31 July 2012

Resipi Puding Custard

-



ada yang suka makan puding custard tak? meh dni share resipinya.. mudah je nak buat.. rajin ngan malas je nak jadi ke tak puding tu. hehe... ala-ala buat dadih cemtu... jom cekidaut!





Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung custard
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar margerin
  • gula dalam 7-9sudu besar
  • (pewarna dan perasa jika mahukan perisa)



Cara membuatnya:
  1. panaskan api, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati... pastikan api tak terlalu panas... nanti kang hangus, hehe...
  2. bila dah agak nampak kesebatiannya, tuang adunan tu dalam bekas yang sesuai. atau kalau nak ada bentuk, betuk, masukkan dalam mould.
  3. boleh juga dimasukkan pewarna.. nak titik-titikkan ke... nak corakkan guna lidi ke... atau nak puding tu berperisa, boleh buat corak guna perisa tu atau juga masukkan terus dalam adunan ^__^


selamat mencuba!


-



11 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.