Showing posts with label khasiat green tea. Show all posts
Showing posts with label khasiat green tea. Show all posts

15 October 2010

Kebaikan Teh Hijau | Menyihatkan, Melansing, dan Awet Muda




dni gemar minum teh terutamanya teh kurang gula. tidak kiralah teh berperisa atau tidak. yang penting, ianya adalah teh kerana aromanya mampu memikat selera dni. ^___^ sedap sangat rasa air teh ni kan? setakat ini, dah banyak jenis perisa teh yang dni cuba. perisa stawberry, lemon, vanilla, anggur, dan juga hazelnut. tapi kali ini dni nak ceritakan mengenai teh hijau yang banyak khasiatnya. rasanya ala-ala teh herba tapi kalau kita fikirkan khasiatnya, tentu kita tak rasa berat hati nak minum air teh hijau...








dni dah cuba dua jenis teh hijau iaitu teh hijau lipton dan juga teh hijau jasmine boh. setakat ini dni lebih suka yang lipton punya sebab rasa dia tak pekat sangat. sebenarnya teh hijau berasal daripada benua asia dan cara pemprosesannya juga unik, tidak sama dengan teh biasa yang kita minum tu sebab enzim bagi proses pengoksidaan dimusnahkan. sebab itulah warnanya tidak bertukar menjadi kemerahan... antara kebaikan teh hijau adalah:



  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok




di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga. khabarnya, teh terbaik adalah teh putih. tapi tak ada pula dni jumpa. teringin benar dni nak mencubanya. kalau kalian ada terjumpa teh putih, bolehlah inform dni ya ;)





p/s:
selamat mencuba!