Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

16 June 2014

Resepi apam nasi




Assalamualaikum

ada yang masih belum tidur ke? dni belum lagi. melayan anakanda bangun 'breakfast' dekat jam 1am tadi.biasalah, anakanda dni sekarang terer guna jam united kingdom. haha! saborrr ajelah mamanya. siap amik unpaid leave lagi u olsss. besok ni tatau la cemano buleh pegi kerja ke idok tatau lah. kalau tak dapat pergi terpaksalah suruh kawan take over kelas dni. apapun, resepi tetap nak apdet sementara tunggu anakanda layan upin ipin kat laptop sebelah.





resepi ni dni ambil dari group resepi ringkas. sama je kalau google pun resepi ni juga yang akan digunakan.




Resepi Apam Nasi:
2 cawan nasi *
1 cawan gula *
2 cawan setengah air *

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu setengah yis

___________________


cara membuatnya:

blend semua bahan bertanda *
gaulkan bahan yang dikisar dengan semua bahan lain dalam satu bekas
perap sehingga 3jam
bahagikan beberapa bekas dan gaulkan dengan pewarna
tuang  dalam bekas adunan
kukus sehingga 15-20minit






adunan ni, dni terperap dia sampai 6jam. gara-gara tertidur punya hal. hehehe... sampai melimpah ruah ke atas meja adunannya. kan adunan ber-yis akan mengembang naik. tak pe kalau korang terperap adunan tu lama sikit tak de masalah. cuma kena standby guna bekas tinggi lah. karang, melimpah atas meja satu hal lak nak kena bersihkan. jenuh tau...






hasil dia, Alhamdulillah. sedap... darwish pun suka. selamat mencuba!





16 November 2011

Apam Polkadot!

-
-
-
-
Alhamdulillah syukur nikmat... dapat juga dni merasa kelazatan apam polkadot yang dimasak oleh Yong. lama dah mengidam + teringin nak tempah... pucuk dicita, ulam mendatang... sediakan semangkuk budu lalu cicah dan dimakan.... ??? memandai pulak dni sambungkan ayat. miahahaha!





apam polkadot


hari tu kemain dni cakap nak tempah apam polkadot yang comey ni dengan Yong. tetiba Yong cakap, takpelah dulu.. dia nak bagi dni rasa... Alhamdulillah apam tu sampai dengan selamat ke tangan dni dari Kedah ke Kelantan ni... jauh apam polkadot mengembara nak kena ngap dengan dni :p







sesampainye apam polkadot tu... dni apo lagi.. ngappp!!! tak menyempat dah nak pegi cari kamera... snap je pakai henpon... xdan-dan nak try... lawa ooo apam polkadot ni. rasa macam nak jadikan sebagai hantaran la pulak. takyah letak sebakul buah.. letak je sebakul apam pokadot. aci tak? ^__^ lawa bangat pasalnye... nyummehhh pulak tu...







kalau korang berminat untuk menempah apam polkadot bolehlah ke Alinac Kitchen sekarang juga. RM30 sahaja untuk 100 biji! ^___^ berpatutan harganya, kan? jom serbu ramai-ramai tempah apam polkadot dengan Yong. dni pon nak tempah jugak ni... lalalala...