Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

22 December 2020

BEGEDIL HIGH PROTEIN KIMBALL

 


Assalamualaikum dan hai hai hai korang! 


Ada yang dah tengok ig story Dini tak? Mesti dah tengok tu kan? Dini ada kongsikan hari tu video Dini buat unboxing satu kotak besar dengan riben hijau kuning dari Kimball Malaysia bersempena Kempen Kompem Gaya Malaysia. 



Alhamdulillah syukur sangat sebab Dini dapat pelbagai jenis produk keluaran Kimball dalam kotak istimewa tu. Jom tengok apa yang Dini dapat dalam kotak istimewa Kimball. Haaaa… inilah dia:




  • Sos Cili

  • Sos Tomato

  • Sos Tiram

  • Sos BBQ

  • Sos Cili Thai

  • Sup Tomato

  • Chick Peas (Kacang Kuda)

  • Tomato Puree

  • Foul Medammas (Kacang Parang)

  • Sos Spageti Tradisional

  • Spaghetti Pasta

  • Apron

  • 2X Pinggan Kimball

  • Welcome Card + Recipe Card




Apron & 2biji pinggan Kimball



Caption pada pinggan tu comel je… "Masak dengan Kimball la tu." & "Tambah ler lagi!" Hehehe...



Kad resepi & welcome card



Keluarga Dini memang gemar gunakan sos-sos jenama Kimball. Rasanya yang sungguh enak dan kena dengan selera tekak Malaysian ni. Selalu guna sos buat pencicah, perapan dan dalam masakan. Pastu masakan pun rasa enak macam dekat restoran. Sedap! Pastanya pun kami semua suka.



Kalau korang nak tahu, Kimball  merupakan produk tempatan keluaran Malaysia yang sudah terkenal sejak tahun 1970an lagi. Kompemlah rasanya digemari oleh masyarakat Malaysia. Setaraf dengan produk antarabangsa. Yang penting, ianya Halal.





Okay sekarang Dini nak kongsikan dengan korang satu resepi. Resepi ini Dini olah sendiri sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau diet. Hidangan ni menggunakan Kacang Kuda Kimball dan juga Sos Cili Thai Kimball. Kalau korang nak cicah Sos Cili Kimball pun boleh juga. Punnnn sedap!



Korang tahu tak? Dini baru je tahu rupanya Kimball ada produk Kacang Parang dengan Kacang Kuda dalam tin. Lepas cuba rebus kacang kuda Kimball satu famili Dini teruja sebab kacang kuda tu cepat lembut. Gebu.. sedap lemak-lemak. Teruslah terinspirasi buat resepi ni.





Tadaaa! Memperkenalkan… Begedil High Protein diberi nama. Begedil ni mampu mengeyangkan perut tau. Sebab tu Dini cakap tadi menu ni boleh jadi hidangan untuk diet. Nak makan macam tu sahaja boleh, cicah sos pun boleh, makan bersama menu lain pun juga boleh. Jom tengok resepinya:





Bahan yang diperlukan:


  • Setengah tin Kacang Kuda Kimball

  • 2biji ubi kentang saiz sederhana

  • 1tin tuna in chunk (ditoskan minyaknya)

  • Sedikit bayam brazil dihiris halus

  • 2biji cili padi dihiris halus

  • Setengah biji bawang besar dicincang halus

  • Sebiji telur 

  • Garam secukup rasa

  • Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball (untuk pencicah)




Cara-cara membuatnya:



Rebus ubi kentang dan kacang kuda Kimball terlebih dahulu, toskan kemudian lenyek hancur kesemuanya.




Gaulkan bersama kesemua bahan kecuali telur. Boleh masukkan garam juga jika suka. Dini tak letak garam dalam adunan ni.





Kemudian bentukkan begedil tu tak kisah nak buat membulat ke membujur ke… ikut suka koranglah ya. Dini suka bentukkan bujur-bujur.





Macam ni… dah ready untuk dicelup telur.





Telur tu kacau sebati dulu tau dan masukkan sedikit garam. Nak tambah pepper pun boleh juga.





Celup-celup pastu susun ke dalam loyang air fryer / oven. Nak goreng pun boleh tak ada masalah. 







Dini guna suhu 160'c selama 15-20minit. Ikut kesesuaian air fryer korang juga ya. Bakar sampai  begedil nampak kekuningan, kalau nak lebih garing tambah lagi 5minit. Seeloknya sejukkan dahulu sebelum dihidang sebab masa panas-panas tu begedil macam lembik. Tapi bila dan sejuk just nice je bentuk dia. Tak jadi mudah pecah macam ketika masih panas.






Yeayyy! Dah siap Begedil High Protein Dini. Bolehlah dihidang bersama Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball. Dini suuuuka sangat Sos Cili Kimball. Rasanya sangat berbeza. Secukup rasa sangat sosnya tu. Kalu buat burger mesti letak Sos Cili Kimball.  Sos Cili Thai pula Dini suka buat cicah keropok lekor, french fries, ayam goreng, cucur.. alahai kecur liur pula sebut banyak-banyak menu, hehehe… ha ni nak buat cicah dengan begedil. Nikmat betul. Cenggini haaa πŸ‘πŸ»





Ada baaanyak lagi resepi masakan Malaysia bersama Kimball yang korang boleh cuba. Layari https://kimball.com.my/recipe.html



Dengan Kimball, masakan di rumah pun rasa seperti masakan restaurant. Kompem Gaya Malaysia. Seisi keluarga semua menggemarinya. Jom korang kita masak-masak guna resepi Kimball. 

Selamat mencuba!



Info lanjut: 

Website: https://kimball.com.my/ 

FB Page: KIMBALL MALAYSIA 





#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

30 June 2020

Keria Viral Ganu Batu Burok

Husband Dini tiap kali ke bandar Kuala Terengganu mesti singgah ke Pantai Batu Burok. Pusing-pusing sekitar lepas tu singgah gerai jual kuih keria. Katanya, kuih keria di gerai tu sedap. Nama gerai tu Keria Viral Ganu / KVG.


Kueh keria KVG


Dini jarang makan kuih keria sebab di Miri dulu macam tak ada jual di gerai sekitar kediaman. Jadi, tak tahu nak bezakan keria tersedap, biasher-biasher, dengan yang tak berapa menjadi. Tahu makan sajalah nampaknya, hehehe...





Menariknya KVG  dipekdalam kotak sebegini. Bukan dalam plastik biasa. Sesuai dijadikan buah tangan juga kan..




Nak cari gerai ni mudah saja. Lokasi di jalan besar dekat Pantai Batu Burok. Selain itu,gerai  Keria Viral Ganu ni atau KVG juga banyak agent di sekitar seluruh kawasan Terengganu. Di mana-mana sahaja. Pendek kata, senang nak dapatkan KVG ni di area Terengganu. R



Harganya RM5 sekotak . Sedap. Dini recommend πŸ˜ŠπŸ‘ #keriaviralganu #kvg

16 June 2020

Resepi Biskut Ulat

Salam 24 Syawal. Alhamdulillah, kita semua dalam fasa PKPP yang membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri. Mana yang rindukan kampung halaman, dah boleh pulang beraya. Dini pun dah balik kampung jumpa keluarga di Kelantan pada minggu lepas. Syukur Alhamdulillah. Walaupun lewat 2minggu tapi dapat juga beraya di rumah keluarga.





Pada bulan Ramadan mulia yang lalu, anakanda Dini merayu-rayu nak makan biskut ulat. Permintaannya mama tunaikan juga atas sebab kasih dan sayang mama kepadanya yang tidak berbelah bahagi. Gituuu... Kasihan dia seorang diri tak ada aktiviti nak buat, papanya sibuk dengan kebun sawit di kampung. Maka mama jalankan aktiviti biskut raya bersama si teruna tercinta. Bahagianya dia bukan kepalang. Banyak jugalah yang dia uli sendiri. Dia juga yang nak makan. Abaikan sahajalah ada ulat gemuk, ulat kurus, ulat pendek, ulat panjang.





Awalnya Darwish minta nak biskut ulat warna hijau dengan biru, tapi pewarna biru di rumahnya tak ada. Pewarna merah pun tak ada. Jadi, mama masukkan sirap perisa ros dalam adunan. Yang warna hijau perisa asli, yang warna pink perisa ros. Setelah biskut ulat masak, Darwish kata ulat pink yang paling sedap. Rasa macam makan apam susu sebab berperisa sirap.



Dini guna resepi samperit susu. Oleh sebab itu, adunan biskut ini perlulah di tutup agar tak masuk angin. Kalau tak, adunan boleh jadi keras. Ambil adunan sikit-sikit untuk uli jadi ulat. Resepinya seperti di bawah:

130 tepung jagung
60g butter
3sudu besar susu pekat manis
Pewarna
Chocolate rice hitam


Cara membuatnya:
Masukkan susu pekar manis dan butter, gaul rata kemudian uli dengan tepung jagung hingga sebati.

Bahagikan doh adunan jika nak buat beberapa warna. Boleh simpan doh dalam peti seketika.

bentukkan doh panjang-panjang seperti badan ulat. Untuk bintik-bintik tu bulatkan kecil-kecil lepastu tampal pada ulat dah bolehlah gelekkan badan ulat menggunakan garfu bagi mendapatkan efek jalur.

Kemudian cucukkan chocolate rice warna hitam pada bahagian depan untuk dijadikan sebagai mata.

Bakar dalam suhu 170c selama 15-20minit mengikut oven masing-masing.






Lihatlah keceriaan di wajahnya.


1 adunan tu habis kat dia sorang je. Mama buat dua adunan. Darwish bagi pada kawan dan sepupunya juga. Cuma, pernah viral bila anak-anak terbiasa makan biskut ulat anak tu nampak ulat yang betul pun ambil masuk mulut. Ini mungkin bagi anak-anak dibawah usia 4tahun. Biasanya yang dah besar boleh bezakan biskut dengan ulat yang betul. Selalulah berpesan pada anak, ulat betul tu tak boleh dimakan. Itu sahajalah tipsnya. Sekian, selamat mencuba!



19 May 2020

13 RESEPI JUADAH HARI RAYA

KOMPILASI RESEPI MENU PAGI RAYA |   Assalamualaikum , hari lebaran kian tiba. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadan al-Mubarak. Walau beraya dalam keadaan norma baru, tapi keadaan tu tak akan memudarkan sambutan hari raya kita semua. Kita tetap menyambut hari raya apabila tibanya 1Syawal.

Fasa norma baru kehidupan ini tidak menggalakkan kita untuk meneruskan budaya kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan pulang ke kampung seperti biasa. InsyaaAllah, walaupun tidak dapat buat aktiviti raya seperti sebelum ini, kita tetap boleh masak juadah raya yang sedap-sedap, pakai baju raya cantik-cantik, bermaafan dengan keluarga yang jauh di mata dengan kecanggihan teknologi yang ada. Percayalah, kemeriahan raya tahun 2020 tetap akan dirasai dengan seadanya. Yang mana dah berada di rumah ibubapa masing-masing, rezeki dapat beraya dengan ibubapa serta adik-beradik tercinta.

Jadi, Dini nak kongsikan 13 resepi yang telah Dini kumpulkan bersama rakan-rakan blog untuk dijadikan idea buat pembaca masak di pagi raya nanti. Masak sedap-sedap, lepas tu kongsikan dengan jiran tetangga bertukar juadah, meriah juga kan? Kongsi rezeki.

 Jom baca resepi di setiap blog berkenaan. Tekan je tajuk menu atau gambar ya.
















































Ha... itulah kesemua 13 resepi yang Dini maksudkan. Boleh cuba masak di pagi raya nanti menu mana yang berkenan. Dini, rasa nak buat lontong kuah lodeh. hehehe... Tengoklah macam mana. Kut-kut suami ada bercadang nak masak menu lain. Kita makan je ;)


Selamat mencuba!


























15 May 2020

KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS



KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS   |   Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran. Salah satu kurma yang paling terkenal adalah Kurma Ajwa. Keistimewaannya adalah kerana Kurma Ajwa merupakan kurma pilihan Nabi. Nabi Muhammad SAW gemar makan Kurma Ajwa tidak kiralah pada bulan Ramadan atau selainnya.







Terdapat 7# Keunikan Ciri Kurma Ajwa Madinah:

1. Disebut dalam hadis

Umumnya, kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah pada setiap hari. Menurut salah satu hadis yang bermaksud;


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."

Fungsinya dijadikan sebagai ikhtiar untuk penawar sihir/ santau/ racun/ sakit misteri dan juga turut disebut dalam hadis sebagai penawar racun. Makanya kurma jenis Ajwa ini sangat luar biasa fungsinya berbanding dengan kurma jenis lain. Walaubagaimanapun kita hanya mampu berikhtiar, Allah SWT yang Maha Penyembuhnya.


2. Ciri yang Unik
Realitinya, ada peniaga yang menjual Kurma Ajwa yang tidak asli. Bagi mengenalpasti keaslian buah Kurma Ajwa bolehlah perhatikan ciri-ciri berikut:
[*] Warna hitam pekat
[*] Ada beberapa garis kecil
[*] Mempunyai kedutan pada kurma
[*] Baunya wangi
[*] Sederhana manis
[*] Saiznya sedikit kecil
[*] Kurma kering dan tak mudah rosak
[*] Kualiti yang terjamin


3. Berkhasiat dan sumber antioksidan

Kurma merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia terkenal dalam meningkatkan daya ingatan dan juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk tubuh badan.

4. Khasiat untuk ibu yang mengandung dan menyusu bayi

Sepanjang kehamilan dan juga menyusu bayi, pengambilan buah kurma mampu memberikan tenaga, khasiat, dan juga sebagai milk booster terbaik. Selain daripada memakannya secara terus, boleh juga dijadikan sebagai minuman iaitu dengan mengisar buah kurma bersama dengan susu.


5. Melindungi daripada penyakit

6. Melancarkan penghadaman

Kulit Kurma Ajwa sangat kaya dengan kandungan serat yang bagus untuk penghadaman terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah usus, sembelit, dan buasir. Kurma juga bersifat mencegah daripada sembelit yang sesuai diambil dari usia bayi (yang cukup usia matang untuk makan) sehingga dewasa.

7. Sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes

Kurma Ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Namun begitu sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu



Dni nak memperkenalkan Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs Enterprise yang sangat istimewa. Kenapa istimewa? Kerana buah Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise merupakan:

  1.  Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
  2.  Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa.
  3.  Gred Premium VIP.
  4.  Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020).
  5.  Kurma tidak diperam lama-lama.
  6.  Kualiti premium, dijamin dan terbaik.
  7.  Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda.
  8.  Packaging yang menarik.
  9.  Sesuai dijadikan gift set/hadiah.
  10.  Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya.
  11.  Trusted dan dipercayai.



Harga Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura Herbs



REVIEW

Dni dah cuba Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs dan Dni sangat sukakannya. Tekstur buah Kurma Ajwa ini lembut dan tidak kering. Gebu! Rasa yang sedap dari kulit sehinggalah ke isinya. Just nice sahaja rasa manisnya. Tak perlu tunggu bulan puasa sahaja untuk amalkan memakan kurma. Selain bulan puasa pun bagus, bahkan pada setiap pagi menurut hadis yang telah dinyatakan di atas.


Jadi, Dni nak sarankan semua pembaca untuk dapatkan Kurma Ajwa yang segar dan berkualiti boleh dapatkan daripada Rihura Herbs. 

HUBUNGI:

FACEBOOK : RIHURA

WHATSAPP:


14 May 2020

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP



Assalamualaikum 😊✌️

Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos. 





Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.


Ada yang terhangus 5 ketul πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.




Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.



Bahan-bahan A:

250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
 
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati. 

Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.



Selamat mencuba😊

28 April 2020

Resepi Tamagoyaki | Telur Gulung Berlauk Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Hai korangπŸ₯° Masak juadah aap untuk berbuka puasa hari ni? Dini masak ayam percik. Tengah perap ayam tu. Kuah percik dah siap. Jam 5-6 nanti boleh lah mula bakar ayam. Buat stok sahur sekali. Maklumlah rakyat 3orang je dalam rumah ni πŸ˜… nak masak sikit serba salah masak banyak pun serba salah. Sederhana je lah.



Dini nak kongsikan resepi paling mudah ringkas dan cepat untuk dijadikan sebagai juadah berbuka.  Tamagoyaki atau telur gulung berlauk.


Bahan-bahannya:
3biji telur
Lobak merah dicincang
Kacang panjang hiris halus
Lada besar hiris halus
1sudu besar mayonis
1sk garam
1sk perencah hilal (optional)


Cara-cara membuatnya:
Gaul sebati semua bahan dan goreng menggunakan non-stick pan dengan api yang sederhana perlahan. Sementara nak tunggu telur tu masak bahagian atas, gulung sikit bahagian hujung telur. Tarik ketepi sikit telur tu sambung gulung lagi sampai habis. Dah masak elok telur tu boleh angkat dan dan hiriskan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

27 April 2020

Tips Bertenaga Seisi Keluarga Sepanjang Ramadan Bersama Susu Lazz



Assalamualaikum

Fuh! Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, syukur masih lagi dapat kita nikmati kemuliaan Ramadan al-Mubarak. Dini ada order susu kambing Lazz untuk keluarga Dini. Lazz Kurma dan juga Lazz Strawberi. Lazz Strawberi ni merupakan perisa terbaru dari Lazz tau. Gembira sakan anakanda Dini lepas dapat bungkusan dan nampak Lazz Strawberi tu sebab dia penggemar minum susu. Harga Lazz Kurma dan Strawberi ni RM47.90 sekotak. 






Salah satu menu kegemaran Darwish untuk bersahur adalah roti bakar cheese bersama segelas Lazz Strawberi. Berselera dia habiskan.





Biasanya Dini minum secawan Lazz Kurma sebelum solat terawih. Husband Dini pula suka minum waktu bersahur. Masa berbuka Dini kena lebihkan minum air putih. Topup air yang kurang dalam badan. Lepas siap solat maghrib, duduk santai-santai, barulah Dini bancuhkan Lazz Kurma suam untuk diri sendiri. Lepas solat terawih, Dini makan supplement sebelum masuk tidur. Macam tu lah rutin sepanjang Ramadan Dini kali ini. 




Dini pilih Lazz Kurma untuk dapatkan khasiat susu kambing buat adik Darwish yang baru sahaja 25minggu dalam kandungan. InsyaaAllah, moga-moga bayi dalam kandungan mendapat khasiat dan nutri yang secukupnya sepanjang mamanya berpuasa. Doakan yang baik-baik untuk kami ya...

Ada juga sesekali Dini campurkan Lazz Kurma dengan Lazz Strawberi. SEDAP! Selain itu juga, boleh bancuh dengan air sejuk atau blend dengan ais. Fuhhhh! Segar betul rasanya. 






Yang ni Dini bancuhkan Lazz Kurma dengan Oat untuk tenaga masa sahur. Sesuai untuk yang berdiet juga menu ini tau. Kat bawah ada Dini sediakan video penyediaan Lazz Kurma bersama Oat.





haaaa... mudah je kan? Bolehlah cuba juga nanti.



Di musim PKP/MCO sekarang, kepada rakan-rakan yang berminat nak dapatkan Susu Lazz melalui delivery/ secara pos boleh hubungi talian di bawah.


Hantarkan pesanan Whatsapp 'Nama dan Lokasi' ke Talian Rasmi Lazz Careline:

Careline 1 : 018-2777 290
Careline 2 : 016 2449 722 


25 April 2020

Vietnamese Spring Rolls | Resepi juadah berbuka puasa


Assalamualaikum

Semalam Dini buat Popia Vietnam / Vietnamese Spring Rolls untuk berbuka puasa. Buat lebih sikit kongsi dengan jiran sebelah rumah. Masak lauk sup tulang dengan sambal kicap. Cukup dah untuk keluarga kecil kami ni ☺️


Kali terakhir buat popia vietnam rasanya 2tahun yang lepas. Makanya rasa kekok nak membungkus kulit popia yang lembik tu kemas-kemas πŸ˜… tak apalah rupa tak berapa nak kemas, rezeki dapat makan pun dah syukur Alhamdulillah 🀲



Jom Dini kongsikan resepi mudah dan ringkas cara buat popia vietnam.



Bahan-bahan popia:
Kulit popia vietnam tak kisah jenama apa
Hirisan lobak merah
Hirisan timun batang
Salad
Bihun yang dicelur
Crab stick yang dicelur
Air
Optional- isi udang, isi ayam, daun bawang

Cara membuatnya:
Basahkan kulit popia dengan air, Dini celupkan kulit popia tu dalam pinggan berisi air sekadar celup kena air je, tak rendam. 

Boleh ratakan dengan berus untuk basahkan kulit popia. Kemudian atur semua bahan dalam kulit popia, lipat macam biasa. Cuma, kulit ni lembik jadi mudah melekat kalau tersilap pegang. Kena hati-hati πŸ˜‰

Bahan sos:
Bawang putih dua biji cincang
Lada besar 1biji cincang
Cili padi 5-7biji cincang
Setengah cawan air
2sb perahan limau nipis/kasturi
2sb sos cili thai maggi
1sudu gula perang
1/2sk sos ikan
Sedikit garam
1sk bancuhan tepung jagung
Hirisan daun ketumbar

Cara membuatnya: 
Masak semua bahan hingga sebati kecuali daun ketumbar. Dah sebati semua tu rasa masam manis masin dah cukup rasa boleh padam api dan gaul dengan daun ketumbar.

Okay itu saja resepi mudah cara Dini. Nak lagi mudah, cicah je dengan pencicah sos thai maggi dah cukup sedap. Hehehe.. selamat mencuba!



πŸ€” Jom fikir menu untuk juadah berbuka puasa hari kedua Ramadan 2020