04 March 2014

AidiJuma Bawal Fever!


 Assalamualaikum

lama tak bersua. hehe, macam biasalah alasannya tak ada masa banyak komitmen lain yang tak dapat nak dielakkan. cheyhhh ngalahkan menteri. tapi tu lah, andaikata korang ada follow pesbuk dni, alkompom korang faham kebenda yang buat dni rasa macam tak de masa nak berblog nak hadap blog apatah lagi nak jenjalan ke belog-belog. (mood nanges) 







saje je nak share. dni ada satu kegilaan yang melampau membuak-buak sangat sekarang ni. tak dapat nak dibendung lagi. dah tahap kronik sampai rela ke sana ke mari mencari design tudung bawal aJ idaman kalbu. alhamdulillah rasa puas hati dapat membelai jiwa raga beli tudung-tudung idaman bak terapi yang sukar digambarkan. hepi sakan tau dak? haaa hanya perempuan yang mengenal apa itu kepuasan shopping. kohkohhhh....






seee... ni baru separuh. ada lagi dalam lemari tu. malas nak menyusun. later dni hapdet lagi naaa... ;)

23 April 2013

Dah semakin besar anakanda Rayyan Darwish



Assalamualaikum...

u olsss ^___^ lama dni menyepi kat blog ni kan. sebenornya sebab tak dapat peluang nak update. susah nak ado kesempatan update guna laptop. nak update pakai henpon, tataulah kenapa application tu asyik fail kalau nak submit entry. sudanya menyepi jugak dni dari berblog. sobsss :'( padahal kemain hari tu beryauu sakan buleh update guna henpon. last2 application tu hampeh lak. tsskkk!





apapun, wajiblah dah update blog ni tayang gambo anakanda comel yang semakin membesar. lagi dua hari akan genaplah 8bulan usia Darwish. wahhh pejam celik pejam celik nak masuk 8bulan dah rupanya... cepat betul masa berlalu, kan... okay u ols... later dni update lagi. sian asben dok layan Darwish tu nak mandi pun takleh dni suh layan anak sekejap. haahaa... ;p



15 February 2013

Waktu mustajab berdoa pada hari jumaat

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda;

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.”

(HR. An-Nasai dan Abu Daud).




BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

14 February 2013

Breakfast di KLIA after habis pantang

peh! jauhnya pergi breakfast kan? bukan saja-saja nak ber-breakfast kat klia nun. tapi sebab flight awal pagi dari kelantan ke KL... nak solat subuh pun kena solat kat airport. sampai je klia cam tade tempat nak tuju tetambah bawak baby, kan. terusla cari je memana kedai yang berdekatan. 29 oct hari tu punya cerita. dah abis pantang, so ikut asben balik miri semula dengan darwish. 



disebabkan kami berdua sama-sama nak makan, cuma ada masa sejam sahaja untuk isi perut jadi terpaksalah letakkan si Darwish yang sedang nyenyak tdo atas sofa. kalau tak makan nanti kang lapar pulak sementara nk makan dalam flight nanti. naik MAS, kan dapatla makan skali...  kitorang bukan letak dia merata-rata eyyy... memang meja makan kat marry brown situ bersofa cemni so senanglah kalau baby nak tidur. hehe...



 

 menu husband punya...




feeling-feeling orang baru abis pantang dengan czer, pilih nak makan bubur nasi je. 




dan my milk booster. orang lain takut minum kopi, daku bedal kopi dari awal lepas bersalin lagi. seriously lepas minum kopi ada rasa susu makin banyak. sebab tu dni tak skip minum kopi dalam sehari. disamping tu juga dni amalkan makan buah oren, minum soya, halba, makan supplement, longan+kurma, vco, dan juga susu. kafein sebenarnya bagus. orderdose je yang tak bagus. so, takyah takut minum kopi eyyy ^__^ ehhh, macam dah tukar topik dah. haha... peace!


-



Tutti Frutti di hari ulangtahun perkahwinan yang pertama ^__^


 

dah lama mengidam nak cuba tutti frutti yang diperhebahkan kesedapannya. memandangkan di Miri tak ada tutti frutti maka haruslah dok terliur sakan nak try benda alah tu. pada 10/12/12 hari tu dni ada di kelantan. terus ajak asben keluar beli tutti frutti sebagai santapan istimewa di hari ulangtahun perkahwinan kami. dah bajet tak mo beli kek sebab nak celebrate skali anniversary kitorang dengan umi dan abahpada 19/12.




disebabkan teruja tengok ada perisa cappuccino kalau tak silap, sebagai penggemar kopi yang tegar terus merembat perisa tu. then nampak vanilla... lalu difikirkan mungkin sedap vanilla macam eskrim vanilla lalu rembat vanilla pula... nasib baik akhirnya terbuka hati nak rembat skali perisa strawberry. kalau tak, perghhh... menjawab la tak berapa selera nak menelan froyo tu.

 


kalau yang perisa buahan barulah sedap. perisa lain, tak sedap u ols... nyesal pulak rembat cappuccino banyak-banyak. kalo tau je daku hambik yang perisa buahan sajork. pendek cerita, tak ado dekat miri pun tak apolah... tak ngidam froyo dah... kih3... makan eskrim lagi nyummeh.



-