08 February 2013

Kisah Bersalin Part 2: Dalam Wad Bersalin

okay kita sambung cerita daripada yang PART 1 punya story. nak karang panjang-panjang nanti juling lak mata u olsss nak baca. tetambah lak takut si kecil bangun lalu dni putuskan story malam tadi disambung ke pagi ni. sekarang ni dia masih tidur nyenyak dibuai mimpi indah. pasni bangun nak nenen tak dapatla mama nak blogging. hehe...



lepas je asben balik, kerja dni menanges je lah kat dalam wad.  dok BBM dia tak berhenti-henti sampai bateri henpon habis. charger pula tak bawa sebab nak bagi can asben guna di rumah. charger dia punya jiran yang pinjam. sebelum bateri henpon habis dni sempat pesan ke asben bawak henpon yang dni guna untuk berbisnes. kut-kut ada yang nak order barang, boleh dni handle kat situ walaupun tak dapat online...



dalam jam 6 macam tu asben datang dengan bawak mi goreng mamak untuk dni makan. nurse cakap kena beli makanan sendiri sebab masa tu tak disediakan lagi makanan untuk dni. mujur juga dah beli roti dan biskut. tapi dni tak kisah pun sebab pada masa tu kan bulan puasa. dah 21 hari dni berpuasa jadi dni tak ada rasa macam nak makan sangat. mood puasa is on walaupun dah berbuka awal pada hari tu. dni tengok asben yang duduk kat tepi katil. rasa sayuuu je. rasa nak makan pun tak selera. malam tu dia akan mula tidur sorang diri di rumah sewa kami. 1st time! oh tak tahulah macam mana keadaan dia. siapa yang nak masakkan juadah berbuka/sahur untuk dia. siapa yang nak kejutkan dia bangun sahur. siapa yang nak temankan dia berbuka dan bersahur. siapa yang nak sidaikan baju, kemas rumah dan semuanyalah! ohhh sungguh sayuuu :'( berdrama air mata lagi. asben cekal je tengok bini dia nanges. biasalah lelaki... takkan tumpah air mata dia macam puan bini walaupun dalam hati dia hanya Tuhan je yang tahu.



dekat waktu berbuka, asben balik rumah untuk berbuka puasa. mencurah air mata lagi... tengok dia melangkah kaki keluar wad. untuk berbuka puasa seorang diri di rumah! xtahu macam mana perasaan dia kan? bini dalam wad, berbuka sorang diri. isk3 syahdunya... waahhhh sambil taip entry ni bergenang air mata lah pulak. hohooo penangan memori hari tu. tskkkk kalau Darwish nampak ni buat malu je ;p



sepanjang hari pertama dni masuk wad, dni tak call pun family dni. nak call macam mana. asik nak nanges. karang kau bercakap teresak-esak macam budak kecik dalam wad tak ke haru! malu kat bakal ibu lain. hahah! masa tu dni duk dalam wad kelas 3 sebab wad kelas 1&2 dan full. memang full sakan lah wad bersalin seminggu b4 raya. sampai ada yang kena duduk kat koridor. bersyukurlah dni sempat dapat katil. asben lah yang maklumkan keadaan dni pada keluarga kami di kelantan dan terengganu. 





lepas asben balik, terus dok sms dia... kekonon macam temankan dia berbuka puasalah.  nak BBM dah tak boleh sebab dni suruh asben bawa balik blackberry dni. pastu nurse datang check... dok check degupan jantung baby, tanya apa yang patut lepas tu dia pesan malam nanti dni kena buat CTG dan akan ada 2nd injection untuk kuatkan paru-paru baby. pagi tu dah kena sekali. sangat sakit okay! kat bontot lak tu. huihhh... ni nak kena sekali lagi. sabor je lah.. untuk kesihatan baby, ku rela di-inject.




okeh... baby macam nak bangun tu... kena sambung cerita lagi later... 
peace!


Kisah Bersalin:
PART1
PART 3



15 comments:

  1. skrg tak payah nangis dah, kena happy ;)

    ReplyDelete
  2. terpaksa jugak berpisah dgn hubby buat sementara waktu kan wpun tak terdaya rasanya. akak pun pernah berbuka puasa sorg2 kt rumah sbb hubby akak ade show sepanjang bln puasa. huhuhu

    klau dok hosp swasta, husb nak teman tido sekali pun bole kan(kalau 1st class ward). tapi nak buat mcmane kan, sabar je la. inilah yg dikatakan tempat isteri di sisi suami dan tempat suami di sisi isteri :)

    ReplyDelete
  3. ala dni..tengah excited baca tergantung la...

    ReplyDelete
  4. memang sensitip betul orang nak bersalin ni ye..hehe

    saya dah tukar blog link..jemputlah singgah

    http://ilham5793.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. pengalaman yang berbeza kan?
    semoga dini dan baby sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  6. @Sue-Rya Qistina


    ♥ tu la kan.. bestnye kalau hubby dapat temankan.. huhu

    ReplyDelete
  7. @mrs kayrul


    ♥ terpaksa... sebab panjang sangat storynya.. tambahan pula baby merengek nak susu hehehe kena sambung later ;)

    ReplyDelete
  8. @yang baik Ishak


    ♥ amin...
    a ah semua orang tak sama pengalamannya ^__^

    ReplyDelete
  9. bila berjauhan dgn keluarga n hubby mmg jiwa jadi sensitip kan kak..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Mieza yang baca entri ni pun rasa sayu jugak.. Terfikir cemanalah gamak gayanya if satu hari nanti Mieza pulak yang harungi semua ni.. Belum pape dah rasa sebak sayu ni.. Camno tu ?

    ReplyDelete
  11. Kena cocok kat buntut ke? Huhu.. Takutnya.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.