Kisah Bersalin Part 4 : Jururawat di Hospital Kerajaan
Ardini Humaira
2/14/2013
28
Ramai yang takut nak bersalin di hospital kerajaan sebab fikirkan mengenai layanan jururawat di sana. bagi yang berkemampuan terus memilih hospital swasta sebagai tempat untuk mereka bersalin. layanan jururawat dan doktor yang bagus, bilik yang cantik dan lebih privacy, makanan lebih sedap dan beberapa faktor lain lagi yang diambil kira. satu ajelah... kena sediakan ongkosnya melebihi jumlah kos sebenar. kalau bersalin normal tak apalah... kalau terpaksa czer, forcep, atau ada komplikasi lain, cas lain pulak yang u ols kena... kalau tak ada bajet lebih tak ke haru di akhirnya nanti. hehe...kalau nak selamat ongkos, lebih baik ke hospital kerajaan saja.
pengalaman dni di hospital kerajaan selama 5hari sebelum hari raya puasa kena tahan di wad, Alhamdulillah jururawat baik-baik belaka. layanan yang bagus dan mereka siap boleh bergurau-senda dengan bakal-bakal ibu. ada yang baik hati nak tolong itu dan ini. ada yang teruja bila dapat tahu kita orang semenanjung sebab mereka pun dari semenanjung... sama-sama takleh balik berayalah katakan... ada yang manis cantik sentiasa melebarkan senyuman bila bertentang mata... sejuk hati bakal ibu yang gundah gulana resah gelisah di dalam wad bila tengok nurse camtu.
tapi... memang betul. ada juga jururawat kat dalam wad dni hari tu yang membakar jiwa raga. mood asyik spoil je kalau dia datang. dan dni sampai MENANGIS tahan geram dan marahkan dia! tiap kali dia datang mesti dia tengking2 dni dan marah2 sambil membebel suruh dni serahkan pad pada dia. kalau dni jawab tadi doktor dah datang dan tanya saja tak cakap suruh bagi pad pada nurse dia terus marah. dia cakap wajib bagi pada dia. kebetulan masa tu dni tak ada pad. dia paksa dni pakai. dni rasa macam bodoh je buat dni macam budak tadika. dah dni tak ada pad macam mana nak pakai. penat dni jawab tak ada tak ada tak ada. dia suruh pakai masa tu juga. suruh husband beli blabablabla dia membebel tak berenti langsung. dni jawab henfon tak ada bateri. nak cas tak boleh sebab nurse tak bagi cas henpon dalam wad.dah tu cemana nak mesej husband. dia paksa juga dni pakai. hinggakan jiran sebelah katil yang tengok dengan rasa tumpang geram dan nak marah dan kasihan pada dni terus meleraikan bebelan nurse tu dan cakap nanti saya tolong bagi dia call husband dia guna henpon saya dan pinjamkan dia pad saya. korang tahu apa nurse tu jawab? GANTI balik tau pad dia. jangan nak manja sangat kat sini. saya ni puasa. awak tu tak puasa. awak kena hormat saya sebab saya berpuasa.
WHAT THE??? motif dia cakap dia puasa sebab tak nak bagi dni fighting dengan dia. konon kena hormat orang yang berpuasa. kau puasa pastu kau maki hamun pesakit dan buat dia sakit hati apa yang kau dapat? memang sakit hati gila. gara-gara tu dni menangis sakan sampai tersedu-sedu dalam bilik mandi lepas dia selesai membebel. sakit hati ni Ya Rabbi, Allah je yang tahu. tak pernah jumpa lagi manusia macam tu. lepas tu setiap kali dia datang mesti dni bengang. kengkawan pun bengang. ceh, tetiba dah jadi geng dengan orang dalam wad tu. haha! mana tak bengang, tak ada budi bahasa, tak hormat pesakit dan juga garang.
kata orang dalam wad tu, kalau buku merah kita tulis SURIRUMAHTANGGA, setengah nurse akan layan kita gitu-gitu je. kalau penjawat awam atau yang bekerjaya, terus dia layan elok-elok. yes! dni akui nurse yang marah dni tu jenis insan yang berdiskriminasi macam tu. sebab buku merah dni tertulis dni suri rumah. masa buat buku merah tu bulan satu, dni start kerja bulan 3. tu pasal takde tulis GURU kat situ. duk di wad kelas 3 dengan berstatuskan suri rumah terus dipandang rendah oleh dia. sangatla tak adil di situ. bila husband kita datang pakai baju kerja pastu dia tanya husband kerja ape lalu husband jawab cikgu boleh pula dia cakap dengan husband dni elok-elok. siap husband macam confuse betul ke tu nurse yang dni ceritakan.
korang tahu tak.. lepas raya dni warded skali lagi dan dni duk di wad kelas pertama sebab guna GL. ternganga dia tengok dni yang duk dalam wad tu. siap panggil dni cikgu. pastu cakap elok-elok tak de tengking-tengking macam hari tu dah. cuma adala sedikit bermuka-muka sebab hari tu kan dah 'aniaya' dni kaw-kaw. dah tu konfemlah dingin sikit layanannya.
nurse lain, Alhamdulillah. semuanya baik. siap sambil check kita boleh share pengalaman mengandung dan bersalin diorang, cerita pasal baby dan anak diorang. baik-baik belaka... memang tak menyesal duk hospital kerajaan. cuma yang sorang tu je lah. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. nama dia pun dni boleh ingat sampai skang. sebab terlalu bengang dengan dia. haha... pengalaman ngeri dok spital la tu kena marah dengan nurse tu tiap kali dia datang. menangis beb. nak lawan, malas... padahal ikut hati nak je fire balik. kalo dni fire balik silap ribulan dia yang menangis nanti. wakakakaka....
bersambung...
Related Posts:
-