08 February 2013

Kisah Bersalin Part 3: CTG (Cardiotocography) punya story

sambungan daripada kisah PART 2:




malam tu dni kena panggil dengan nurse untuk buat CTG (Cardiotocography). kena baring terlentang, lepas tu nurse sapukan gel pada dan lekatkan wayar-wayar pada perut. dengan perut yang membesar tu, memang rasa lemaslah berbaring terlentang. pastu rasa lenguh badan kalau terlentang lama-lama. nak bangun pun susah -__-" dni pernah tengok kat tempat swasta, momma akan duduk atas kerusi yang selesa untuk buat CTG jadi tak adalah rasa lenguh sangat. CTG tu macam ni:







masa tengah buat CTG tu, nurse akan monitor dengan kerap untuk memastikan degupan jantung baby dan kontraksi yang berlaku tu ok. kalau ada yang tak kena memang dia akan buat emergency czer lah katanya. Alhamdulillah CTG kali pertama tu okay... cuma, sebab nurse tak puas hati dengan graf yang keluar tu jadi dni kena baring sampai dapat graf yang ok. sebab kejap2 baby menendang... kerap sangat dia mengeras dan menendang masa buat CTG. sejam lebih dni kena CTG masa tu. lenguhnya Ya Rabbi... Allah je yang tahu. sampai kaki rasa nak krem sebab kena baring tak boleh gerak banyak sangat huhuuu...



lepas siap je CTG jam 3.00 pagi, dni baring-baring kejap... tak rasa mengantuk sebab dok ralit perhatikan bakal-bakal ibu dalam wad tu. macam-macam kisah. kalau distory kat sini makin panjang pula kisah dni nih. haha! jenuh nak habiskan. maklumlah 10hari warded kan...



jam 4.00pagi nurse datang lagi nak bagi 2nd injection untuk kuatkan paru-paru baby. sakitnya kena inject tu Allah je yang tahu. rasa nak menggelupur pun ada. naseb baik bakal ibu lain suda nyenyak dibuat mimpi. kalau tak, diorang konfem tengok daku dok menahan kesakitan macam sakit orang nak bersalin. hehehe... sakit tau kesan injection tu... berdenyut sakan bahagian pinggul dibuatnya...



sekejap pastu nurse datang lagi. kali ni dengan ubat-ubatan segala. telankan ajelah sebab semua tu untuk kebaikan baby kat dalam perut. kata doktor, ubat-ubat tu kena makan sebab risau nanti baby ada jangkitan coz air ketuban dah nak kering. banyak kemungkinan yang bakal berlaku. so scarry tau dengan kenyataan doktor. risau tahap maksima... sepanjang duk dalam wad tu hanya mampu berdoa, berzikir dan baca Quran je. tak dapat nak bayangkan perasaan masa tu. ye lah, anak yang kita kandungkan dah berbulan-bulan, kita tentu nak dia selamat dilahirkan... nak jumpa dengan dia, nak lihat dia membesar, nak cium peluk dia... tawakkal dan berserah sahajalah pada Allah.



sepanjang dni dalam wad, rasanya 2-3x sehari dni kena buat CTG. memang penat sangat bila masa kena buat CTG tu tiba. dah la selalu kena CTG antara jam 1-5pagi. siang hari pun kena CTG. masa tidur 100% terganggu ketika duduk dalam wad. kalau siang hari, time melawat bising dengan pelawat. time melawat habis, nurse dan doktor pula datang, pastu kena makan... kalau ada orang nak bersalin, riuh juga... kita pun teruja nak tengok. pendek kata, tak lena sangat duk dalam wad.  memang non-stop punya rutin. hati pun resah fikirkan baby dan suami...



bersambung lagi! hehehe peace!




Kisah Bersalin:
PART 1
PART 2



-

5 comments:

  1. apapun alhamdulillah...baby darwisy da selamat dilahirkan:) semoga membesar menjadi anak yang bijak dan sihat...amin...

    ReplyDelete
  2. kecut perut klu bab2 bersalin ni...

    ps:-mama darwish sibuk iyeee...alahai...

    ReplyDelete
  3. CTG nak tengok perkembangan jantung baby dalam perot..bagus tu kak..kat situ leh tahu baby ok atau tak..

    ReplyDelete
  4. Seronok pulak baca pengalaman Dni ni.. Sekurang2nya dapatlah ilmu sikit2.. Maklumla, belum pernah berpengalaman.. Waiting for next entry.. =)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.