16 December 2011

Hantaran perkahwinan daripada dni untuk suami



semalam dni ada tulis mengenai Bahan-bahan yang dni gunakan untuk menggubah hantaran perkahwinan. kebetulan pula Cik Chinta ada minta dni tunjukkan semua hantaran dni untuk dia dapatkan idea nak bagi hantaran untuk perkahwinannya nanti ^___^ so, dni nak tunaikan permintaan beliau... semoga sedikit sebanyak entry ini dapat membantunya dalam memilih barangan hantaran untuk bakal suami...





komen cik chinta




dni sediakan 9 dulang hantaran untuk pihak suami dan berbalas 7 dulang daripada pihaknya. barangan hantaran dni macam biasa je... barang-barang yang macam orang lain buat hantaran juga. tak ada sebarang kelainan pun... hehehe....







1) cincin

cincin ni dni dan suami sama-sama pilih masa kami berdua keluar beli barangan hantaran hari tu... suami dni minat dengan cincin palladium. jadi, cincin palladium sajalah yang jadi sasaran suami dni pada hari tu. kebetulan dia pilih cincin berbatu permata warna biru, sesuai dengan tema majlis kawen kami ;)






2) kasut + stokin

stokin ni abah dni yang sponsor tau. hehe... tq abah!






3) kemeja, seluar, dan set tali leher + sapu tangan + cuff

haaa... set tali leher + sapu tangan + cuff tu pun abah dni yang sponsor untuk menantunya. dni hias sikit-sikit je kotak set barangan tu gunakan manik bentuk love warna turquoise dan juga riben.





4) set wallet + belt






5) set wangian

dni beli masa sale tengah tahun hari tu... best bau perfume ni, dni suka! tapi disebabkan dni tak reti nak pilih perfume ikut citarasa lelaki maka dni serahkan pada suami dni untuk memili sendiri bau yang macam mana jadi pilian hati dia... dan, akhirnya set wangian ni yang jadi pilihannya ;)






6) set penjagaan wajah + gel rambut

pada mulanya dni ingat nak letak set tali leher tu atas dulang ni pastu makcik dni cakap tak elok asingkan barangan pakaian tu. so, dni ambil inisiatif belikan set penjagaan wajah+gel rambut untuk cukupkan 9 dulang hantaran. masa tu dni main beli je... hehe... tak reti pencuci muka cemana yang suami dni suka. Alhamdulillah... rupanya dia memang suka pencuci muka loreal tu... lega hati dni tau...






7) red velvet cupcakes

comel tak? hehehe... cupcakes ni ex-classmate dni di UiTM Machang dulu yang buatkan. dni tempah dengan dia. sedap tau cupcakes yang dia buat. comel pulak tu... kalau korang berminat, boleh tempah dengan beliau tau di Zee Bakeaholic Series kat sekitar Kota Bharu.







8) coklat

ikutkan hati dni, nak je dni buat sendiri homemade chocolate tapi tak sempat :'( busy yang amat sangat... maka dni beli aje coklat-coklat ni...






9) buah-buahan

simple je dni gubah buah untuk hantaran. nak wat cemano, tak kreatif, miahahaha! dni guna epal hijau, epal merah, oren, strawberry, dan juga anggur hitam.





okay.. dah cukup 9 dulang kesemuanya... okay tak gubahan yang dni buat? ada sesiapa yang nak upah dni buat gubahan hantaran tak ;p






-

44 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhh...nk coklat tu!!


    tarikh majlis dini smae ngn tarikh majlis sepupu sy...
    sy pon ade tayang gak gambar brg hantaran..hehehee

    ReplyDelete
  2. coklat2 tu nampak sedap lah..hehe

    cantik2 hantaran dni ni..biru torkois ni mmg osem..

    ReplyDelete
  3. sweet jerk sumenyer ngan tema biru putih kan... suke...

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhhhhhh akak!! tahniahhh sangat sangat... semoga bahagia hingga akhir hayat akak! <3

    ReplyDelete
  5. memang seronok gubah sendiri. tp akak ni dok kejar masa dgn husben pulak jauh. beli brg sm2, gubah kotak je sbb brg husben nak bwk drpd Ganu kan jauh. tk payah la nak grand2 bagai.

    tp dni punya simple & nice je.

    ReplyDelete
  6. semua hantaran nampak kemas n menarik dni :)

    ReplyDelete
  7. Cantik padanan warna tu... biru dan putih..

    ReplyDelete
  8. wahhhhhhhhhh kreatipp la dni! nak tempah! hihih. eh AK ntah ble tahun nk kwen ni. hihih

    ReplyDelete
  9. dah boleh dah buat hantaran sendiri :) eliss dulu, yang hubby dan eliss, eliss buat sendiri tapi dibantu oleh kak long, kak ipar :)

    ReplyDelete
  10. wuwuuu..
    dni dah kawen pun.. tingin nak pegi..


    sobbs..3x.
    lama xsinggah belog ni

    ReplyDelete
  11. Menantu kesayangan abah nie.. haha.. Suka part buah2 tu.. Boleh makan terus.. haha..

    ReplyDelete
  12. wah. bagus2...semua cantik dan smart belaka. paling best Ferrero Rocher..hehe

    p/s: nak hantaran ipad dengan DSLR

    ReplyDelete
  13. ok..buat sndiri lg puas ati kn yunk ^__^

    ReplyDelete
  14. hai kak dini,first nak ucap tahniah atas perkahwinan kak dini sbb semuanya berjalan dgn lancar..ingat lagi saya,malam kak dini kahwin,ada orang tag gambar dalam profile fb kak dini..terus panggil pauline sama-sama tengok..kami 2 memang memuji tinggi kak dini..muka nampak bahagia & berseri..sempat juga kami 2 cakap,tak sangka ye dari start kak dini blogging kami kenal kak dini sampailah kak dini kahwin.. >.< anyway,ini first time saya tengok style gaun pengantin yang match dengan hitam putih..sebelum ini putih je.. >.< errr..boleh tak saya nak cakap gaun hitam putih kak dini kesukaan saya..hehehe..have a nice day.. ;)

    ReplyDelete
  15. hehehe..thanks ami sebab promote kek zee...

    ReplyDelete
  16. hah.. bertambahlah hensemlah deen lepas buka sekolah ni sebab ada orang yang uruskan. Coklat x jajdi buat yer?

    ReplyDelete
  17. thanks 4 sharing, teringat masa kahwin dulu2

    ReplyDelete
  18. wah..puas hati dpt buat sendiri hntaran ye..

    ReplyDelete
  19. Chocolate kegemaran saya jadi hantaran lah hihihi :)

    ReplyDelete
  20. thx dni. dapat dah gambaran2 nak bagi hantaran pada si dia. pening tau pkir2. sebab tinggal lagi bape minggu aje da kat smenanjung ni. nanti da balik sabah takot2 tak de masa nak kuar sorang. sebab takot mcm2 da jadi skg. aritu aje da xciden kete T_T fobia. nwy, thx again :)

    ReplyDelete
  21. wah cantik kak dni wat sendiri! biru lebih myerlah kan..hehe

    ReplyDelete
  22. Salam. Selamat pengantin baru Dini.. Maaf ye Kak Nur lambat wish. Cantik2 hantaran dari Dini untuk suami.

    ReplyDelete
  23. slalu follow blog dni since dari sblm kawen smpai skrg. skrg best tgk dni hapdate pasal hantaran n pasal kawen. bleh jadi rujukan ni..

    ReplyDelete
  24. bentuk2 love kaler biru tu sgt comel...dini beli kat mana? guna gam jenis apa yer

    ReplyDelete
  25. hiasan simple dan menarik!! pandai dni gubah....:)

    ReplyDelete
  26. rindunya nak baca post kak dini.. >.<

    ReplyDelete
  27. Ini lama cuti kahwin la ni. Tahniah Dni, semoga berbahagia hingga ke syurga. :)

    ReplyDelete
  28. jrg tgk red velvet topping kaler camtuh..tomey2

    ReplyDelete
  29. wahhh terbaik !!!
    siap ad sponsor lagi
    like !!!

    ReplyDelete
  30. ak nk upah ko pon cam jauh je dni..:-(

    ReplyDelete
  31. Simple dan cantik..

    Pandai gak Dni menggubah :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.