15 July 2014

Baju Raya from my online store | Amy Ardini Collection




Assalamualaikum


haaaa... bab baju raya korang dah setel belum? dni punya baju raya Alhamdulillah yang lain dah setel cuma yang tak setel lagi baju raya pertama. dni tempah baju raya sedondon untuk baju kurung dni, baju melayu deen, dan juga baju melayu darwish. namun begitu, tailor tak siap-siapkan lagi sampai sekarang. seriously hampa. sampai naik hangin gak dni jadinya. hukhuk... mana taknya... 3minggu dah janji boleh siap tapi taraksiap juga. -___-"







raya kedua punya baju je lah yang sedondon gamaknya kalau baju tu tak siap juga. sedih laaa kita order dari awal mei tapi tak siapkan dalam tempoh yang dijanjikan. kang lewat pos tak sampai lak musim raya ni. poslaju pun busy nak beraya tak leh nak salahkan dia juga.






btw, baju kurung ni dari online store dni di Amy Ardini Collection. dni beli sedondon dengan kemeja burberry for men and boy untuk suami dan anakanda. bolehla feeling pakai baju sedondon gitu kan. hehehe... kalau berminat boleh ke online store dni untuk baju raya awesome 2014 ^__^

27 June 2014

24 June 2014

20 June 2014

Makna Surah Al-Fatihah




Assalamualaikum


Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang berkat ini ^__^ lagi seminggu lebih sahaja lagi Ramadhan akan tiba. moga-moga Ramadhan pada kali ini yang bakal kita tempuhi lebih banyak perubahan positif dalam mempertingkatkan amalan ibadah. salah satunya dengan memahami bacan-bacan dalam solat yang sering kita abaikan selama ini.






jom kita hafal dan ingat makna surah Al-Fatihah. moga-moga lebih khusyuk solat kita. In syaa Allah ;) bacaan lain pun kena hafal juga tau. barulah kita rasa lebih dekat degan Allah. Maha Suci Allah yang menciptakan sekalian alam.

19 June 2014

Kereta baru Darwish




Assalamualaikum

hai korang! dah bangun tido? haha... yang tengah baca ni mestilah dah bangun tido kan. pi get ready solat subuh lekaihhh. kat Miri ni dah lama masuk waktu subuh. dekat jam 5pagi lagi subuh kat sini. terkulat-kulat nak bangun subuh kalau tak biasa. bila dah biasa, kat semenanjung pun jadi nak bangun awal. hehe... 






ni nak bercerita mengenai kesukaan anak teruna dini. dia suka sangat dengan mainan kereta dan bas. lori traktor pun ada cuma yang paaaling dia suka adalah kereta dan bas terutamanya kereta kecil-kecil. siap bawak pegi ke mana sahaja tak kira masa. tido pun boleh peluk mainan dia.







terbaru, kereta ni yang dibeli papa darwish. jadi macam penggemar kumpul koleksi kereta dah pula.






bangun tido terus cari kereta dia







hehe... Alhamdulillah anak mama hepi dengan mainan dia. semalam ada beli mainan bas baru untuk darwish. later dni stori eyyy... saja nak abadikan kenangan-kenangan mainan darwish dalam blog mama. nanti darwish dah besar darwish boleh tengok cerita-cerita dia kat sini :') love you sayang!