Showing posts with label suamisihat. Show all posts
Showing posts with label suamisihat. Show all posts

28 September 2021

Tips Kesihatan Lelaki

 Rintihan Isteri




Seringkali mendengar rintihan rakan sebaya perihal kesuburan, yang mana mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata di usia lewat 30an. Ramai yang menganggap bahawa kesuburan hanya menjadi tanggungjawab pihak isteri sahaja. 

 



Sudahlah si isteri bersedih mengenangkan nasib, dipersalahkan pula. Ibarat punca rumahtangga yang masih belum memiliki zuriat hanya digalas pada bahu isteri sahaja. Sedangkan, ia melibatkan peranan kedua belah pihak. Jadi, Dini rasa terpanggil untuk kongsikan dengan korang sedik sebanyak berkenaan dengan kesihatan lelaki.  




Faktor untuk memiliki zuriat ni bukan berkait dengan kesuburan sahaja. Banyak perkara yang terlibat. Salah satunya, zuriat merupakan rezeki kurniaan Allah SWT. Kun fayakun. Perlu kita ingat, salah seorang daripada isteri Baginda Rasulullah, Siti Aisyah R.A juga tidak memiliki cahaya mata. 

 


 

 

 

 


Jadi, usahlah merintih. Ada dan tiada itu berhikmah. Hadapilah dengan jiwa yang terbuka. 




Cerita mengenai kesuburan. Percaya tak? Ramai golongan lelaki memandang ringan berkenaan hal ini. Bahkan sesetengahnya menganggap hal ini adalah taboo, kononnya membuka aib dan terlalu peribadi. *geleng kepala* Sampai bila hal ini akan selesai jika kaum isteri je yang kena cari jalan penyelesaian?

 



Tambahan pula, masyarakat kita sering memilih ubat 'kuat' daripada mementingkan kesihatan diri. Tanpa mereka sedar, ubatan yang tidak terkawal ini mengancam kesihatan diri.

 

 



Masalah Kesuburan Lelaki Meningkat

 


Inilah tajuk artikel akhbar Sinar Harian yang disiarkan pada 7 Apil 2021. 

 


 

Memetik kata-kata Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, masalah kesuburan dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia semakin meningkat apabila 60 peratus ujian analisis sperma mengesahkan sperma yang diuji adalah abnormal.


Keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma itu mungkin disebabkan oleh masalah atau kecederaan pada testis, masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah genetik, berlaku jangkitan seperti mums (radang kelenjar liur parotid) atau pernah menjalani pembedahan pada testis.

 

 



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/132307/LAPORAN-KHAS/Masalah-kesuburan-lelaki-di-Malaysia-meningkat

 

 



 

 



Mari kita ulas sedikit berkenaan dengan kesuburan lelaki. Ianya berkait rapat dengan kesihatan. Kesihatan yang baik akan menghasilkan suami yang berfikiran positif, ceria, baik emosinya, bertenaga, dan hebat. Jika aspek kesihatan ini dititikberatkan, sesebuah rumahtangga akan harmoni dan bahagia. Bagi mendapatkan kesihatan yang baik, gaya hidup sihat perlu diamalkan tidak kiralah lelaki mahupun wanita.




Gaya Hidup Sihat

 



 




Bagaimana untuk kita jalani gaya hidup yang sihat? Bersenam pada setiap hari kah? 

 



Tidak... Bersenam bukan kunci utama kepada kesihatan. Banyak perkara yang mesti kita seimbangkan. Tidak terhad kepada pemakanan sahaja. Ia merangkumi segala aspek fizikal, mental dan spiritual untuk membantu dalam mencegah pelbagai penyakit dan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

 



Paling penting, jauhi rokok, alkohol dan dadah yang sudah terbukti menjadi penyumbang utama kepada kerosakan tubuh badan. Mengapa perlu ambil semua tu? 

 


Biasanya mereka yang mendekati rokok, alkohol dan juga dadah awalnya konon-konon semua tu boleh melepaskan tekanan diri. Lama-kelaman, ia menjadi ketagihan. 




Malahan ada yang mengalami ketagihan diperingkat yang kronik. Ini sangat merbahaya kepada kesihatan kerana apabila diperingkat ketagihan, sukar untuk pulang ke pangkal jalan. 

 



Didiklah anak remaja kita agar menjauhi semuanya agar di masa hadapan mereka tidak mudah terpengaruh dengan tabiat ini. Malangnya jika si ayah dah menunjukkan contoh yang tidak bagus merokok dan sebagainya tu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran anak-anak. 

 



Maka tolonglah wahai kaum bapa sekalian. Tolong hentikan tabiat merokok! Busuk! Eh, emo pulak kiter...



Rujuk: https://suamisihat.com.my/kesihatan/gaya-hidup-sihat/amp/





Penyakit

 


Banyak penyakit yang bakal menyinggah jika tabiat merokok diteruskan. Antaranya mati pucuk, serangan jantung, kanser, buah pinggang, darah tinggi, dan pelbagai lagi kerosakan organ. 

 

 



 

 


 

Menyedihkan lagi, ia membuatkan kesihatan ahli keluarga juga terjejas. Asap rokok yang terhidu oleh orang lain turut boleh menyumbang penyakit terhadap mereka, terutamanya kanser. 

 



Walaupun mereka tidak merokok, tetapi mereka menjadi perokok pasif dan perokok ketiga kerana toksin dan asap rokok oleh perokok tu memberikan kesan yang sangat berbahaya. Kasihanilah mereka setidaknya.




Penyakit ini juga boleh menyebabkan komplikasi terhadap kesuburan. Terutamanya jika menghidapi kencing manis. Ia meningkatkan risiko mati pucuk. Biasanya usia 40-an, mudah kena penyakit ni. Maka, ambil langkah berjaga-jaga.





Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”

(Riwayat al-Bukhari)

 





Kira BMI


 


 

 



BMI merupakan indeks jisim badan  untuk mengira anggaran lemak berdasarkan berat dan ketinggian seseorang. 




Hasil daripada kiraan ini akan menentukan sama ada korang tergolong dibawah berat badan yang ideal atau tidak.



 

 







 




Sebagai contoh, jika mempunyai jumlah berat badan sebanyak 60kg dan mempunyai ketinggian 1.7meter. Kirannya seperti  berikut:

 

 



 

 



Hasilnya kiraan ini mendapati jumlah BMI adalah sebanyak 20.76 = Kategori Normal.





Jika BMI yang dikiran mendapat jumlah yang berlebihan, ia menandakan bahawa korang mempunyai lemak berlebihan dalam badan, iaitu obesiti.






 

 



Mereka yang mempunyai nilai BMI yang tinggi lebih berisiko menghidap penyakit-penyakit merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis. 




Manakala individu yang mempunyai BMI yang rendah juga berisiko menghidap penyakit seperti kekurangan jisim tulang, rendah fungsi imun, dan anemia. Sebaiknya, dapatkan BMI yang ideal.


Rujuk: https://suamisihat.com.my/isu-semasa/cara-kira-bmi/amp/






Berat Badan Ideal

 

 


 

Tips asas untuk mendapatkan berat badan yang ideal:

  • Makan apabila lapar
  • Pengambilan air yang secukupnya
  • Amalan puasa sunat
  • Kawal pengambilan makanan
  • Utamakan makan yang tinggi serat
  • Elakkan makanan yang diproses
  • Bersenam secara teratur
  • Mengawal tekanan
  • Tidur awal dan cukup
  • Kurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak
  • Bersenam





 




Antara senaman ringkas yang korang boleh lakukan di rumah antaranya:

  • Berjalan
  • Berjogging
  • Berbasikal
  • Angkat Berat
  • Skipping






Pengurusan Emosi  



Selain daripada faktor kesihatan dan kesuburan, suami perlu memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni. Ini kerana emosi suami mempengaruhi emosi isterinya. Elakkan daripada membawa pulang masalah kerja ke rumah. Jika rasa tidak mampu atasi masalah tu sendirian, berkongsilah dengan isteri untuk melegakan emosi, bukan melepaskan beban tekanan kepadanya.









Emosi yang stabil akan membangkitkan suasana yang ceria. Bila keluarga kita ceria, kita pun turut gembira. Jadi, sebagai kapten, para suami kena lebih handal menjaga emosi mereka supaya anak kapal semuanya gembira.

 



Nampak seperti cuma hal remeh, tapi impaknya begitu besar. Andai suami tak pandai kawal emosi, keluarga mudah rasa stress dan boleh mengundang kemurungan di kalangan mereka.

 



Kesuburan suami isteri juga dipengaruhi oleh kestabilan emosi tau. Jadi, jagalah emosi isteri korang elok-elok. InsyaaAllah, bila emosi isteri selalu ceria, adalah rezeki tu nanti. 




Seperkara lagi, menjaga emosi ni bukan setakat bercakap elok-elok sahaja. Kena adil bab nafkah zahir dan batin juga. Faham akan tugas dan tanggungjawab seorang suami terhadap keluarganya. Tak meletakkan tanggungjawab perbelanjaan rumah kepada isteri kecuali jika isteri yang nak bantu. 




Muafakat Membawa Berkat








Lepastu, ringankanlah tulang bantu isteri dalam hal-hal rumah. Buat kerja rumah pun sebahagian daripada bersenam sebab kita lakukan pergerakan. 




Maklumlah di musim pandemik ni bila bekerja dari rumah dan pergerakan terbatas asbab perintah kawalan pergerakan, makin kurang kita keluar dari rumah. Makin kurang jugalah pergerakan. Bila bantu isteri buat kerja rumah, automatik boleh nampak isteri tu ceriaaaa je dia.

 


 

Saidina Aisyah pernah ditanya mengenai perilaku baginda Rasulullah apabila di rumah. Maka kata Aisyah: Baginda suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu solat, maka baginda akan pergi untuk melaksanakan solat. [HR Bukhari 5579]

 

 




Nampak tak? Tugas rumahtangga bukan hanya digalas oleh kaum isteri sahaja. Nabi Muhammad SAW pun bantu isteri dalam hal-hal rumah. Maka contohilah. Sama-sama buat kerja rumah.





Toleransi



Di sini, perlukan komunikasi yang berkesan. Selalulah berbincang dengan isteri jika ada kerumitan dan permasalahan. Jangan pendam sorang-sorang. Kalau tak mampu beri nafkah  ke, tak cukup nak bayar bil ke, tak sihat ke, apa-apa je lah. 



Berbincanglah sehingga mencapai kata sepakat. InsyaaAllah, seorang isteri yang baik akan selalu bertoleransi dengn suaminya. Tapi, suami jangan pula ambil kesempatan ya. Awasss kamuuu!




Usah rasa segan untuk berbincang sesama suami isteri. Dengan perbincangan ni buat isteri rasa lebih dihargai dan menghormati suami. Barulah keputusan mendapat kesepakatan. 




Pentingnya komunikasi dalam rumahtangga. Musyawarah... Maka tiada yang rasa seperti menindas dan tertindas. Muafakat membawa berkat. 

 



Paling penting, suami perlu prihatin terhadap kesihatan jasmani dan rohani kaum keluarga. Amalkan solat berjemaah jika berkelapangan. 





Portal Suami Sihat







Para suami disyorkan untuk follow portal SuamiSihat kerana di sana banyak perkara berkenaan suami sihat dikongsikan. Pelbagai tips dan ilmu  kesihatan lelaki disajikan. Rugilah kalau tak manfaatkan info yang ada. 

 

 



 




Jangan lupa sertai group Telegram "Komuniti SuamiSihat" kerana  di sana, para suami boleh berkongsi tentang isu kesihatan lelaki secara terus dan profesional. 





 



 

Disamping itu, sekarang ada giveaway percuma Ebook Suami Maulana yang membincangkan langkah demi langkah untuk memperbaiki komunikasi yang berkesan dalam rumahtangga. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya. Klik link di bawah 👇

 




https://suamisihat.com.my/suami-maulana/






Semoga bermanfaat!






Info lebih selanjutnya di👇

Website: SuamiSihat 

Facebookhttps://www.facebook.com/suamisihat.com.my/

Instagramhttps://instagram.com/suamisihat.com.my