16 November 2019

PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Assalamualaikum buat pembaca Ilham Dini dot com


Sebagaimana yag kita tahu, ZAKAT merupakan sebahagian daripada Rukun Islam. Terbaru -Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan satu kempen bagi seluruh warga Selangor iaitu Perlaksanaan Kempen Zakat@Family. Jom Dini kongsikan serba sedikit mengenainya.





Pengenalan Zakat@Family

Zakat@Family adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri-ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.  Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.







Kaedah Dan Tanggungjawab


Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk:  
  1. Diri Sendiri 
  2. Pasangan 
  3. Tanggungan 
  4. Individu di bawah jagaan 
  • Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”. 
  • Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.  
  • Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :




Jenis Zakat dan Kategori Harta




Semoga dengan perlaksanaan kempen dan promosi Zakat@Family oleh LZS ini dapat memberikan kefahaman serta kemudahan kepada masyarakat khususnya di Selangor untuk menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. Insya-Allah.


Untuk rujukan dan kupasan yang lebih mendalam berkaitan dengan Zakat@Family bolehlah menonton Video INI atau ke laman Facebook rasmi ZAKAT SELANGOR serta portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my  Kongsikan info ini untuk hebahan kepada umum berkenaan dengan ZAkat@Family.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.