Showing posts with label rentas negeri. Show all posts
Showing posts with label rentas negeri. Show all posts

29 April 2021

7 SEBAB KENAPA PERLU STAYCATION RAYA 2021

Ekoran sekatan rentas negeri dikuatkuasakan, ini merupakan tahun ke-2 kita akan menyambut perayaan Aidilfitri di perantauan disebabkan peningkatan kes covid-19 yang kian meruncing. Sesi persekolahan juga hanya berbaki satu minggu sahaja kemudian Pdpr akan dilaksanakan semula bagi membendung penularan virus di sekolah-sekolah. 





Benar. Sayu sekali kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta. Tetapi kita harus ambil kira rasionalnya, sekatan rentas negeri yang dilaksanakan adalah keputusan yang terbaik demi mengelakkan kes daripada terus tersebar tanpa batasan. Andai sebaliknya, tentu banyak kluster baru yang akan timbul. Fikirkanlah pengorbanan para frontliners terhadap kita semua. Mereka juga tak dapat pulang beraya, bahkan perlu bekerja untuk kita semua pada hari raya. 





Uiii bestnya kalau dapat ke Lexis Hibiscus Port Dickson



Usahlah berduka. Tak dapat pulang beraya tidaklah seteruk mana. Dini dah berpengalaman beraya dengan tak balik kampung, bukan sekali. Banyak tahun. Walau apa pun, yang paling penting sekarang kita nak bantu negara supaya kes penularan covid-19 dapat dikurangkan. InsyaaAllah lepas raya nanti kita dapat pulang ke rumah orang tua.. pakai baju raya dan bergambar dengan mereka walaupun bukan di bulan Syawal. Untuk Syawal ini, apa kata kita isi masa cuti raya dengan aktiviti yang best. 









Jom kita cipta pengalaman baru dengan beraya di mana-mana tempat penginapan menarik dalam negeri masing-masing. Paling beruntung adalah bagi mereka yang berada di sekitar kawasan tempat peranginan. Dekat je nak sampai ke sana. Tak perlu travel jauh-jauh.  Biar suasana raya kali ini lebih meriah walaupun tidak dapat beraya bersama orang tua. Kita tetap boleh buat video call dengan mereka, kan? Mereka pun tak mahu tengok kita semua bersedih. 






Dini nak kongsikan dengan korang kenapa korang perlu cuba beraya di hotel atau resort sempena Aidilfitri 2021. 


  1. Boleh bahagiakan diri sendiri/ suami isteri/ anak-anak yang dapat beraya di luar dari rumah. Bukan tak boleh beraya di rumah. Cuma ini merupakan salah satu cara untuk mengubati hati yang tak dapat pulang ke kampung. Anak-anak pun mesti bersemangat nak ke sana. Berpakat dengan jiran tetangga atau rakan sekerja ke sana pun macam idea yang bagus juga.


  1. Di hotel/ resort pasti akan berkumandang lagu-lagu dan dihiasi dekorasi raya. Suasana Syawal korang bakal jadi lebih meriah. 



  1. Bawa koleksi baju raya. Shoot di mana-mana tempat menarik sekitar hotel/ resort/ homestay yang korang menginap. Wow, tentu cun cun gambar raya korang nanti.


  1. Antara part yang paling best, tak perlu masak juadah raya dah. Di sana nanti pasti tersedia  hidangan tradisional seperti ketupat, satay, lemang, rendang, biskut-biskut dan kueh raya serta banyak lagi. Makan je.


  1. Boleh lihat kemeriahan keluarga lain beraya juga. Tentu ada yang check in beraya di sana juga nanti. Tak adalah rasa kesunyian walau tak dapat berziarah. Bertegur sapa mengikut SOP. Tak jadi masalah. 









  1. Kolam renang kita yang punya. Ah gitchewwww! Sebabnya musim perayaan dah tentu yang menginap tak seramai waktu cuti biasa. Yang menginap selalunya orang yang jauh dari kampung halaman. Ramai je yang kerja satu negeri dengan rumah ibubapa kan? Apa kata pilih hotel, resort dan homestay yang ada private pool seperti Lexis Hibiscus Port Dickson. Kolam khas untuk keluarga kita aje. Beruntung yang tinggal berdekatan dengan hotel tu kan? 





  1. Harga, jangan risau. Boleh survey harga menarik hotel dan resort di Traveloka. Semestinya akan ada banyak tawaran menarik sempena musim perayaan. Pasti berbaloi-baloi 👍🏻





Pengalaman percutian singkat sebeginilah yang dinamakan staycation. Disamping dapat beraya di luar dari rumah sendiri, kita dapat merehatkan diri dan menenangkan fikiran. Keluar sebentar daripada rutin harian. Sekejap pun jadilah. Pulang ke rumah nanti ceria gembira dengan mood baru. 



Lepas pulang dari staycation  sambunglah beraya di rumah pula. Dini sendiri pernah staycation sewaktu hari raya tau. Maklumlah, sebelum ini kami merantau di Sarawak. Nak pulang beraya kena fikir bajet tiket penerbangan dan juga masa yang ada untuk bahagi hari di kampung. Perjalanan pergi dan balik dah makan masa dua hari. Kalau cuma dapat balik raya 5 hari, ya ampun! Terkejar-kejar gitu. Alhamdulillah, kedua belah keluarga kami suami isteri memahami. Ibubapa kami tak ada buat kami rasa bersalah tak dapat pulang beraya. Sekarang, kami dah berada di Terengganu. Suami Dini berjaya egtukar 2019. Maka berakhirlah sudah episod beraya di perantauan kami.




Oh, ya! Dini nak throwback sekejap percutian singkat pada hari raya tahun 2017 yang lalu di Samalaju Resort & Hotel Bintulu. Masa perjalanan ke hotel tu kami bertiga (Dalisa belum ada lagi) pakai baju raya lengkap. Sampai je di lobby hotel, lagu raya berkumandang. Fuhhhh… tengok ada beberapa keluarga lain turut check-in sama. Rasa hilang terus kesunyian. Lepas masuk bilik buat video call dengan keluarga di kampung. Seronok! Melepaskan rindu.







Anak Dini yang paling gembira sebab di boleh main kolam dengan aman. Tak ada orang sangat masa tu. Semua orang sibuk beraya pasalnya. Breakfast pagi esoknya pula dekat cafe berkumandang lagu raya dengan juadah tradisi raya Sarawak. Pelbagai jenis kek lapis terhidang. Sedapnyaaaa… Selesai breakfast pulang ke bilik bersiap pakai baju raya keluar jalan-jalan sekitar bandar Bintulu. 




Seronok, kan! Jadi, korang masih rasa tak dapat rentas negeri tu menghalang korang daripada beraya dengan gembira ke? Ayuh lemparkan jauh-jauh perasaan tu. Jom buka website Traveloka, pilih staycation cepat-cepat dan rasai sendiri kelainan staycation di hari raya. Karang  'fully booked' pula korang juga yang berhuhu. Jangan kata Dini tak payung 😉