Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

02 June 2020

Bahan Bacaan Anak-anak | Komik Berunsur Islamik dan Penuh Pengajaran

Assalamualaikum, selamat pagi.


Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding sebelum ini. Sebelum PKP, anak-anak dapat ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan, boleh di bawa bersiar-siar di pasaraya, taman permainan, atau ke pantai. Semestinya ada rasa bosan bila tak dapat keluar seperti kebiasaan.




Komik-M : PTS Publications



Anak Dini, Darwish gemar baca komik sejak usia 6 tahun lepas dia dah lancar membaca. Sebelum ni Darwish selalu pilih komik Ana Muslim atau Boboiboy. Kali ini, mamanya yang belikan untuk dia komik tanpa pengetahuan dia. Surprise! Komik keluaran PTS iaitu Komik-M pelbagai siri. Harganya cuma RM7. Berpatutan!


Komik ini menarik minat Dini untuk hadiahkan kepada Darwish. Nampak santai, lucu dan Islamik. Disamping menghiburkan hati serta memupuk minat membaca Darwish, dapat juga dia mendalami ilmu berkenaan doa-doa dan juga solat 5 waktu secara santai dan berkesan. Sesuai dengan jiwa anak kecil seusianya. Bila belajar mengenai solat, biasanya anak cepat rasa bosan. Tapi melalui bahan bacaan komik sebegini InsyaAllah anak-anak akan rasa lebih mudah untuk mereka fahami, dekat dihati.




Diari Conteng Jimi Episod Kertas Ajaib oleh Fadhli Hamdan


Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan juga sukakan mata pelajaran Sains. Ada beberapa eksperimen yang bagus untuk dicuba oleh anak kita apabila membaca buku ini. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penceritaan terutamanya berkenaan dengan gigih berusaha serta semangat setia kawan.


Aidil Doodle Boy Episod Si Comot Oleh Ask Kun



Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan mahu membela kucing tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibubapanya. Namun kanak-kanak ini mampu mengatasi segala masalah dengan berkongsi ceritanya bersama teman rapat di sekolah. Tetapi di akhir cerita, ada masalah baru yang memerlukan pengorbanan. Cerita ini amat bagus dibaca oleh anak kita kerana mengajar mengenai tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, dan juga memupuk sifat penyayang.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Solat Imran Oleh Nazrul Ali


Cara untuk anak belajar solat dengan mudah dan berkesan. Kenapa? Sebab buku ini penuh dengan ilustrasi santai mengajar anak kita bagaimana dan mengapa kita perlu solat 5 waktu. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Imran yang gigih memperbaiki cara solatnya kerana tidak mendapat pendidikan solat dari rumah oleh keluarganya. Akhirnya Imran berjaya solat dengan tertib dan sempurna berkat dari kesabaran, kegigihan, dan tunjuk ajar daripada Ustaznya di sekolah. Bahkan, keluarganya juga turut menjaga solat selepas melihat kesungguhan Imran belajar solat.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Doa Imran Oleh Nazrul Ali


Kadang-kala kita terlupa untuk mengajar anak kita membaca doa-doa lazim atau anak kita sebenarnya pernah belajar doa-doa ini sejak mereka di tadika tetapi apabila jarang dipraktikkan di rumah, maka mereka terlupa. Dengan membaca buku ini, anak-anak akan lebih faham mengapa kita perlu berdoa dan adat berdoa. Kisah Imran yang mempraktikkan berdoa kepada Allah apabila menghajati sesuatu juga wajar dicontohi oleh anak kita.


Alhamdulillah, Darwish pun dah khatam baca kesemua 4buah buku yang mama beli tu. Setiap kali dia habis baca buku, mama akan tanya dia apa yang Darwish faham melalui cerita yang telah dibacanya. Lepas tu, mama akan suruh dia ulang lagi baca buku yang sama selepas beberapa minggu.


Sebenarnya banyak lagi judul buku keluaran Komik-M tetapi Dini baru sahaja beli 4 buah judul ini. InsyaaAllah di lain masa Dini tambah lagi koleksi Komik-M untuk bacaan anak kesayangan, Darwish. Semoga anak mama beroleh manfaat melalui buku-buku ini.



Jom kumpul Komik-M untuk anak-anak!

20 April 2020

Aktiviti PKP : Projek kereta mainan daripada kotak


Masuk ni dah dua kali Darwish buat kereta mainan sendiri. Habis dia selongkar cari kotak dalam rumah.



Kali ni papa tolong dia siapkan kereta. Dia catkan kereta tu sampai habis.


Gigih kan 😁 Usaha tangga kejayaan. Yang penting isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Lantai rumah toksah cakap lah 😌 memang comot dari ruang tamu sampai ke dapur. Pakej bersepah bahan projek dia lagi. Mama sabor je lah sambil bebel 30sen  sebab tak kemaskan 😂 



Okay dah siap 90%. Sebabnya petang tu papa ubah suai pula tayar kereta dengan tukar cat. Tapi mama lupa ambil gambar 😅


Nanti mama ambilkan gambar kereta yang dah siap diubahsuai pula. Simpan sini dulu untuk kenangan childhood Darwish 🥰

13 April 2020

Simkad Yes4G Percuma | Cara tebus simkad

Assalamualaikum

Dni ada mohon simkad percuma dari Yes4G untuk anak Dni, Darwish pada 26 Mac 2020 tempoh hari. 12 April barulah simkad tu sampai. Lama jugalah proses nak dapat simkad percuma tu. Tengok orang lain update di facebook dalam 2-5hari je dah sampai 😅




Alhamdulillah, dah selamat activate simkad yang dapat tu untuk kegunaan anak Dni. Kebetulan di kuaters hanya coverage Yes4G sahaja yang bagus. Selain daripada Yes4G, langsung tak ada coverage dalam rumah. Sadis sangat... Sebab kawasan rumah ni terlindung dengan bukit. Jadi, bila dapat simkad percuma, haruslah tak lepaskan peluang. 




Buat masa sekarang, TV pun tak ada siaran di rumah kami, kena langgan astro baru dapat siaran. Sejak di Miri lagi kami tak langgan siaran TV. Guna smart tv, tengok cerita di youtube je 😅 Jadi, bila TV tak ada siaran macam ni tak ada rasa janggal pun sebenarnya. Dah terbiasa. Masih boleh bertahan asalkan boleh guna internet. Hehehe. 

Korang dah dapatkan simkad percuma Yes4G untuk anak-anak? Bermula dari usia 7tahun ke atas terhad sehingga 5 orang anak sahaja sebab kena guna IC. Boleh ikuti langkah di bawah untuk tebus simkad percuma dari Yes4G. Simkad percuma yang diberikan khusus untuk kegunaan anak-anak melayari internet sambil belajar.



Langkah penebusan:
1) Daftar di website: https://shop.yes.my/shop/onlineSaleRegister.do?itemCode=100358Y&lang=BM
2) Salinan IC Ibu/bapa dan anak - ibu/bapa juga perlu selfie dengan IC
3) Tunggu Yes 4G emailkan pengesahan pendaftaran, pemprosesan simkad, dan juga tracking number.
4) Apabila simkad dah sampai ikuti langkah pengaktifan simkad mengikut pandian yang telah disertakan bersama-sama dengan simkad.

Yang penting, ibubapa mesti pantau anak-anak guna handphone/tablet di rumah tau. Terima kasih Yes4G kerana telah memberikan simkad dan 40GB percuma kepada anak-anak kami!

09 April 2020

Projek sepanjang PKP/RMO


Assalamualaikum

Korang ada projek tak sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan? Husband Dini suka menanam. Kebetulan pula banyak kawasan lapang sekitar kuaters. Bolehlah tanam beberapa jenis sayur sikit-sebanyak. 



Sejak awal kahwin lagi cik abe Dini suka bercucuk-tanam. Awal 2012 dulu dia tanam pokok limau kasturi, limau purut, pandan, dengan kesum. Tapi kawasan terhad masa tu semuanya bersimen. Makanya tanam dalam pasu sahaja.




2013 kami berpindah ke rumah sewa baru. Kat belakang rumah sana ada tanah lapang. Dia pindahkan pokok-pokok yang dah subur dari dalam pasu kat kat rumah sewa lama ke laman belakang rumah sewa yang baru. Alhamdulillah, semuanya hidup subur. Cuma, semua kena makan dengan arnab akhirnya pada tahun 2019 termasuklah pokok kunyit, ulam raja, dan juga pokok bunga kantan 😂



Tahun 2020, tanam pokok bendi, sawi, lada besar, lada burung, kailan, serai wangi, limau kasturi, limau nipis, kesum, bayam brazil dan akan bertambah lagi.


Nampak subur meranum semuanya, Alhmdulillah. Nanti tuai hasil tanaman ni kongsi dengan jiran dan juga saudara-mara terdekat. Hehehe.. manfaatkan cuti sepanjang PKP ni tau. Semoga Malaysia dan dan seluruh dunia segera bebas daripada Covid-19, aaamin.


#stayathome #kitajagakita #qurantime

19 December 2019

Selamat tinggal, Titi

Arnab pertama peliharaan Darwish ada dua ekor. Kedua-duanya arnab betina. Pemberian oleh kawan Darwish di Pasti Al-Munawwarah bernama Anis Sofia dalam bulan Mei 2018. Seekor dinamakan Titi dan seekor lagi diberi nama Tutu. Titi berwarna kelabu muda manakala Tutu pula berwarna kelabu gelap. Sebenarnya dah lama Darwish mohon nak bela kucing/ arnab tapi mama dan papanya tak pandai nak jaga. Tambahan pula bila kami balik kampung makan masa sebulan juga. Risau bila ada haiwan peliharaan, nak tinggalkan lama-lama.

Setelah mendapat tips-tips yang meyakinkan oleh mama Anis Sofia, mama Darwish pun bersetuju untuk mengambil dua ekor arnab dari rumahnya. Alhamdulillah, dapat percuma je. Dengan syarat, jaga elok-elok. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak tau.




Maka lepas tu bermulalah episod Darwish dan arnab-arnabnya. Pagi petang siang malam mengadap arnab je kerjanya. Sebelum masuk tidur pun dia jenguk lagi arnab dia. Masa tu, bela arnab depan rumah dalam sangkar. 2minggu lepas tu papa Darwish bersihkan halaman belakang rumah untuk bagi arnab-arnab ni bebas. Letak pallet dengan botol air je dalam sangkar. Nanti pandai-pandai dia masuk makan dan minum sendiri.


.
3hari lepas bagi mereka bebas di belakang rumah, mama dan Darwish pulang ke Kelantan terlebih dahulu sebab masa tu, Sarawak dapat cuti selama sebulan untuk perayaan Gawai + Raya + cuti sekolah. Papa Darwish menyusul 4hari kemudian. Sebelum tinggalkan Titi dan Tutu di belakang rumah, ada mama pesan pada jiran sebelah rumah minta tengok-tengokkan mereka kalau-kalau makanan habis ke air habis ke. Nanti jiran sebelah baling dari pagar rumahnya sayuran untuk mereka makan kalau-kalau makanan mereka habis. Maklumlah sebulan lamanya meninggalkan mereka. Risau juga.



Namun, sekembalinya kami ke Miri, didapati seekor arnab hilang. Tutu yang hilang. Jiran sebelah cakap, beberapa hari sebelum tu ada terhidu bau bangkai. tapi tak lama. dalam 2-3hari je katanya. Mencarilah mama dan papa ke sana sini seluruh pelusuk belakang rumah. Tapi tak ketemu juga. Alhamdulillah, Titi yang dalam gambar-gambar Darwish duk pegang ni selamat sihat walafiat. Nampaklah banyak pokok-pokok di belakang rumah tu dimakan olehnya.



Keesokan harinya papa Darwish mencari lagi di mana hilangnya Tutu. Disebabkan ada nampak kesan cakaran pada kotak polisterin hidroponik papa + ada kesan muntah, papanya tergerak hati nak buka kotak tu. Dan akhirnya... terjawab sudah kehilangan Tutu. Rasanya Tutu mati dalam kotak tu akibat tersedut muncung pam racun yang mungkin disangka botol air. Ada kesan muntah kat luar kotak tu. Maksudnya, Tutu keracunan dan dia tahu dia nak mati, lalu membawa diri ke dalam kotak tu. Huhuuu...



Tinggallah Titi seekor menemani Darwish sampailah 4bulan selepas tu mama Anis Sofia bagi pinjam seekor arnab jantan untuk bagi Titi mengawan. Alhamdulillah, lepas daripada tu, Titi asyik beranak je sampailah kami dah nak pindah pun dia masih ada baby kat dalam lubang. memang sayu sangat nak tinggalkan Titi. Tapi apakandaya, jodoh kami sekeluarga dengan Titi sampai 2 Disember 2019 sahaja.


Selamat tinggal Titi. Banyak kenangan kami sekeluarga dengan Titi. Semoga Titi selamat dan berbahagia dengan tuan baru Titi di Miri. Kami saaaayang Titi. Gambar-gambar ni, lebih kurang seminggu sebelum Titi diserahkan kepada tuan barunya. Gambar kenangan buat tatapan anakanda kesayangan mama, Rayyan Darwish. 

Survey Arnab sekitar Pasar Malam Pengkalan Chepa




Sejak pindah dari Miri, Darwish selalu sebut nak cari arnab baru. Nak bela di rumah sewa baru nanti. Mama dah jumpa tempat jual arnab dekat Terengganu tapi Darwish tak sabar-sabar nak tengok arnab kat Kelantan. Jadi mama ajak makcik-makcik dia ke pasar malam  berdekatan. 

 

Sebelum sampai ke pasar malam mama dah pesan banyak kali. Kita nak tengok je arnab tu bukannya nak beli. Kena tunggu balik Terengganu dahulu barulah dapat beli. Nanti nak simpan arnab tu kat mama kalau beli? Dia nampak macam boleh faham. Tapiiiiii.....


Lepas dah jumpa gerai jual pets, nampak je arnab putih tu dia jadi dah tak keruan. Buat muka macam paksa mama beli. Memang tak laaa mama nak beli. Nanti nak bawa balik ke Terengganu dari Kota Bharu ke Kuala Berang tak kuasa nak hadap bau arnab dalam kereta (~___~)  makanya muramlah dia sepanjang balik dari pasar malam tu.



Balik Kuala Berang nanti baru kita beli tau sayang. Mama papa faham nanti Darwish sunyi kalau tak bela arnab. Dah sebati dengan jiwa Darwish bela arnab selama 2tahun di Miri. Nanti kita beli ya ;)


14 September 2019

Pantai Peliau, Subis, Miri, Sarawak



Assalamualaikum

Padi minggu yang lepas dni sekeluarga berpeluang menerokai Pantai Peliau yang terletak di kawasan Subis, Miri. Selama 8tahun tinggal Miri, inilah kali pertama kami menjejaki Pantai Peliau. Sebelum ni tidak sedar/ tidak tahu mengenai kewujudannya. Lokasi Pantai Peliau tidak jauh dari Pantai Bungai.




Rancangan awalnya nak ambil angin di Pantai Bungai. Bila dah sampai di Pantai Bungai Darwish lena tidur. Tak sampai hati mama dan papanya nak kejutkan bangun dari tidur. Jadi, kami patah balik dan ternampak signboard ke Pantai Peliau. itulah dalam gambar di atas, dia gosok mata baru bangun tidur. hehehe,...





Pantainya agak bersih, kawasan yang sederhana, tak luas macam Pantai Bungai. Area perkampungan nelayan. Di sana dapat lihat banyak bot nelayan bersidai. 






Sesuai dijadikan lokasi bergambar. 







Ada pondok jeti mini di atas sungai berdekatan. Suasana di sekitar yang redup banyak pokok disekeliling. Seronok duduk di sana ambil angin pantai.




InsyaAllah lain kali boleh ke sini lagi ;)

03 August 2019

Kerang-kerangan


Assalamualaikum, hai semua 
...

Sebenarnya, dni suka sangat ambil gambar. Kadang-kadang rasa nak jadi Photographer pun ada. cuma, bajet tak ada pula nak beli kamera mahal-mahal buat modal. Kihkih... jadilah photographer cabuk. Ini ada beberapa keping gambar hasil karya dni kat tepi laut. Saja nak simpan. Buat kenangan.









Lokasi: Esplanade Luak Miri, Sarawak

14 October 2014

Aidijuma White Label dah jadi my fav tudung pulak

Assalamualaikum


lama tak update blog. hehe macam basalah alasan takde kesempatan ^___^ sekarang ni dni masihh dalam mood fever kat tudung aJ. nak wat cemano, design dia cecantik. asyik berkenan je. tak beli, duk teringat-ingat macam kena ubat pengasih. lepas beli baru lega. kepuasan katanya. aaahhaaha sabo je lah encik suami melayan minat isterinya ni.



lastest, aJ ada keluarkan design smiley untuk white label punya. dni dok berkenan kat smiley blue memandangkan tudung merah/pink dahh terlampau banyak. aJ paris tu pun tak dan pakai lagi. yang hijau tu pun kenan tapi masalahnya hari tu dah beli hhijau camtu juga. ehhhh silap. bukan beli. nini adik dni yang hadiahkan. warna sama masalah juga... tak tau nak pakai masa bila >___<"






dni lagi suka pakai white label daripada black label sebab WL ni takyah iron pun ok terletak je, tak mudah keronyok. suka sangatla dni pakai yang tu sebab dni pemalas betul nak iron bagai ni. pegi ngajar kat sekolah pun rilek je tak iron baju dan tudung. miahaaha ;p



kalau korang pun nak beli tudung ni, boleh ke website aJ ----> www.aidijuma.com masih availabe lagi design ni. jom kita p beli sekarang :)






01 September 2014

Wide Shawl tutorial | Dena Bahrin Style



Assalamualaikum


dni nak share tutorial pakai wide shawl yang dena bahrin selalu gayakan. ada dia share di instagramnya hari tu. so, dni duk follow step-by-step cara dena yang lebih kurang sama jugak dengan gaya Irine pakai tu, selesa sangat. rasa betup-betul cover aurat dan kemas. lepas ni boleh la beli wide shawl banyak-banyak. hehe ^__^





nah...tu dia gambar captured guna henpon terus. takde crop-crop edit bagai. malas nau eden nak mengeditnya pakai laptop ni. hahaha...


selamat mencuba!

16 July 2014

Kenangan koleksi peribadi tudung AidiJuma kesayangan


Assalamualaikum


sekarang musim orang pakai tudung bawal aidijuma kan? dulu, design AJ tak keluar banyak sekaligus macam sekarang. nak beli pun sempat laaa nak menabung dulu. sekarang ni, fuh! sekali keluar banyak design dan warna sekaligus. nak pilih pun rambang mata dibuatnya. nak beli semua, huiii i bukan retisss nak pakai tudung lain-lain setiap hari. haha.. pakai ajo yang mano ado.
 





 inilah dia antara semua koleksi aj dni. ada beberapa lagi yang gambarnya dah terdelete. malas nak copy kat instagram. hehe...








 




ssemua ni dah jadi kenangan. dni dah letgo kat orang lain. tengok orang pakai, teringin nak pakai balik. tapi tak pe lah. kita hunting design terbaru pula. cuma kainnya lah yang tak sama. material dulu punya best. yang latest punya keras dan cepat rosak :')