26 November 2019

SUMBANGAN BERJUMLAH RM594,800 | PROGRAM KOMUNITI McDONALD'S BANTU RAKYAT PANTAI TIMUR


Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia. YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.






Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.








Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.




Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.






(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).





(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.






(empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.



Latar belakang McDonald’s


McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my



Latar belakang RMHC


RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/


Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.



Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.


“Program Kembali ke Sekolah”


Seramai lebih daripada 1,900 orang kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” pada tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonalds Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonalds Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.





Dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta, Program “Kembali ke Sekolah” 2019 ini merupakan program yang terbesar setakat ini sejak dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu. Melalui program ini, seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020.


Pada tahun 2018, McDonalds Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Manakala pada tahun 2017 pula menyaksikan McDonalds dan RMHC membantu seramai 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.


Pek “Kembali ke Sekolah” yang bakal diagihkan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.



Pada tahun 2018, McDonalD'Ss Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. 


Jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 
atau  layari 

McDonalds Malaysia : www.mcdonalds.com.my
RMHC Malaysia : https://rmhc-malaysia.my/


16 November 2019

PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Assalamualaikum buat pembaca Ilham Dini dot com


Sebagaimana yag kita tahu, ZAKAT merupakan sebahagian daripada Rukun Islam. Terbaru -Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan satu kempen bagi seluruh warga Selangor iaitu Perlaksanaan Kempen Zakat@Family. Jom Dini kongsikan serba sedikit mengenainya.





Pengenalan Zakat@Family

Zakat@Family adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri-ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.  Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.







Kaedah Dan Tanggungjawab


Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk:  
  1. Diri Sendiri 
  2. Pasangan 
  3. Tanggungan 
  4. Individu di bawah jagaan 
  • Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”. 
  • Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.  
  • Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :




Jenis Zakat dan Kategori Harta




Semoga dengan perlaksanaan kempen dan promosi Zakat@Family oleh LZS ini dapat memberikan kefahaman serta kemudahan kepada masyarakat khususnya di Selangor untuk menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. Insya-Allah.


Untuk rujukan dan kupasan yang lebih mendalam berkaitan dengan Zakat@Family bolehlah menonton Video INI atau ke laman Facebook rasmi ZAKAT SELANGOR serta portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my  Kongsikan info ini untuk hebahan kepada umum berkenaan dengan ZAkat@Family.

Sekian, terima kasih.

14 September 2019

Pantai Peliau, Subis, Miri, Sarawak



Assalamualaikum

Padi minggu yang lepas dni sekeluarga berpeluang menerokai Pantai Peliau yang terletak di kawasan Subis, Miri. Selama 8tahun tinggal Miri, inilah kali pertama kami menjejaki Pantai Peliau. Sebelum ni tidak sedar/ tidak tahu mengenai kewujudannya. Lokasi Pantai Peliau tidak jauh dari Pantai Bungai.




Rancangan awalnya nak ambil angin di Pantai Bungai. Bila dah sampai di Pantai Bungai Darwish lena tidur. Tak sampai hati mama dan papanya nak kejutkan bangun dari tidur. Jadi, kami patah balik dan ternampak signboard ke Pantai Peliau. itulah dalam gambar di atas, dia gosok mata baru bangun tidur. hehehe,...





Pantainya agak bersih, kawasan yang sederhana, tak luas macam Pantai Bungai. Area perkampungan nelayan. Di sana dapat lihat banyak bot nelayan bersidai. 






Sesuai dijadikan lokasi bergambar. 







Ada pondok jeti mini di atas sungai berdekatan. Suasana di sekitar yang redup banyak pokok disekeliling. Seronok duduk di sana ambil angin pantai.




InsyaAllah lain kali boleh ke sini lagi ;)

05 August 2019

Resepi Sambal Bambangan



Assalamualaikum

Hai semua 😊 Hari ni dni nak kongsikan resepi buat sambal bambangan. Buah ni mudah didapati di Sarawak. Semenanjung, dni tak pasti. Sebab dni sendiri tak pernah kenal buah bambangan ni setelah merantau ke Sarawak. Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Entahlah! Hehe...





Buahnya bulat, berkulit tebal. Ada iras bau macam buah Machang. Kat sini juga dipanggil buah Embang. Rasa dia manis, masam, sedap macam makan buah mangga dengan machang. Tapi, cara buka buah ni tak boleh sembarangan tau. Kena betul cara dia. Kalau tak, mau korang termakan kulit dia habisla bibir kena getah lepas tu jadi tebal macam kena injection botox 😆😆😆

Caranya belah 4 sekeliling buah bambangan tu dalam-dalam. Lepas tu kopek keluar kulit tebal dia sampi keluar isi. Kopek sampai habis. Lepas tu parut isi buah bambangan untuk buat sambal.



Resepi sambal bbangan/embang:

Cili besar
Cili padi
Gula
Garam
Belacan

Ikut sukatan ikut suka korang. Tumbuk lumat. Gaulkan dengan parutan buah bambangan/embang. Kalau kurang masin, tambah garam.

Makan bersama nasi dan ikan bakar ke.. daging bakar ke... Ambuyat ke... Sedap!

Selamat mencuba 😘

03 August 2019

Beautea by Safi | Rangkaian pencuci wajah terbaharu dari Safi




Assalamualaikum, hai semua ^____^

Ada nampak tak produk terbaharu daripada Safi? BEAUTEA by Safi. Ianya merupakan rangkaian pencuci wajah yang diformulasi daripada ekstrak teh premium dan bebas alkohol, paraben, SLS/SLES, dan silikon. 






White Tea & Damask Rose merupakan pencuci wajah yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal-kering. Ia mampu mengurangkan/mengecilkan pori wajah dengan efektif. Pencuci wajah ini jenus gel, berharuman teh + bunga ros yang segar.





Apricot Tea pula merupakan skrub pencuci wajah yang diperkaya dengan biji skrub yang mampu membuang sel kulit mati dengan berkesan. disamping itu juga, skrub ini dapat membersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi, kulit wajah kita akan jadi berseri dan warna kulit akan lebih sekata.



Green Tea & Neem sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal dan masalah kulit berjerawat. Ia mampu mengawal pengeluaran sebum terutamanya ketika stress dan kulit terdedah kepada pencemaran alam sekitar.



Black Tea & Black Orchid pula pencuci wajah jenis gel yang mampu menyingkirkan kotoran pada kulit yang sensitif. Rumusan ini berkesan dalam mencegah kulit daripada penuaan.







 Dni pilih Apricot Tea dan juga White Tea & Damask Rose sebab kulit dni jenis kering. Setelah mencuba keduanya, dni rasa sangat best. Boleh bagi 5 bintang. Sebab apa?





  • tekstur skrub yang best. Dapat Rasa skrub ni mencuci dengan berkesan.
  • bau kedua-duanya sangat harum. Semerbak bila kita mencuci. Selesa!
  • dengan pek 150g, boleh tahan untuk penggunaan sehingga 2bulan - jimat
  • rasa lembap pada kulit. efektif.
  • harga juga berpatuttan.



Jadi, bagi kawan-kawan yang nak mencuba pencuci wajah ni boleh layari laman web Watsons http://bit.ly/2JTItHO  atau boleh terus walk in ke Watson untuk dapatkanya. Harga RM23.90 sebelum diskaun. Kalau ada diskaun, lebih kurang RM18.++ tau. So, pandai-pandai korang cari bila ada sale ya. Hehehe...






Maklumat lanjut: Layari laman web rasmi Safi Malaysia


Facebook



#BeauteabySAFI  #premiumteacleansers #safibeautea #safimy #S
afiMalaysia #safi #rm #rushmedia #ilhamdinidotcom #lifestyleblogger #dinireview