Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

22 January 2022

10 TEMPAT PENGINAPAN PALING MENARIK DI MELAKA

Wishlist Dini pada tahun ini nak bercuti ke Melaka bersama dengan keluarga. Sebelum ini, Dini dah pernah ke Melaka bersama dengan family sebelah suami, tapi pada masa tu musim hujan. Tujuan asal pun nak ziarah adik ipar yang bekerja di sana. 



Jadi, masih banyak lagi tempat menarik yang kami belum lawati. Rasa tak sabar nak ke sana memandangkan banyak betul tempat menarik untuk diteroka. Tambahan pula, negeri Melaka dekat dengan Johor. Alang-alang tu boleh lajak ke Legoland dengan Johor Premium Outlet, sambil menyelam boleh minum air, hehehe..









Sebenarnya, Dini tertarik dengan beberapa buah tempat penginapan di sana. Nampak setanding dengan luar negara. Fuh! Itu pasallah rasa tergugat iman nak cecepat ke Melaka.




Nanti bila nak booking tempat tu opkos kena cari promo yang terbaik. Kalau Dini, memang rujuk promo kat sini : Hotel Promo.




Okay, jom Dini senaraikan untuk rujukan korang tempat penginapan yang menarik dengan vibes luar negara. View semua lawa-lawa. Ini semua Dini senaraikan mengikut wishlist Dini tau. 





1) THE ATTIC HOME ( SANTORINI VIBES) 



Dah lah mur-mur je kos penginapan. View terlajak cantik pulak tu. Dini baca review netizen yang dah pernah ke sana, pakat kasi 5 bintang wei. Isk! Isk! Sabar jap duhai hati... huhu... seriuslah meronta-ronta jiwa nak ke sana. Maklumlah nak ke Santorini, diri ini bukan level kayangan. Level berangan je yang ada, hiksss… The Attic Home pun jadilah.







See.. ada jacuzzi, playground, dekorasi yang indah, port nak bergambar tersangatlah wow! ala-ala santorini. Kan dah kata tadi level berangan. hahaha…







Paling best, lokasi The Attic Home berada di sekitar tempat yang mesti di lawati di Melaka. Jadi, kita tak perlu dah nak travel jauh-jauh. Destinasi ini memang perlu direlisasikan. InsyaaAllah, aaamin.





2) THE AMANJENA RESORT (SANTORINI VIBES)



Pergh lagi sekali vibes dari Santorini. Hebatlah orang Melaka. Tema resort ni pun The taste of Greece. Kelasss gituuu... Tapi yang ni bukan view tingkat-tingkat tu. Berbeza sikit dengan Teh Attic Home. Kiranya kena cuba keduanya sekali nak dapat double vibes Santorini. 









Resort ni sesuai bagi mereka yang nak bercuti dengan kaum kerabat. Sebab kolam dia besar tau, ada kat tetengah bangunan.


 










Pastu memalam ada Movie Night Special depan kolam. Tak payah pergi pawagam dah. Seronok menonton sambil santai-santai berenang. Untuk family day memang terbaiklah kat sini.






3) BAYAOU LAGOON HOMESTAY ( WATERPARK VIBES)









Sebab apa nak stay dekat sini? Sebab bawah homestay tu ada waterpark weiii. Syok giler! Dah namanya pun nak bercuti. Kalau nak tuju ke waterpark tak kuasa nak menginap tempat lain. Stay je dekat apartment tu, anytime boleh main air splish splash.











 4) QASHRINA QRUISE ( CRUISE VIBES)




Bolehlah merasa menginap atas kapal feeling u jum i jump. Eh! Titanic pulak.








Okay serius, ini merupakan penginapan ala cruise yang menarik dengan 20 buah bilik serta dewan besar. Suasananya di resort apabila malam tiba, bertambah lawa. Ada tempat karaoke, private pool, kut korang nak buat family day, khabarnya bila kita booking untuk 50 orang, dapat lock terus 1 cruise tu... bagaikan cruise kita yang punya. Pergh!!! Pengunjung lain dah tak boleh booking dah tau. Seronokkkkk...








Dekorasi dia tak payah cakaplah. Namanya pun Cruise. Memang segalanya macam dalam kapal. Menginap kat situ terus auto jadi anak kapal. Hah siapa nak jadi kapten kapal angat tangan!




Kredit foto: Port Cuti



Hebat.. hebat.. Tentu happy anak korang kalau dapat stay kat situ. Biliknya pun mesra family. Sesuai untuk yang berkeluarga dengan anak beberapa orang menginap. Tak payah fikir toto extra bed bagai.







HOTEL 5) ROSA MALACCA (EUROPE VIBES)




Konsep hotel ni memang berbeza. Dengan wall deco batu-bata merah, kelihata indah bagaikan bangunan di sekitar negara Eropah. 







Kredit foto: Ainie Syeema




Interior di sini sangat menarik. Korang tengoklah sediri. Nice kan? Kiranya, nak dapatkan mood yang berbeza daripada percutian biasa tu, korang kena cuba menginap kat sini. Dini dah usha breakfast kat sini katanya banyak pilihan dan sedap.






6) TIMES (MODERN HERITAGE HOTEL)



Sekali tengok review hotel ni terus jadi... Fuhyoooooooo! Cantiknya! Ada 10 buah bilik dengan tema yang berbeza. Ada tema Portugis, Chinese, memacam lagilah. Lift kat sana pun rare tau korang. Kena usha sendiri baru korang tahu apa yang rare tuh. 





 

Kredit foto: Awanis Abdullah



Menariknya, dinding hotel ini dihiasi dengan jam tangan. Nama pun timez. Masa itu emas. Cewah! Pastu kos penginapan pun just nice. Tak rabak poket. Lokasinya pula di Jalan Jonker Walk. Stratergik habis. 









Untuk coffee lover, opkos akan teruja bila stay kat sini sebab dalam bilik ada coffee machine + capsule gaisss! Memang nice weiii... Sebagai pencinta kopi sejati, Dini nak merasa lah sekali stay kat sini. Tu pasal masuk dalam wishlist. 





7) 1825 GALLERY HOTEL (MIDDLE EASTERN STYLE)








Interior dia sangat cantik. Tak rasa macam biasher-biasher. Rasa ala luar negara. Kalau stay kat sinu ketika musim sejuk, boleh feeling sikit. Kihkihhh... Pakai jaket shoot kat depan tu kan fuh lawa gambar korang nanti.

















Paling seronok, lokasinya sebelah sungai Melaka je. Pepetang lepak balkoni tengok bot lalu. Tapi jangan terjun pulak. iskkk... Tu pun nak kena pesan.






8) MASBRO VILLAGE BOUTIQUE HOMESTAY (AUSSIE BRIGHTON BEACHES VIBES)








Vavavavaaaaa… staycation kat sini boleh feeling dekat Aussie guys. Berkonsepkan triangle house dua tingkat. 












Dekorasi warna-warni yang menarik dan unik. Kolam dia pula besar dan luas. Bbq pun available. Terdapat 25unit triangle house kat sana. Jadi, kat sini pun sangat sesuai untuk family day. View yang mesra instagrammable. Jadi, bergambarlah bebanyak hehehe...





9) THE PINES








Yang ni ramai cakap kalau nak bilik luas, kena cuba menginap kat sini. Teruslaaa daku usha sana sini. Memang besar sungguh wei bilik dia. 





10) LACRISTA HOTEL










Penginapan ini pun menjadi pilihan family trip sebab bilik dia luas dan selesa. Kalau anak ramai tu eloklah pilih menginap di sini.  Interior dia pun tak kalah. Memang cun. Ramai kongsikan dekat facebook , hotel ni ada service terbaik untuk surprise hias bilik untuk birthday dan anniversary. 




So...




Yeay! Dah cukup 10 senarai wishlist tempat penginapan idaman  Dini. Ramai yang dah pergi, cakap tak boleh move on dengan staycation tu. Best ke best sangat? Haaa korang nilaikan sendiri. Korang kalau nak usha penginapan selain yang Dini senaraikan boleh tengok kat sini : Hotel di Melaka




Bila nak pergi tu Dini tak pasti lagi. Sebab dalam masa yang terdekat ni nak selesaikan qada puasa dulu.. nak balik kampung… nanti lepas raya lah kot plan cuti-cuti. InsyaaAllah, moga ada rezeki ke Melaka lagi. 



Diharapkan semoga perkongsian Dini ni bermanfaat untuk korang pilih tempat penginapan di Melaka. Selamat bercuti!


29 April 2021

7 SEBAB KENAPA PERLU STAYCATION RAYA 2021

Ekoran sekatan rentas negeri dikuatkuasakan, ini merupakan tahun ke-2 kita akan menyambut perayaan Aidilfitri di perantauan disebabkan peningkatan kes covid-19 yang kian meruncing. Sesi persekolahan juga hanya berbaki satu minggu sahaja kemudian Pdpr akan dilaksanakan semula bagi membendung penularan virus di sekolah-sekolah. 





Benar. Sayu sekali kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta. Tetapi kita harus ambil kira rasionalnya, sekatan rentas negeri yang dilaksanakan adalah keputusan yang terbaik demi mengelakkan kes daripada terus tersebar tanpa batasan. Andai sebaliknya, tentu banyak kluster baru yang akan timbul. Fikirkanlah pengorbanan para frontliners terhadap kita semua. Mereka juga tak dapat pulang beraya, bahkan perlu bekerja untuk kita semua pada hari raya. 





Uiii bestnya kalau dapat ke Lexis Hibiscus Port Dickson



Usahlah berduka. Tak dapat pulang beraya tidaklah seteruk mana. Dini dah berpengalaman beraya dengan tak balik kampung, bukan sekali. Banyak tahun. Walau apa pun, yang paling penting sekarang kita nak bantu negara supaya kes penularan covid-19 dapat dikurangkan. InsyaaAllah lepas raya nanti kita dapat pulang ke rumah orang tua.. pakai baju raya dan bergambar dengan mereka walaupun bukan di bulan Syawal. Untuk Syawal ini, apa kata kita isi masa cuti raya dengan aktiviti yang best. 









Jom kita cipta pengalaman baru dengan beraya di mana-mana tempat penginapan menarik dalam negeri masing-masing. Paling beruntung adalah bagi mereka yang berada di sekitar kawasan tempat peranginan. Dekat je nak sampai ke sana. Tak perlu travel jauh-jauh.  Biar suasana raya kali ini lebih meriah walaupun tidak dapat beraya bersama orang tua. Kita tetap boleh buat video call dengan mereka, kan? Mereka pun tak mahu tengok kita semua bersedih. 






Dini nak kongsikan dengan korang kenapa korang perlu cuba beraya di hotel atau resort sempena Aidilfitri 2021. 


  1. Boleh bahagiakan diri sendiri/ suami isteri/ anak-anak yang dapat beraya di luar dari rumah. Bukan tak boleh beraya di rumah. Cuma ini merupakan salah satu cara untuk mengubati hati yang tak dapat pulang ke kampung. Anak-anak pun mesti bersemangat nak ke sana. Berpakat dengan jiran tetangga atau rakan sekerja ke sana pun macam idea yang bagus juga.


  1. Di hotel/ resort pasti akan berkumandang lagu-lagu dan dihiasi dekorasi raya. Suasana Syawal korang bakal jadi lebih meriah. 



  1. Bawa koleksi baju raya. Shoot di mana-mana tempat menarik sekitar hotel/ resort/ homestay yang korang menginap. Wow, tentu cun cun gambar raya korang nanti.


  1. Antara part yang paling best, tak perlu masak juadah raya dah. Di sana nanti pasti tersedia  hidangan tradisional seperti ketupat, satay, lemang, rendang, biskut-biskut dan kueh raya serta banyak lagi. Makan je.


  1. Boleh lihat kemeriahan keluarga lain beraya juga. Tentu ada yang check in beraya di sana juga nanti. Tak adalah rasa kesunyian walau tak dapat berziarah. Bertegur sapa mengikut SOP. Tak jadi masalah. 









  1. Kolam renang kita yang punya. Ah gitchewwww! Sebabnya musim perayaan dah tentu yang menginap tak seramai waktu cuti biasa. Yang menginap selalunya orang yang jauh dari kampung halaman. Ramai je yang kerja satu negeri dengan rumah ibubapa kan? Apa kata pilih hotel, resort dan homestay yang ada private pool seperti Lexis Hibiscus Port Dickson. Kolam khas untuk keluarga kita aje. Beruntung yang tinggal berdekatan dengan hotel tu kan? 





  1. Harga, jangan risau. Boleh survey harga menarik hotel dan resort di Traveloka. Semestinya akan ada banyak tawaran menarik sempena musim perayaan. Pasti berbaloi-baloi 👍🏻





Pengalaman percutian singkat sebeginilah yang dinamakan staycation. Disamping dapat beraya di luar dari rumah sendiri, kita dapat merehatkan diri dan menenangkan fikiran. Keluar sebentar daripada rutin harian. Sekejap pun jadilah. Pulang ke rumah nanti ceria gembira dengan mood baru. 



Lepas pulang dari staycation  sambunglah beraya di rumah pula. Dini sendiri pernah staycation sewaktu hari raya tau. Maklumlah, sebelum ini kami merantau di Sarawak. Nak pulang beraya kena fikir bajet tiket penerbangan dan juga masa yang ada untuk bahagi hari di kampung. Perjalanan pergi dan balik dah makan masa dua hari. Kalau cuma dapat balik raya 5 hari, ya ampun! Terkejar-kejar gitu. Alhamdulillah, kedua belah keluarga kami suami isteri memahami. Ibubapa kami tak ada buat kami rasa bersalah tak dapat pulang beraya. Sekarang, kami dah berada di Terengganu. Suami Dini berjaya egtukar 2019. Maka berakhirlah sudah episod beraya di perantauan kami.




Oh, ya! Dini nak throwback sekejap percutian singkat pada hari raya tahun 2017 yang lalu di Samalaju Resort & Hotel Bintulu. Masa perjalanan ke hotel tu kami bertiga (Dalisa belum ada lagi) pakai baju raya lengkap. Sampai je di lobby hotel, lagu raya berkumandang. Fuhhhh… tengok ada beberapa keluarga lain turut check-in sama. Rasa hilang terus kesunyian. Lepas masuk bilik buat video call dengan keluarga di kampung. Seronok! Melepaskan rindu.







Anak Dini yang paling gembira sebab di boleh main kolam dengan aman. Tak ada orang sangat masa tu. Semua orang sibuk beraya pasalnya. Breakfast pagi esoknya pula dekat cafe berkumandang lagu raya dengan juadah tradisi raya Sarawak. Pelbagai jenis kek lapis terhidang. Sedapnyaaaa… Selesai breakfast pulang ke bilik bersiap pakai baju raya keluar jalan-jalan sekitar bandar Bintulu. 




Seronok, kan! Jadi, korang masih rasa tak dapat rentas negeri tu menghalang korang daripada beraya dengan gembira ke? Ayuh lemparkan jauh-jauh perasaan tu. Jom buka website Traveloka, pilih staycation cepat-cepat dan rasai sendiri kelainan staycation di hari raya. Karang  'fully booked' pula korang juga yang berhuhu. Jangan kata Dini tak payung 😉





14 September 2019

Pantai Peliau, Subis, Miri, Sarawak



Assalamualaikum

Padi minggu yang lepas dni sekeluarga berpeluang menerokai Pantai Peliau yang terletak di kawasan Subis, Miri. Selama 8tahun tinggal Miri, inilah kali pertama kami menjejaki Pantai Peliau. Sebelum ni tidak sedar/ tidak tahu mengenai kewujudannya. Lokasi Pantai Peliau tidak jauh dari Pantai Bungai.




Rancangan awalnya nak ambil angin di Pantai Bungai. Bila dah sampai di Pantai Bungai Darwish lena tidur. Tak sampai hati mama dan papanya nak kejutkan bangun dari tidur. Jadi, kami patah balik dan ternampak signboard ke Pantai Peliau. itulah dalam gambar di atas, dia gosok mata baru bangun tidur. hehehe,...





Pantainya agak bersih, kawasan yang sederhana, tak luas macam Pantai Bungai. Area perkampungan nelayan. Di sana dapat lihat banyak bot nelayan bersidai. 






Sesuai dijadikan lokasi bergambar. 







Ada pondok jeti mini di atas sungai berdekatan. Suasana di sekitar yang redup banyak pokok disekeliling. Seronok duduk di sana ambil angin pantai.




InsyaAllah lain kali boleh ke sini lagi ;)