dapat nak buat. kena fokus menyusu je. ni antara bantal felt  yang dni siapkan  semasa dalam pantang ^__^






bulan lepas, barulah setel semua buah bantal yang ditempah oleh customer tu. rasa lega dan bersyukur sangat dapat siapkan juga akhirnya... nak tampal semua beratus buah bantal nanti takut entri cecah kerak bumi lah pulak. hehe... kalau ada kesempatan dni akan letakkan semua gambar2 pillow tu di FB dni... yang pastinya dni akan stop bercraft buat sementara waktu. tak ada masa sangat2. sorry tau pada yang nak order. order felt craft ditutup untuk ahun ni ^__^



-

12 November 2012

Gambar anak? Follow facebook dan instagram dni meh ^__^


 ramai dok tanya bila dni nak update gambar anak dni kat blog. hehe sorry u ols.. dni terlalu busy melayan kerenah si kecil + nak siapkan felt craft yang menimpun. super tak sempat masa nak hadap blog. tapi seriously hati ni memang meronta-ronta nak update blog. dah lama berblog zaman bujang senang sekali tak dapat berblog dengan rakus lak after kawen coz ada komitmen. pun begitu dni tak stress pun tak leh update blog sebab dni happy dengan kehidupan rumahtangga dni. awwww love u hubby! love u my son!



 senyuman manis Rayyan Darwish ;)

okay macam ni lah u ols... yang nak ikut perkembangan dni or nak tengok wajah comel anak kesayangan dni boleh follow facebook dan instagram dni. dni memang 24hours la lebih kurang melepak kat situ. yelah boleh bukak akaun fb dan instagram di hujung jari je. kalau blog, susah sket nak hapdet tru henpon kan... so that y lah super lazy dni nak hendap blog...



 mata bulat! mama kaco dia tido hehe..

nak follow fb dni leh klik link yang ada kat widget sebelah kanan blog dni nih. haa... senang je kan... instagram lak akaun dni nama ardinihumaira... cepat follow ramai-ramai... hik3...




and opkoslah bila dah ado anak ni dni koje capat hal anak je lah kat instagram and fb... kalau update blog pun rasanya konfem penuh cite pasal anak gak kat sini. acane u ols... ready tak nak hadap update daripada dni pasal si anak ni? jangan nanges eyyy ;p




11 October 2012

10 October 2012

Merindui kekanda yang berada jauh di Miri


hari ni dah genap sebulan dni tak jumpa dengan suami tersayang... rindu sangat rasanya... maklumlah sebelum ni kami selalu bersama, tak balik kampung langsung lepas kawen. tiba2 lepas bersalin, terus tak dapat jumpa dia selama sebulan. fuhhh mencabar juga keadaan ni. selama seminggu juga lepas suami berangkat balik ke Miri dni duk nanges je. haha! malu kat anak... mamanya nanges rindukan papa ;p



 
 papa dan Darwish dalam flight - 14days


InsyaAllah 24hb nanti, suami dni akan berangkat pulang ke kelantan untuk menyambut hari raya aidiladha bersama + kami nak adakan majlis akikah buat anak teruna. pastu 28hb dni, suami dan baby akan berangkat ke Miri coz cuti dni dah habis... kena balik kerja. sobsobsss... nanti mula episod rindu kat family la pulak kan. macam tu lah bila duk jauh2... rindu sana rindu sini ^___^ 


actually dni masih busy dengan baby + siapkan tempahan felt pillow. jadi dni tak sempat nak berblog. bila ada masa lapang nanti dni akan update dan blogwalking. memang rindu nak berceloteh kat sini. tak sabar nak share pengalaman bersalin. hehe... nak stori pasal pengalaman mengandung macam cerita basi pulak. haih... itulah dni selalu tertangguh nak wat entry. sudahnya, tak terstori kat sini. adoyai... dni update later eyyy,... tengah blur nih, haha!