03 August 2012

Resipi Biskut Raya Cornflakes Madu

-


antara biskut raya peberet dni adalah biskut cornflakes madu... very simple je resipinya... raya kali ni kalau tak sempat buat biskut lain, at least cornflakes madu pun jadi la dni buat sendiri. al-maklumlah... dah sarat mengandung. tak tahulah ado kudrat tak nak buat biskut banyak jenis. lagipun, entah ada ke tak ada orang nak datang beraya kat rumah dni. hehehe... kena inform awal-awal kat jiranlah kalau nak wat open house. Maklumlah beraya di perantauan. 



masalahnya dni bukan taknak buat open house. tapi sebab dah sarat mengandung, kalau buat open house, ya Rabbi, banyak nye kerja kena buat, kan? kang tak larat pulak mak buyung ni wat koje, huhu... jom hendap resipi paling simple nih... asal ada conrflakes je confirm menjadi ^__^




gambar: sumber google.. dah lupa cilok kat mana gambo ni huhu




BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 kotak cornflakes 500gm
  • 1 cawan madu
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan butter @ 125g butter 
  • papercup
  • hiasan (ceri/sprinkles/mutiara/choc chips/kismis/badam/)


CARA MEMBUATNYA :

  • panaskan butter + madu + gula merah di dalam kuali sampai butter cair
  • gaulkan dengan cornflakes hingga sebati bersama esen vanilla
  • masukkan ke dalam papercup. kalau korang rasa macam tak suka tengok cornflakes tu besar sangat, boleh ramas2 sikit biar sedikit hancur... jangan kasi hancur lebur lak.. kang tinggal debu je la cornflake tu.. hehe
  • kalau korang suka letakkan hiasan, boleh letak terus hiasan sebelum bakar. biasanya ramai yang buat hiasan menggunakan ceri dan kismis. naik seri sikit kan...
  • pastu dah boleh bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 170c selama 3-10minit. ekceli biasanya dalam 3-5minit tu dah masak... so, hendap2 la biskut tu sekerap mungkin. kalau dah nampak melekat tu dah sah boleh keluarkan daripada oven. kalau bakar lama-lama, nanti pahit pulak rasa biskut tu... hehe


selamat mencuba!
^__^



-

24 comments:

  1. suka jugak biskut ni.senang nak buat dan sedap.tahun lepas..5 6 kali buat jugak sebelum raya.sebab adik2 dah makan lepas berbuka puasa. duk layan tv sambil makan-makan,tuptup dah habis sebalang..hihi;)

    ReplyDelete
  2. yui just buh butter, cornflk n madu aje..hihi..

    ReplyDelete
  3. akak...thanks bagi resepi ni..memang niat nak buat kuih ni tahun ni..:)

    ReplyDelete
  4. aduhhhhhhhhhhhhh..nk sekut niiiiiiiiii

    ReplyDelete
  5. shedap shedap..tgk resepi pun simple je...tp tu la umi tak pernah lg wat sendiri hehehehe

    ReplyDelete
  6. mama eca dah pesan awal2x,'thun ne kuih raya tempah dari orang,tpi cornflakes,kita buat sendiri..adik ko suka"...

    so,ini je la juga kuihnya yg btl2 dri ruma eca...hahaha..btw,kuih tunjuk byk kak.hehehe

    ReplyDelete
  7. akk pon nk wat jugak cornflakes ni, anak buah ske makan :)

    ReplyDelete
  8. Assalam, mak pernah buat kuih nie .. Memang sedap jugalah rasanya...

    ReplyDelete
  9. sedapnye..... erm kalu x bakar boleh x? kat umah xder oven... huhu ape rasa yerk?

    ReplyDelete
  10. kalau ada oven nak juga buat ni.. oven yg ada pon pakai api.. malas..huhu

    sedapnya biskut conflake madu ni..faveret time raya!

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ardini....wah sedapnya kuih tu...:)

    ReplyDelete
  12. saya pun suke buat kuih ni .. ni jer yg adik2 suke dan senang hihihihi...

    ReplyDelete
  13. paling simple dan paling sng nk buat..

    ReplyDelete
  14. Dah lama x buat..thn ni kalau rajin leh wat :)

    ReplyDelete
  15. dulu masa bujang selalu jugak buat. sekarang ni tak lagi sebab tukang bantunya ramai sangat. hehehe...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.