Showing posts with label Apotec. Show all posts
Showing posts with label Apotec. Show all posts

09 August 2020

Bawa Pulang Kebaikan ke Kampung | Apotec Nushine untuk Ibu dan Bapa

 Salam Aidil Adha buat semua pembaca ilham dini dot com. Dini ucapkan selamat menjalani ibadah qurban bagi yang berqurban pada tahun ini. Korang balik raya ke kampung tak Aidil adha kali ni? Ramai tak dapat pulang raya puasa yang lepas kan? Dini pun sama. Makanya Aidil Adha ni berkobar-kobarlah semangat nak pulang ke kampung halaman. Cumaa….



Dini terpaksa pulang lewat sikit... Sekarang masih dalam tempoh berpantang ☺️ Nak selesaikan appoinment jaundis baby dengan home visit dari klinik.



Mood balik kampung memang dah berkobar-kobar, jadinya Dini packing barang balik kampung dulu siap-siap. Kalau adik baby dah tak kena checkup jaundis dengan tak perlu tambah tarikh appoinment di hospital, Dini terus nak sambung berpantang kat kampung. Kali ni Dini packing barang balik kampung special sikit. 





Special sebab apa? Sebab packing barang balik kampung bersama Apotec Apple Cider Vinegar (ACV) with honey, Omega -3 Fish Oil dan juga Curmax Tumeric untuk dihadiahkan buat kedua orang tua tersayang. Masukkan dalam luggage dulu, nanti letak dalam paperbag kemas-kemas hadiahkan pada abah dan umi.




Dini dah sediakan 3buah tangan ni sebelum bersalin lagi. Cadangnya nak bawa pulang ke kampung sempena raya haji, tapi takdir menentukan segalanya. Due date bersalin Dini dijangka pada 12 Ogos 2020, nampaknya baby nak keluar awal pada 22 Julai 2020 genap 37minggu. Makanya tertundalah hasrat Dini untuk pulang ke kampung bagi kejutan buat abah dan umi… berpantanglah dulu di rumah sendiri.



Dini pilih produk dari Apotec untuk Umi dan Abah bersebab tau! Bila dah berusia, biasanya orang tua kita ada masalah lenguh-lenguh sendi dan kebiasaannya daya penglihatan semakin kurang daripada dahulu. Ketiga-tiga produk ini sangat sesuai untuk masalah yang dihadapi mereka di usia sebegini. Bahkan bagus juga diamalkan dari usia muda lagi.



Umi mengalami tekanan darah tinggi manakala abah pula ada tekanan darah rendah. Dah berusia ni macam biasalah, bila nak.membaca umi dan abah perlukan bantuan dengan memakai kaca mata. Dan mula kabur penglihatan, rabun dekat. Alhamdulillah, abah dan umi Dini tak ada masalah kesihatan serius yang lain. 



Jadi Dini nak kongsikan dengan korang kebaikan yang diperolehi daripada produk ini. Tak semestinya ambil tiga-tiga sekaligus tau. Pilih yang bersesuaian dengan masalah kesihatan yang dihadapi. 



Paaaaling bagus, korang rujuk dengan ahli farmasi berdekatan berkaitan supplement yang perlu korang dan keluarga amalkan. Dini pilih Constant Pharmacy untuk khidmat nasihat pemilihan produk buat parents Dini. Alhamdulillah, combo 3 produk ini sesuai untuk diamalkan oleh umi dan abah.



Apotec Omega-3 Fish Oil

(EPA 650mh, DHA 260mg)


Yang ini sangat bagus untuk seluruh ahli keluarga sebab kebaikan fish oil dapat membantu dalam:


  • Meningkatkan daya penglihatan

  • Sumber omega

  • Mengawal tekanan darah

  • Sumber antioksida

  • Antikeradangan

  • Mengawal tahap tekanan jantung

  • Meningkatkan kesihatan kardivaskular



Oleh itu, kebaikan Omega-3 Fish Oil sesuai diambil oleh abah dan umi untuk mengawal tekanan darah dan juga bantu daya penglihatan mereka yang dah berusia. Cara pengambilannya mudah je. 1-2biji sehari selepas makan.




Apotec Curmax Tumeric 250g


Kunyit? Haaa… betul tu betul. Supplement ini diekstrak daripada kunyit yang terkenal dengan khasiat penyembuhan luka dari dalam fan antioksida. Selalunya kunyit sinonim sangat penggunaan kunyit dengan orang berpantang, kan? Tapi tak semestinya orang berpantang je guna kunyit sebagai makanan tambahan. Banyak lagi khasiat kunyit untuk tubuh badan. Antaranya:


  1. Bagus untuk yang mempunyai masalah sakit sendi

  2. Untuk mereka yang menderita sakit otot dan neuropatik

  3. Mencegah daripada penyakit kardivaskular

  4. Antioksida yang tinggi

  5. Anti-kanser


Umi Dini selalu cakap 'sakit urat'. Sakit sendi lah tu kalau berdiri lama ke… berjalan lama ke… buat kerja berat ke.. Dini nak sarankan supaya umi Dini amalkan Curmax Tumeric untuk tingkatkan lagi tahap kesihatan diri umi. Boleh diambil 2biji selepas makan atau sebiji pagi dan sebiji malam.



Apotec Apple Cider Vinegar with Honey (ACV)


Orang kata ACV bagus diamalkan untuk orang nak berdiet, boleh turunkan berat badan. Tapi, disebalik bagusnya ACV untuk diet ni ada khasiat lain yang korang perlu tahu iaitu:


  • Meningkatkan metabolisma tubuh badan

  • Mengurangkan kolesterol dalam darah

  • Melawaskan/ detoks

  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke tahap yang optimum untuk tubuh badan

  • Tinggi serat (bagus untuk sembelit)


Biasanya amalam minum ACV dibancuh dengan madu. Tapi untuk ACV dari Apotec lebih mudah kerana dah tersedia dengan madu. Senang sangat! Terus je bancuh 2sudu ACV dengan 180ml air suam sedia diminum selepas makan. 




Korang doakan baby Dini cepat-cepat sembuh dari jaundis dan segera selesai appoinment dengan hospital tau. Dini dah tak sabarrrr nak balik kampung. 




Oh ya! Sekarang Apotec Malaysia sedang mengadakan promosi bundle untuk 3 produk ini di laman web atau boleh juga buat belian di mobile app. Klik je link di bawah untuk dapatkan promosi bundle ni:


Facebook : Apotec Malaysia

Instagram : apotecnushine

Promo Link : https://www.constant.com.my/SalePage/Index/221336

Whatsapp: +6012-248 4018

Farmasi : Constant Farmasi