Showing posts with label cincin. Show all posts
Showing posts with label cincin. Show all posts

26 June 2012

Dah tercabut permata cincin pertunangan daku...

-


sedihnyaaa... permata pada cincin pertunangan dni dah hilang! tak tahulah bila tercabut permata tu. sedar-sedar dah tak ada. nak cari kat mana pun dni tak tahu. dah bagitahu kat hubby.. naseb baik tak kena bebel. hehe... risau gak sebab careless. tapi dah dia nak tercabut nak wat cemano, kan... bukan dni sengajakan ;p







rupa asal cincin tu adalah kat dalam gambar bawah ni... cincin yang atas tu... cincin yang kat bawah tu cincin yang hubby kasi masa lamar dni. awwww ^__^





dah 4-5buah kedai emas kat miri nih dni tanyakan nak pasang diamond baru pada cincin tu tapi semuanya suruh tinggalkan kat kedai pastu cakap siap dalam 2-3hari. sies dni paling tak suka tinggal-tinggal barang gitu... so dni decide nak pasang nati balik Kelantanlah... senang. p je kedai yang dni beli cincin tu. tapi lambat lagi lah gamaknye. huhu... togel la dia beberapa bulan ni...


-

10 December 2010

Palladium | Cincin Pilihan Jejaka Masa Kini

-
-
-

^___^ semalam dni selesaikan satu tugas penting. ya... perkara yang terpenting untuk majlispertunangan iaitu beli cincin. fuh, mau berjam-jam berkedai-kedai dni hendap cincin. bukan senang nak buat pilihan. tambah-tambah lagi nak cari cincin palladium. susah betul nak jumpa yang berkenan di hati Deen. dia nak yang permata putih/berlian dengan design yang paling simple. bukan masalah tak jumpa yang simple. tapi yang simple kebanyakannya jenis perak dan suasa kuning. isk!







pada mulanya dni berminat yang macam ni. tapi serius terlalu simple. Deen pun rasa yang cemni simple sangat. kang tak nampa pula berlian tu. kecik sangat. hehe... kalau kasi kat dni pun okay juga design dni kan? tapi alahai.. korang tak tahu lagi kisah cincin dni. susah nak cari... nantilah dni cerita lain. ni nak cerita mengenai cincin lelaki dulu... ;p






akhirnya dah 3-4jam pilih cincin, Deen berkenan yang macam ni. nak kata sebijik macam ni, boleh tahan juga. bezanya cuma cincin Deen tak ada jalur kat bahagian tengah tu. kat tengah tu kosong dan bahagian tepinya ada corak melintang sikit pastu ada berlian kecil di sudut kanan dan kiri bahagian tepi. cantik juga ^__^ harga? eh.. rahsia.. hehe...



balik je rumah, tunjuk kat abah cincin Deen tu.. sekali, abah pun berminat dengan cincin palledium. katanya nak beli juga jenis ni. ha... adik dni tengok pun, beliau turut berkenan. masa dni cari cincin tu semalam pun kata staf kedai tu ramai orang pakai cincin palladium sekarang ni. dah kurang permintaan cincin perak dan suasa.


jadi, bolehlah beli cincin palladium untuk hantaran pihak lelaki sama ada untuk pertunangan atau perkahwinan. lawa jugatau. cuma pesanan dni, jangan tertipu dengan kedai yang kata cincin perak tu cincin palladium. memang ada yang ambil kesempatan. kena perhatikan betul-betul. macam nak sama.. tapi tak serupa...








p/s:
Alhamdulillah, syukur dah selesai beli segala keperluan...