19 May 2020

13 RESEPI JUADAH HARI RAYA

KOMPILASI RESEPI MENU PAGI RAYA |   Assalamualaikum , hari lebaran kian tiba. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadan al-Mubarak. Walau beraya dalam keadaan norma baru, tapi keadaan tu tak akan memudarkan sambutan hari raya kita semua. Kita tetap menyambut hari raya apabila tibanya 1Syawal.

Fasa norma baru kehidupan ini tidak menggalakkan kita untuk meneruskan budaya kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan pulang ke kampung seperti biasa. InsyaaAllah, walaupun tidak dapat buat aktiviti raya seperti sebelum ini, kita tetap boleh masak juadah raya yang sedap-sedap, pakai baju raya cantik-cantik, bermaafan dengan keluarga yang jauh di mata dengan kecanggihan teknologi yang ada. Percayalah, kemeriahan raya tahun 2020 tetap akan dirasai dengan seadanya. Yang mana dah berada di rumah ibubapa masing-masing, rezeki dapat beraya dengan ibubapa serta adik-beradik tercinta.

Jadi, Dini nak kongsikan 13 resepi yang telah Dini kumpulkan bersama rakan-rakan blog untuk dijadikan idea buat pembaca masak di pagi raya nanti. Masak sedap-sedap, lepas tu kongsikan dengan jiran tetangga bertukar juadah, meriah juga kan? Kongsi rezeki.

 Jom baca resepi di setiap blog berkenaan. Tekan je tajuk menu atau gambar ya.
















































Ha... itulah kesemua 13 resepi yang Dini maksudkan. Boleh cuba masak di pagi raya nanti menu mana yang berkenan. Dini, rasa nak buat lontong kuah lodeh. hehehe... Tengoklah macam mana. Kut-kut suami ada bercadang nak masak menu lain. Kita makan je ;)


Selamat mencuba!


























17 May 2020

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE   |  Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi  syarat berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.





Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang terdapat orang ramai.

Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.

Add caption


Sebenarnya...

Bayaran zakat boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus bayar zakat.






Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?

SAH! Kerana Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Yang penting NIAT dan wujudnya perpindahan harta dari muzakki kepada Lembaga Zakat.




Bagi yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:



Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my


  1. Layari laman web Zakat Selangor
  2. Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
  3. Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
  4. Pilih senarai bank untuk pembayaran
  5. Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
  6. Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO

Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Sambil baring kat rumah pun boleh.







Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...




Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan selamat ini.


Tolong bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT. Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!

Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat







Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!







Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my


Akhir kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.





15 May 2020

KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS



KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS   |   Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran. Salah satu kurma yang paling terkenal adalah Kurma Ajwa. Keistimewaannya adalah kerana Kurma Ajwa merupakan kurma pilihan Nabi. Nabi Muhammad SAW gemar makan Kurma Ajwa tidak kiralah pada bulan Ramadan atau selainnya.







Terdapat 7# Keunikan Ciri Kurma Ajwa Madinah:

1. Disebut dalam hadis

Umumnya, kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah pada setiap hari. Menurut salah satu hadis yang bermaksud;


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."

Fungsinya dijadikan sebagai ikhtiar untuk penawar sihir/ santau/ racun/ sakit misteri dan juga turut disebut dalam hadis sebagai penawar racun. Makanya kurma jenis Ajwa ini sangat luar biasa fungsinya berbanding dengan kurma jenis lain. Walaubagaimanapun kita hanya mampu berikhtiar, Allah SWT yang Maha Penyembuhnya.


2. Ciri yang Unik
Realitinya, ada peniaga yang menjual Kurma Ajwa yang tidak asli. Bagi mengenalpasti keaslian buah Kurma Ajwa bolehlah perhatikan ciri-ciri berikut:
[*] Warna hitam pekat
[*] Ada beberapa garis kecil
[*] Mempunyai kedutan pada kurma
[*] Baunya wangi
[*] Sederhana manis
[*] Saiznya sedikit kecil
[*] Kurma kering dan tak mudah rosak
[*] Kualiti yang terjamin


3. Berkhasiat dan sumber antioksidan

Kurma merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia terkenal dalam meningkatkan daya ingatan dan juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk tubuh badan.

4. Khasiat untuk ibu yang mengandung dan menyusu bayi

Sepanjang kehamilan dan juga menyusu bayi, pengambilan buah kurma mampu memberikan tenaga, khasiat, dan juga sebagai milk booster terbaik. Selain daripada memakannya secara terus, boleh juga dijadikan sebagai minuman iaitu dengan mengisar buah kurma bersama dengan susu.


5. Melindungi daripada penyakit

6. Melancarkan penghadaman

Kulit Kurma Ajwa sangat kaya dengan kandungan serat yang bagus untuk penghadaman terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah usus, sembelit, dan buasir. Kurma juga bersifat mencegah daripada sembelit yang sesuai diambil dari usia bayi (yang cukup usia matang untuk makan) sehingga dewasa.

7. Sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes

Kurma Ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Namun begitu sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu



Dni nak memperkenalkan Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs Enterprise yang sangat istimewa. Kenapa istimewa? Kerana buah Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise merupakan:

  1.  Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
  2.  Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa.
  3.  Gred Premium VIP.
  4.  Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020).
  5.  Kurma tidak diperam lama-lama.
  6.  Kualiti premium, dijamin dan terbaik.
  7.  Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda.
  8.  Packaging yang menarik.
  9.  Sesuai dijadikan gift set/hadiah.
  10.  Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya.
  11.  Trusted dan dipercayai.



Harga Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura Herbs



REVIEW

Dni dah cuba Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs dan Dni sangat sukakannya. Tekstur buah Kurma Ajwa ini lembut dan tidak kering. Gebu! Rasa yang sedap dari kulit sehinggalah ke isinya. Just nice sahaja rasa manisnya. Tak perlu tunggu bulan puasa sahaja untuk amalkan memakan kurma. Selain bulan puasa pun bagus, bahkan pada setiap pagi menurut hadis yang telah dinyatakan di atas.


Jadi, Dni nak sarankan semua pembaca untuk dapatkan Kurma Ajwa yang segar dan berkualiti boleh dapatkan daripada Rihura Herbs. 

HUBUNGI:

FACEBOOK : RIHURA

WHATSAPP:


14 May 2020

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP



Assalamualaikum 😊✌️

Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos. 





Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.


Ada yang terhangus 5 ketul 😂😂😂 entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.




Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.



Bahan-bahan A:

250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
 
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati. 

Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.



Selamat mencuba😊

29 April 2020

Panduan Solat Sunat Hari Raya di Rumah dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Assalamualaikum

Hari ni merupakan hari yang ke-6 kita semua menjalani ibadan puasa di bulan Ramadan. Lagi 3minggu kita akan meraikan ketibaan Syawal sebagai hari kemenangan sebulan berpuasa. 

Namun, situasi sekarang sudah tidak seperti sebelumnya. Kita perlu melakukan penjarakan sosial. Lebih afdhal solat sunat hari raya di rumah bersama keluarga bagi menangani penularan wabak Covid-19.



Di sini Dini sertakan cara bagi sambutan hari raya aidilfitri dan juga solat sunat hari raya bagi umat Islam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan mengikut garis panduan yang dinyatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



Biasanya, malam hari raya akan diadakan takbir hari raya berjemaah di masjid. Tetapi dalam tempoh ini, menurut JAKIM kita semua disarankan untuk menyiarkan ramakan takbir raya sahaja, tidak dibenarkan untuk takbir raya dari rumah-ke-rumah atau hanya imam, bilal, dan siak sahaja yang dibenarkan bertakbir di masjid.




Tidak dibenarkan juga melakukan rumah terbuka sepanjang PKP. Gantikan amalam ziarah kunjung-mengunjung dengan hubungan komunikasi melalui media sosial dan applikasi yang sesuai bagi merapatkan silaturrahim.


Tips Dini:

1) takbir raya bersama ahli keluarga dan solat sunat hari raya berjemaah dengan seisi rumah. Jika tiada ahli rumah, boleh solat bersendirian.

2) bergambar bersama keluarga dan ko gsikan bersama ahli kaum kerabat sahabat handai di applikasi whatsapp, telegram, facebook, instagram, atau mana-mana yang bersesuaian.

3) telefon/video call keluarga yang jauh untuk berkomunikasi serta bermaafan di hari raya.

4) masak juadah raya ran boleh bertukar juadah dengan jiran tetangga, amalkan penjarakan sosial.

5) boleh mengirim duit raya melalui online banking, applikasi boost, TNG, dan lain-lain.

6) menonton rancangan raya seisi keluarga bagi menghiburkan hati. Boleh karaoke lagu raya juga, pastikan tidak mengganggu jiran tetangga ya😅

7) apa-apa lagi lah... 


Walaupun andaikata PKP ditamatkan pada 12Mei2020, kita masih juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan berdisiplin kerana wabak ini belum pulih sepenuhnya. Jadi, sama-samalah kita patuhi garis panduan hari raya ini dengan baik agar penularan wabak Covid-19 dapat dihapuskan dengan kejayaan, InsyaaAllah.🤲