-



wuarghhh! malu nak tayang gambo puding roti versi hantam sajalah malas nak potong bahagian tepi roti... gara-gara malas, terpaksa gak la tayang gambo puding roti malas daku nih... nak snap yang lain tado jadahnya lah...tatau bila lagi nak buat puding roti sedangkan mood nak share resipi membuak-buak. kah3...






yang pastinya, setiap kali buat puding roti dni konfem malas nak buang bahagian tepi roti. tebiat buruk benau... lagipun, dni layan je makan bahagian tepi roti tuh... tade hal pon... rupa je la tak bape jelita macam yang dibuang bahagian tepi, kan? rasa dia sama je pun {menyedapkan hati sendiri ;p}


okay... jom tengok resipinya... walaupun korang dah pro buat puding roti, dni nak share gak pada yang mana belum penah cuba buat lagi... yang dah terer tu tak pe... boleh buat banyak-banyak dan kasi dni makan hoho!



BAHAN-BAHANNYA:

  • 4-5keping roti
  • 450ml susu segar/susu sejat (dni guna dairy milk)
  • 3biji telur ayam
  • 25g gula kastor
  • segenggam kismis hitam (sultana)
  • 1 sudu besar membukit tepung custard
  • sedikit mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :

  • sediakan loyang.. tak kisah bulat ke segi empat ke ape... yang penting muat-muat untuk 4-5keping roti tu. sapukan mentega pada permukaan roti. oh sebelum tu! potong bahagian tepi roti kalau tak nak rupa puding roti korag macam puding roti dni kat atas ;p
  • carik-carikkan roti yang dah disapu mentega dengan penuh perasaan kasih sayang kalau nak bentuknya cantik, kalau nak lepas geram, carikkan ikut suka hati je asal jangan ramas-ramas roti tu sudah. kang tak gebu roti tu jadinya.
  • susun cencomel dalam loyang tu berselang-seli dengan kismis. tabur kan je pun takpe...
  • pukul telur dan gula sampai kembang.
  • panaskan susu atas kuali dengan api yang sederhana... jangan kasi hangus susu tu... nampak cam kekuningan sikit cemtu... then tutup api, masukkan dalam tupperware... jangan biarkan dalam kuali panas tu kang hangus!
  • campurkan susu yang dipanaskan dengan adunan telur dan gula, pukul lagi adunan tu dan masukkan esen vanilla serta tepung custard.
  • dah puas hati memukul adunan tu, tuangkan je dalam loyang berisi roti. biarkan seketika sampai nampak dah kembang sket... baru masukkan dalam oven/microwave.
  • bakar dalam oven selama 20minit atau lebih pada suhu 180 darjah. kalau nampak macam lembik lagi 20minit, up lagi 30minit...
  • in case korang tade oven, nak guna microwave, bakar dalam suhu sederhana selama 20-30minit juga... ekceli puding roti dni tu pun dni bakar guna microwave je, haha!
  • bila dah masak, sejukkan... baru leh potong-potong. then, boleh ngappp ^__^


selamat mencuba
;)



-


20 Comments

  1. best ek puding roti???xpenah mkn...
    kwn adik sy ajar cara buat puding roti pelik lah.kene blend!haha!!!sbb xyakin n xpcye,tros xberani nk buat

    ReplyDelete
  2. ha, ini ker puding roti yang dni malu nak tunjuk tu, ok jerk... akak pon x buang gak tepi roti tu, cantik per jadik berkaler2 puding roti tu kan.. haha

    nak try yang bakar plak tapi aven ngan mikrowef x der... so kukus jerk boleh buat.. huhu

    ReplyDelete
  3. akak pun buat puding roti tuk berbuka di sekolah petang ni...tapi lain sikit resepinya...nanti akak buh kat entry

    ReplyDelete
  4. alahai hajat sy belum kesampaian lagi nk buat puding ni..:)

    ReplyDelete
  5. saya pun masuk je bahagian tepi tu kak..tak elok membazir..hehe

    ReplyDelete
  6. Akak pun buat puding roti ari tu tak buang pun bahagian tepi ha :)
    Masak dan makan gak..heheee

    ReplyDelete
  7. takpe tak cantik..janji sedapkan...kalo terajin potong bahagian tepi tu, leh pos kasi syawal makan tu...tu fav dier tu...kikikiki

    ReplyDelete
  8. anak akak suka mkn tepi roti
    klau buat kek pun yg tepi2 dia minat hehe

    ReplyDelete
  9. tak pernah rasa lagi puding roti ni..buat ape tah lagi..sedap eh kak..

    ReplyDelete
  10. pernah buat tp hubs x makan sgt terus malas nak buat lagik. huhu

    ReplyDelete
  11. asalnya anak2 akak tak makan..tp bila akak buat terus makan..hehehe..sedap kot sbb seblm ni dorang tak berani nak rasa kot

    ReplyDelete
  12. selalu juga buat.. anak2 akak suka.. kejap je licin :)

    ReplyDelete
  13. dri dulu rsa mcm nk buat..tpi x de org mkn..huhuhu..

    ReplyDelete
  14. pernah gak wat tapi version kukus punya. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.