01 August 2012

Resipi Bubur Kacang Hijau

-



kecewaaa!!! dni terlupa nak snap dulu gambar bubur kacang hijau yang dni buat... lepas packing untuk diberikan kepada jiran-jiran, dni makan untuk dni... pastu dah tinggal sikit dalam periuk. cecukup untuk santapan hubby... sobsss terus tak de mood nak ambik gambar bubur kacang hijau posing cun sket... yang ada cuma yang dah siap packing untuk jiran-jiran. dalam plastik pun dalam plastiklah janji ado! haha ;p




bubur kacang hijau


da beberapa hari dni teringin nak masak sendiri bubur kacang hijau, tapi kemalasan melanda. walhal resipinya cukup mudah. lanting2 tinggal je tunggu empuk dan masak... tu lah kan orang kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... kena kat batang hidung sendiri.. wakakaka! ekceli dni tak tahu nak bagi resipi cmana... dni main tibai lanting je malam tadi... lebih kurang cemni lah:



BAHAN-BAHANNYA:
  • 200g kacang hijau
  • 4ketul gula melaka saiz kecil (sebab dni guna yang kecik tadi)
  • 3 sudu gula
  • dua kotak kecil santan
  • 4-5helai daun pandan diikat
  • sedikit garam
  • air secukupnya


CARA MEMBUATNYA:

  1. bilaskan kacang hijau dengan air pastu masukkan ke dalam periuk saiz sederhana besar hingga separuh periuk...
  2. rebus sampai empuk, pastu boleh masukkan gula melaka dengan santan dan juga daun pandan.
  3. masukkan lagi air separuh periuk, sebab air didihan tu akan kering diserap oleh kacang hijau.
  4. masukkan gula dan garam... garam dni letak sikiiit je... kasi rasa sikit-sikit je... gula pun cuma touch up rasa gula melaka yang tak berapa nak manis. kalau gula melaka korang dah sedia manis, tak perlu letak gula dah tau.
  5. atau, boleh masukkan susu pekat manis kalau nak rasa berlemak sikit.



***tips! ada setengah orang goreng tanpa minyak dulu kacang hijau then baru dibilas dandirebus... dni malas... humban terus didihkan dalam air. heheheh! ;p




selamat mencuba!




-

13 comments:

  1. sama la kita masak, main rebus je. bubur nih best cicah dengan roti

    ReplyDelete
  2. akhirnya berbaloi juga akak masak kan..kan senang..siap bagi jiran2 gitu..amalan mulia...

    ReplyDelete
  3. huwaaaa.... nangis kak izan tgk bubur kacang hijau dni ni. dari hari tu rasa nak makan. tp sampai arini malasnya nak buat...

    ReplyDelete
  4. ohh bubur kacang hijau.. fyqa lebi ske bubur durian.. ehee~

    ReplyDelete
  5. haaa..kan dh ckp aritu, x rugi klau buat sendiri. lg puas ati kan. hehehe..saya pulak lg suka guna santan dari kelapa segar. pastu letak sagu mata ikan ngan halia skit. next time bole try. pastu terangkat! :D

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ardini...best ni buat berbuka nanti...:)

    ReplyDelete
  7. akak tak penah buat lagi, sbb hubby x mkn..

    rajin dni siap bagi jiran.. sedekah di bulan ramadhankan..

    ReplyDelete
  8. sedap ni kalu mkn time sejuk2 or cicah dgn roti.. buat ais krim pun sedap :-)

    ReplyDelete
  9. biasa pun tak goreng. org kata goreng dulu lagi sedap hasilnya nnt. tak pernah cuba pulak.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.