23 April 2020

Ramadan 2020 | Puasa dalam tempoh PKP



Alhamdulillah, besok Jumaat 24 April 2020 umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat, bulan Ramadan. Sesuatu yang berbeza puasa Ramadan kali ini, seluruh rakyat Malaysia bahkan banyak lagi negara lain juga akan berpuasa dalam keadaan tidak seperti dahulu...


Malaysia, umumnya bulan Ramadan akan ada bazar Ramadan dan solat terawih di masjid. Namun pada Ramadan tahun 2020 kini, rakyat Malaysia sedang menjalani perintah kawalan pergerakan dalam fasa ke-3 sehingga 28 April 2020. Tidak dibenarkan berkumpul, perlu penjarakan sosial, dan tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali atas sebab hal-hal yang penting.


Maksudnya, tiada solat terawih berjemaah di masjid pada malam ini. Tiada bazar Ramadan juga... Sehingga dimaklumkan sama ada PKP fasa 3 akan tamat pada 28 April 2020 atau akan dilanjutkan hingga fasa ke-4. Walau bagaimanapun, sekiranya PKP fasa ke-4 akan dibuat , kami rakyat Malaysia akan patuh demi menjaga kesihatan ahli keluarga bagi mengelakkan penularan rantaian virus covid19 yang berbahaya. 


InsyaaAllah, semoga rantaian covid19 akan segera terputus dan semua yang telah dijangkiti akn segera pulih sebelum menjelangnya Aidilfitri, aaminnn aaaminnn Allahumma amin.


Dini, dari ilham dini dot com mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini kita kita mampu beribadah dengan lebih sempurna dan diberkatiNya. InsyaaAllah.


Manfaatkan cuti yang diberikan untuk kita tingkatkan ibadah dan dan amalan kita. InsyaaAllah, PKP ini menjadi PKP yang penuh berhikmah. 

20 April 2020

Aktiviti PKP : Projek kereta mainan daripada kotak


Masuk ni dah dua kali Darwish buat kereta mainan sendiri. Habis dia selongkar cari kotak dalam rumah.



Kali ni papa tolong dia siapkan kereta. Dia catkan kereta tu sampai habis.


Gigih kan 😁 Usaha tangga kejayaan. Yang penting isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Lantai rumah toksah cakap lah 😌 memang comot dari ruang tamu sampai ke dapur. Pakej bersepah bahan projek dia lagi. Mama sabor je lah sambil bebel 30sen  sebab tak kemaskan 😂 



Okay dah siap 90%. Sebabnya petang tu papa ubah suai pula tayar kereta dengan tukar cat. Tapi mama lupa ambil gambar 😅


Nanti mama ambilkan gambar kereta yang dah siap diubahsuai pula. Simpan sini dulu untuk kenangan childhood Darwish 🥰

17 April 2020

Resepi Makaroni Bakar Mudah | Simple Baked Macaroni

Assalamualaikum

Hai korang 😁Banyak ke menu masak-masak bulan ni? Hehehe... Dni tak ada cuba banyak menu sangat sepanjang PKP. Sebab kena fikir masakan tu suami dengan anak suka ke tidak. Karang, makan sorang-sorang je mana best. Contohnya buat kek batik. Adui, kena habiskan.

Kesian mama gemuk sorang-sorang.



Korang suka makan makaroni bakar tak? Dni suka makaroni bakar tapi kurang suka guna resepi yang gunakan kari. Sejak zaman bujang lagi suka masak makaroni bakar pesen ni. Simple - mudah. Tak letak kari tak letak susu... Masak dengan tumis biasa je, lepas tu hidangkan dengan sos cili. Ummphhhh sedappp 🤩👍




Rupa makaroni bakar yang dah siap masak dan dihiasi dengan daun sup, hirisan lada besar dan juga bawang goreng.



Makan bersama sos cili. Nyamannn 👍


Ini untuk darwish, tak nak hias topping tu kalau tak dia tak nak makan 😂😂😂



Okay jom cuba resepi makaroni bakar cara Dini:

Bahan-bahan:
Separuh paket makaroni (direbus)
Daging cincang/ ayam cincang/ daging/ atau 2-3keping daging burger pun boleh (dihancurkan)
5ulas bawang putih *
3-4ulas bawang merah *
Hirisan bawang besar (jika suka) *
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam/daging
1/2 cawan air
Serbuk lada sulah
Telur 5-6biji
Gula dan garam secukup rasa
Slices cheese untuk topping (tak letak pun tak apa)
Hirisan daun bawang / daun sup (separuh untuk hiasan, separuh untuk masukkan dalam tumisan)
Hirisan lada besar
Bawang goreng untuk hiasan
Optional: boleh letak lobak merah dan hirisan bawang besar juga


Cara memasak:


Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau, kemudian masukkan daging/ayam cincang dan sambung tumis lagi. 

Bila ayam/daging cincang dah nampak masak masukkan air, sos tiram, kiub pati ayam/daging, lada sulah dan garam gula secukup rasa. Masak lagi sampai air nampak kering meresap dalam daging tu dan boleh tutup api. 

Dah tutup api, masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul rata dan boleh tambah sikit garam masa ni sebab nanti masukkan telur, rasa tu akan jadi kurang masin. Kemudian masukkan telur, hirisan daun bawang/sup, lada besar, carrot, bawang besar jika suka. Tuangkan dalam loyang dan ratakan.

Susun kepingan cheese ikut cara korang suka. Ada juga yang suka letak mozarella. Terpulang. Tak letak cheese pun tak apa.

Bakar dalam oven selama 25-30minit dengan suhu 165'C atau mengikut oven masing-masing.

Setelah siap dibakar, jangan potong dulu. Biarkan sejuk. Kalau tak nanti jadi pecah-pecah makaroni bakar tu. Suam-suam pun dah okay untuk potong.

Boleh hias dengan taburkan hirisan daun bawang/sup, lada besar, bawang goreng, dan sos cili. Boleh tambah mayonis juga kalau suka.

Makan bersama sos cili, sedap! Lagi seminggu nak tiba bulan mulia bulan Ramadan 2020. Menu Makaroni bakar ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur. Nak buat sahur, siapkan juadah sebelum tidur. Bangun sahur tu panaskan saja. Simple.

Selamat mencuba!

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan al-Mubarak

16 April 2020

Sup ala SugarBun Chicken Mushroom Soup

Assalamualaikum


Hai korang! Pernah makan sup ayam cendawan di SugarBun tak? Dini kalau ke SugarBun tak order menu lain dah. Mesti order Chicken Mushroom Soup juga dengan minta sambal lebih. Sedap tau sup + sambal kat SugarBun. 


Tapi Dini tak buat sambal hari ni. Nak hirup sup je. Tambahan pula sup ni banyak khasiatnya dengan menggunakan bahan kering kat atas tu. Jom Dini kongsikan resepi Chicken Mushroom Soup ala SugarBun cara Dini.

Bahan-bahan:

BahanA-
Ayam (Dini guna ayam organik)
Air 1500ml
1sudu besar kicap/sos tiram
Separuh kiub pati ayam
Bawang putih 6-7ulas diketuk
Halia 4inci diketuk

Bahan B-
Cendawan shitake
Black fungus
Kurma merah
1sudu besar bancuhan tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan C-
White fungus
Goji berry

Cara memasak:
Rebus bahan A dengan api yang sederhana dalam 15minit. Kemudian masukkan bahan rebusan B dan sambunh rebus selama 15minit lagi. Akhir sekali tutup api dan masukkan bahan C, kacau sekata. Boleh tambah air kalau nak kuah lebih.



Dini suka hirup ratah saja sup ni. Jadi Dini masak kurang masin. Kalau nak makan dengan nasi, kena tambah garam bagi masin lebih sikit. 



Macam tu lah lebih kurang cara buat sup ala SugarBun. Kicap/sos tiram tu Dini saja tambah sebab nak comelkan warna sup tu 😁 kalau tak letak pun tak apa. Optional tau. Hiaslah dengan daun bawang daun sup juga. Dini tak ada stok daun tu semua. Togel pun tak apa. Janji berselera. Bahan-bahan ni bagus untuk tambahkan HB dan juga susu badan. Jadi, sesuai sangat untuk ibu mengandung dan menyusu amalkan. Boleh google khasiat bahan-bahan kering untuk sup herba cina.

Selamat mencuba!

13 April 2020

Simkad Yes4G Percuma | Cara tebus simkad

Assalamualaikum

Dni ada mohon simkad percuma dari Yes4G untuk anak Dni, Darwish pada 26 Mac 2020 tempoh hari. 12 April barulah simkad tu sampai. Lama jugalah proses nak dapat simkad percuma tu. Tengok orang lain update di facebook dalam 2-5hari je dah sampai 😅




Alhamdulillah, dah selamat activate simkad yang dapat tu untuk kegunaan anak Dni. Kebetulan di kuaters hanya coverage Yes4G sahaja yang bagus. Selain daripada Yes4G, langsung tak ada coverage dalam rumah. Sadis sangat... Sebab kawasan rumah ni terlindung dengan bukit. Jadi, bila dapat simkad percuma, haruslah tak lepaskan peluang. 




Buat masa sekarang, TV pun tak ada siaran di rumah kami, kena langgan astro baru dapat siaran. Sejak di Miri lagi kami tak langgan siaran TV. Guna smart tv, tengok cerita di youtube je 😅 Jadi, bila TV tak ada siaran macam ni tak ada rasa janggal pun sebenarnya. Dah terbiasa. Masih boleh bertahan asalkan boleh guna internet. Hehehe. 

Korang dah dapatkan simkad percuma Yes4G untuk anak-anak? Bermula dari usia 7tahun ke atas terhad sehingga 5 orang anak sahaja sebab kena guna IC. Boleh ikuti langkah di bawah untuk tebus simkad percuma dari Yes4G. Simkad percuma yang diberikan khusus untuk kegunaan anak-anak melayari internet sambil belajar.



Langkah penebusan:
1) Daftar di website: https://shop.yes.my/shop/onlineSaleRegister.do?itemCode=100358Y&lang=BM
2) Salinan IC Ibu/bapa dan anak - ibu/bapa juga perlu selfie dengan IC
3) Tunggu Yes 4G emailkan pengesahan pendaftaran, pemprosesan simkad, dan juga tracking number.
4) Apabila simkad dah sampai ikuti langkah pengaktifan simkad mengikut pandian yang telah disertakan bersama-sama dengan simkad.

Yang penting, ibubapa mesti pantau anak-anak guna handphone/tablet di rumah tau. Terima kasih Yes4G kerana telah memberikan simkad dan 40GB percuma kepada anak-anak kami!