12 August 2021

Cermin Mata Anti Bluelight Kanak-kanak Dari OPTOM Eyecare

 Assalamualaikum, hai korang!


Musim PDPR sekarang sukar betul untuk kita had kan masa anak-anak daripada penggunaan gajet. Takkanlah lepas selesai belajar secara online, kita tak nak beri mereka menonton tv tau tak bagi main game langsung pula kan? Sedangkan mereka terkurung di dalam rumah. 





Bosanlah mereka nanti kalau kita tak bagi mereka hiburan. Nak keluar rumah tak dapat. Nak ikut mak ayah jenjalan pun tak dapat. Zaman sekarang ni, gajetlah yang anak-anak paling suka. 


Kalau kata mak ayah kena main peranan buat aktiviti dengan anak untuk mengehadkan masa dengan gajet, tak berapa praktikal. Sebab mak ayah pun kena bekerja dari rumah. Tak dapat nak beri tumpuan macam hari minggu. Nak tak nak, pada hari sekolah mereka banyak menghabiskan masa bersama gajet.




Bahagia face lepas dapat spek mata baru dari OPTOM



SOLUSI

Salah satu langkah yang Dini ambil adalah dengan cara melindungi mata Darwish dengan cermin mata anti bluelight daripada OPTOM semasa penggunaan gajet. Perkara ini tak susah. Sebab kanak-kanak biasanya teringin nak pakai cermin mata. Seriuslah! Dini kecik-kecik dulu pun teringin juga nak pakai cermin mata. Hahahaha! Jadi, mudah sangat nak suruh anak pakai cermin mata anti bluelight ni. Rekaan yang menarik, warna pun comel-comel. Silap haribulan, anak minta dua tiga cermin mata lagi. Garu kepalalah makpak dia. 







Apa itu cermin mata anti bluelight?


Cermin mata anti bluelight merupakan kaca mata yang mempunyai penghalang UV dan coating untuk bluelight. Sebab itu namanya anti bluelight. 



Sinar biru ni merbahaya kepada mata tidak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak sebab ia mampu menyebabkan kekeringan dan ketegangan mata serta menyebabkan mata jadi sensitif terhadap cahaya. Silau gitu orang kata. 





Malah, cahaya sinar biru tu mampu menembusi kornea hingga ke retina mata. Maka mudahlah terkena serangan macam migrain, silau, dan rabun. Dengan penggunaan cermin mata anti bluelight sebegini dapat mencegah mata anak kita terdedah secara terus terhadap sinar biru. 

 

 










Kelebihan Cermin Mata Anti Bluelight dari OPTOM Eyecare

 

Baru-baru ini rakan-rakan Dini ramai yang berkongsi mengenai kebaikan cermin mata kanak-kanak daripada OPTOM Eyecare. Kebetulan pula Darwish ada cakap dia rasa macam nak cermin mata yang baru. Sebab dia ada tengok iklan cermin mata anti bluelight sekarang  banyak design yang lebih menarik. 



Teringin lah pula dia... Hmmm...



Fikir punya fikir, elok jugalah Dini belikan sebuah lagi. Satu buat guna masa di tingkat atas satu guna masa duduk di tingkat bawah. Senang tak perlu angkut cermin mata tu ke mana-mana. Sebab dah ramai kawan Dini syorkan, jadi Dini pilih cermin mata anti bluelight kids dari OPTOM kerana:




Rekaan yang menarik: pelbagai pilihan warna yang menarik untuk kanak-kanak. Warna pilihan untuk boys dan girl pun ada. Reka bentuk pun banyak pilihan juga.

Jenama yang dipercayai: OPTOM Eyecare merupakan pusat pemeriksaan mata yang mempunyai pakar mata bertauliah. Sekiranya anak kita perlu memakain cermin mata yang ada power, boleh buat pemeriksaan terlebih dahulu dan buat cermin mata anti bluelight yang ada power.

Bingkai yang fleksibel: ringan, mudah lentur, kalau terpijak atau terjatuh cermin mata ni tak mudah patah. Tahan lasak. 

Fitting Frame Face : cermin mata tak mudah tertanggal walaupun ketika anak-anak beraktiviti lasak. Terletak elok je.

Selamat untuk kanak-kanak: sebab cermin mata ni jenis tak ada power, jadi ia selamat untuk dipakai oleh kanak-kanak. Nak buat bergaya pun tak de hal. 





Jadi korang bolehlah dapatkan cermin mata anti bluelight untuk kegunaan anak-anak khas  ketika penggunaan gajet. Sebagai ibubapa yang prihatin kita tentu mahukan yang terbaik untuk mereka. 




Bila mata anak jadi sensitif terhadap cahaya, bahaya bila mereka besar nanti nak driving pun susah. Cegahlah sebelum parah. Kita tak nak anak-anak kita jadi mudah sensitif terhadap cahaya atau cepat rabun. Lagi satu, terdedah dengan sinar biru ni juga boleh menyebabkan masalah tidur kanak-kanak. Jom kita sediakan cermin mata anti bluelight untuk kegunaan anak kita demi kebaikan mereka



Untuk lebih lanjut mengenai OPTOM, sila layari:


Instagram:

www.instagram.com/optombangi 

Facebook:

https://www.facebook.com/optombangi/

website:
http://optom.com.my






No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.