Showing posts with label avco. Show all posts
Showing posts with label avco. Show all posts

19 September 2020

Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil AVCO dari D'aura Kaya dengan Antioksida dan Vitamin E

Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil AVCO | Sebut sahaja mengenai Virgin Coconut Oil (VCO) atau Minyak Kelapa Dara tentu sahaja ramai yang mengenalinya. Kita selalu jumpa minyak kelapa dara di pasaran dalam bentuk cecair (liquid) dan juga softgel (kapsul).



 

PENGALAMAN

Dini paling suka beli minyak kelapa dara softgel. Dah hampir 10 tahun Dini konsisten menggunakan minyak kelapa dara. Selalunya Dini beli dalam bentuk softgel untuk diamalkan setiap hari. Sejak mengandung hari tu Dini amalkan vco softgel dari D'Aura. Harga berpatutan dan mudah didapati. Sebab itulah Dini pilih produk D'Aura.




Kita memang dah kenal vco. Tapi apa pula yang dimaksudkan dengan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)? 

 

 

PENGENALAN

Baru-baru ini D'Aura iaitu jenama tersohor Minyak Kelapa Dara Malaysia telah mengeluarkan produk terbaru variasi dari VCO iaitu AVCO yang diformulasikan dengan haruman tanpa menjejaskan ketulenan minyak kelapa dara. Maksudnya, AVCO ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Berbeza dengan vco jenis softgel dan cecair, boleh dimakan serta untuk kegunaan luaran. AVCO pula hanya untuk kegunaan luaran sahaja, tak boleh makan tau!


Khasiat vco tidak dapat disangkal lagi. Ianya sangat terkenal sejak zaman dahulu bagi kegunaan kesihatan rambut dan kulit. Petua dan tips daripada orang tua-tua biasanya akan syorkan guna minyak kelapa dara (vco) bagi melebatkan rambut, nak elakkan uban, kurangkan kelemumur,  sihatkan kulit kepala dan rambut,  lembapkan kulit, sapuan pada luka dan sebagainya terbukti berkesan. Pendek kata vco boleh digunakan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Setiap rumah seharusnya menyediakan vco untuk kegunaan pada bila-bila masa.

 



KEBAIKAN D'AURA AVCO :

  • tinggi dengan antioksida & antipenuaan
  • kaya dengan vitamin E 
  • sesuai untuk semua peringkat usia
  • menyihat, melembap, dan menganjalkan kulit, mengurangkan garis dan kedutan, memperbaiki liang pori 
  • memperbaiki parut pada kulit
  • sesuai untuk kulit sensitif
  • merawat rambut kusam, bercabang, kering dan bagus untuk kulit kepala 
  • melembapkan seluruh badan terutamanya kawasan tumit kaki, lutut, dan siku
  • tanpa bahan kimia paraben, sls dan plumbum
  • dengan 2 pilihan haruman iaitu Morning Dew dan juga Floral Fresh
  • sebotol 50ml berharga RM22.90  
  • dalam pek mudah guna, pam sahaja untuk gunakan avco
  • 99% kandungan vco
  • 1% kandungan haruman yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi

 

Oleh kerana AVCO ini merupakan vco asli maka ianya perlu disimpan dalan suhu bilik seperti mana vco jenis softgel dan liquid. Ia boleh membeku dalam suhu sejuk bawah 23c. Walaubagaimanapun, elakkan daripada disimpan ditempat yang suhu melebihi 30c dan elakkan daripada sinaran cahaya matahari secara langsung. Beku bukan bermakna AVCO rosak ya. Sekiranya berlaku pembekuan AVCO akibat suhu sejuk, boleh rendam botol AVCO dalam air bersuhu bilik (antara 23-30c) dan AVCO akan kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.

 


PETUA

Namun, cara pembuatan vco dahulu kalanya sangat rumit. Sekarang dah mudah. Pilih sahaja variasi produk vco dari D'Aura untuk dimakan atau kegunaan luaran semuanya ada. Malah,  produk vco ini sesuai untuk digunakan seisi keluarga tanpa mengira peringkat usia. Sejak anak sulung Dini lagi Dini dah sapukan vco pada rambutnya. Bila dia selesema dan batuk biasanya Dini sapu kunyit + vco pada dada, belakang dan juga atas hidung. Sebabnya masa masih bayi, tak boleh berikan sebarang ubat. Jadi Dini gunakan petua orang lama sebagai ikhtiar untuk legakan selesema dan batuk anak ketika masih kecil.

 


REVIEW

Kalau dulu, Dini picit vco dari softgel untuk kegunaan pada kulit. Jarang Dini beli vco liquid sebab jarang juga nak sapu pada kulit sebenarnya atas sebab bauan minyak kelapa tu. Sekarang, haih! Dah ada yang wangi sebegini haruslah sentiasa menjadi pihan hati. Paaling Dini suka sebab AVCO cepat meresap pada kulit. 


Bila jadikan AVCO sebagai pelembap kulit muka, ia tidak melekit dan tidak mengganggu solekan. Malah, kulit wajah nampak lebih segar dan glowing. Dini juga sapu AVCO sebagai pelembap bibir sebelum pakai lipmatte. Selain itu juga AVCO mampu menanggalkan solekan dengan bersih dan juga dijadikan sebagai minyak rambut. Rambut pun jadi wangi.

 

 


Dini suka sangat AVCO dengan haruman Morning Dew sebab baunya seiras dengan haruman kegemaran Dini iatu Glow by JLo. Pertama kali hidu bau Avco Dini dah rasa macam eh!!! Bau apa ni ya? Macam pernah bauuuuu je. 


Lepas tu barulah perasan, ohhh rupanya sama macam bau perfume kegemaran sendiri. Tentulah Dini suka sapu sana-sini termasuklah pada anak dan suami. Hehehe. 



 
Suami dan anak Dini pun jadikan AVCO Morning Dew sebagai miyak rambutnya. Dini sapu juga pada baby bagi tujuan lebatkan pertumbuhan rambut yang baru lepas dicukur dalam pantang hari tu. AVCO ni produk organik, jadi Dini tak was-was nak sapukan pada kulit baby.  Lepas ni, nak kena belikan botol lainlah untuk encik suami sebab dia pun suka guna AVCO. 

 

Bagi ibu mengandung yang ada masalah selulit, strechmark, dan nak cantikkan kulit sekitar perut boleh juga sapu AVCO ni tau. Selamat mencuba!



Info lanjut:

Website: www.daura.com.my

Facebook: www.facebook.com/daura.hq.official

Instagram: www.instagram.com/daura_hq