Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

02 July 2012

Widget About Me beserta gambar | Thanks Jijah!

-



suka!!! sebab dni dah berjaya edit widget untuk About Me kat blog dengan jayanya setelah mengikuti tutorial yang dibuat oleh Jijah. ni bukan About Me yang biasa tu taw. boleh letak gambar... memang menarik ^__^







sape2 nak add fb dni leh klik kat situ je. nak g blogshop dni pun dah siap kat situ... birthday dni pun dah terpampang... so pasni akak-akak yang dok panggil dni kak/sis tu boleh sengih2 ye. sebab dni buat bisnes online, ramai yang lebih tua daripada dni dok panggil dni akak lak. kih3... kadang rasa lawak juga ;p



nak buat About Me korang jadi cemni juga?
jom ke blog Jijah. klik aje kat nama Jijah tu ye...
^__^



-

17 December 2010

Tutorial update blog melalui email

-
-
-
-
Tutorial ni diminta oleh Nadia... sorry tau dear... terlewat yang amat sangat dni buatkan untuk beliau sebab dni tak sempat+terlupa. hehehe... alasan no 2 tu yang tak leh pakai ;p nak wat cmana kan... terlupa sebab banyak pk pasal exam. dan, ada beberapa masalah sikit buat masa ni. nantilah after exam dni nak buat erita banyak-banyak. sekarang, nak story mory pun rasa cam ada roadblock je.... jom kita tengok tutorial update blog melalui email ^___^






untuk update blog melalui email, perkara yang pertama adalah klik ikon envelope pada dashboard tu. lepas tu akan keluar macam ni:







bila dah keluar benda ni, taipkan password korang kat bahagian kotak kosong tu. padamkan ayat secretWords tu tulis password sendiri. make sure tak ada orang tahu password tu. kalau tak, ada orang boleh update blog kita menggunakan email tau... bahaya...



contohnya password korang 12345, so taip je 12345 di kotak tu. pastu tekan save... then korang boleh tengok pada ikon envelope tu bertukar jadi warna peace... sekarang, korang dah boleh update blog melalui email. macam mana caranya? haa.. begini....






macam kita nak hantar email juga... kiranya email+password yang kita register kan tadi tu jadi alamat email untuk update blog kita serta-merta... taipkan je amni_shiro.12345@blogger.com. subject tu akan jadi title then taipkan aje kita nak cerita tentang apa. boleh attachkan file sama... mudah je kan ^___^









selamat mencuba!

15 November 2010

Tutorial | Video dalam post

-
-


tutorial untuk letakkan video dalam post ni direquest oleh sis Azzeyatin. ^___^ jadi, dni masukkan dalam segmen soal jawab bersama dni. ada dua cara untuk masukkan video dalam posts kita. pertamanya upload di posts kita dan satu lagi embed dan copy paste je.



Cara Pertama:



klik pada Add Video dan upload video yang kita nak letak dalam post.



step pertama, browse video, step kedua, masukkan tajuk video, step ke tiga, tick terms and conditions, dan yang terakhir klik butang upload video dan tunggu sehingga video tu siap diupload...



Cara Kedua:



embed dari Yout Tube atau mana-mana website dan copy code yang tertera di situ. copy paste je ke dalam posts kita. kalau nak pastikan video tu dah ada ke tak, preview dulu sebelum publishkan entry kita. mudah je kan :)




selamat mencuba!






-
-

22 August 2010

Tutorial | Cashout Pendapatan Nuffnang

http://www.cute-smiley.com


sejak akhir-akhir ini, dni selalu berhadapan dengan pertanyaan macam mana nak cashout pendapatan Nuffnang, macam mana nak dapat cek dari Nuffnang, macam mana nak tahu kita boleh dapat cek, macam mana nak suruh Nuffnang hantar cek, dan macam-macam yang sewaktu dengannya. so untuk balas semua komen dni rasa tak sempat... nak reply semua pertanyaan melalui email pun tak sempat juga. kalau yang suruh dni emailkan dia, yang tu dni tak akan buat langsunglah.. kecuali yang emailkan dni dan ada masa InsyaAllah dni reply..




http://www.cute-smiley.com

dni tak pasti sama ada yang bertanya tu tak perasan kat page Nuffnang menang dah ada perkataan cashout. kat situ memang dah tersedia ada. kita cuma perlu tekan je.




mula-mula korang login akaun Nuffnang dan klik Earnings seperti yang dni tunjukkan dalam gambar kat atas tu.


http://www.cute-smiley.com



pastu korang scroll sampai bawah, jumpa jumlah pendapatan korang dalam akaun Nuffnang. kat bawah jumlah pendapatan tu dah tersedia link untuk korang cashout kan pendapatan korang tu. klik saja. klik! hehe.. klik jangan tak klik :D


http://www.cute-smiley.com


cuma korang kena maklum bahawa bila korang klik untuk cashout, RM1 akan ditolak daripada pendapatan korang tu. RM1 je. jangan risau. setakat ni tak pernah ada lagi kes Nuffnang tolak sampai RM10 ke apa. so, klik aje. kalau kat bawah pendapatan korang tu tak tertera link cashout itu tandanya jumlah pendapatan korang kurang daripada RM50. minima untuk cashout adalah RM50. jadi, jangan panik ya... tunggu sampai jumlah pendapatan korang cukup atau melebihi RM50 nanti InsyaAllah akan dapat cashout dan dapat cek.


http://www.cute-smiley.com


itu sahaja.. sekian terima kasih..



http://www.cute-smiley.com



p/s:
takmo cashout dah.. huhu.. tunggu tahun depan..
harap tangan tak gatai klik. adeih..





29 April 2010

Tutorial : Meletakkan Link Dalam Komen Anda




tutorial ni dni dapat dari blog AiZ.. beliaula jadi sifu dni.
hehe.. thanks kepada beliau..



jadi dni nak share juga dengan readers blog dni kalau u ols nak letakkan link entry u ols dalam komen, u ols boleh gunakan benda ni..



(klik gambar untuk tumbesaran yang sempurna)


dni tak gheti la nak wat tutorial. alahai.. sila ke blog AiZ ye.. untuk lebih lanjut ;p


type benda ni dalam notepad pastu editla ye. pastekan ke dalam komen2.. nescaya pastu kua la link terus ke entry yang u ols nak share kat komen tu ^_^



selamat mencuba!



23 April 2010

Tutorial : Link Within

link within ni, sedar tak sedar ianya membantu kita dalam menarik minat pengunjung untuk melihat entry kita yang lepas-lepas.








mana satu link within tu? link within ltu adalah macam kat gambar atas tu, dia tulis 'you might also like'... ha... kan kekadang kalo gambo cek nuffnang ke termuncul kat situ tak ke orang rasa nak klik? hehe.. kalo ado cek nuffnang la. dni lom ado lagi ;p



jadi, kalau u ols berminat nak letak widget link within ni, mari bertutorial bersama dni ^_^


.....................................................
langkah 1:


u ols boleh ke http://www.linkwithin.com/learn?ref=widget utuk mendapatkan widget tersebut. klik je.. jangan segan silu. free of charge..



tada... keluar macam dalam gambar atas ni kan? so u ols isikan email, blog link u ols, platform (kalau blogspot, pilih blogger), width tu, u ols ikut suka sama ada nak letak 3-5 stories. macam dni, dni pilih 3..


.....................................................
langkah 2:




dah siap isi, klik Get Widget! so sekarang u ols dah boleh install widget tu ke blog u ols. tekan je Install Widget.



.....................................................
langkah 3:

da tekan install widget, dia kua macam tu. title tu kalau u ols nak tukar pon no hal. then, tekan add widget.



.....................................................
langkah 4:


ha... ini step terakhir tau. bila dah tekan add widget, dia automatik ke blog layout kita. jadi u ols kena tarik widget tu ke bawah blog post macam dalam gambar di atas. lepas tu tekan save. tunggu beberapa minit refresh blog u ols beberapa kali, InsyaAllah link within widget tu akan kua di entries u ols.




okay dah siap!



selamat mencuba
^_^




31 March 2010

Tutorial : Blogger in Draft


dni susah nak ngam ngan template2 atau background yang sedia ada ni. asyik tukar.. tukar.. tukar.. dan tukar... iyalah.. berkenan yang 3 column tapi designnya tak ngam.. berkenan yang 2 column pulak.. ada la mana-mana yang tak kena. asyik tak puas hati.. jadi, since blogspot dan mula ada blogger in draft ni, happy tahap max la dni. dapat design blog ikut citarasa sendiri..




nak tulisan besar mana.. warna apa.. pesen mana..semua depends pada diri sendiri.. bahkan nak berapa column dan column tu nak besau mana.. duk cmana.. dan pelbagai lagi lah! best kan? main designkan blog sniri ala-ala designer gitew. ahahaha...



okeh.. memula nak buat tu kena kasi dia jadi Make Blogger in Draft... tekan link kat bawah dni bagi tu... terus jadi blogger in draft blog u ols.. yang penting, u ols sign in dulu la.. hehe..



CLICK HERE




okeh.. dah jadi? meh kita tengok cmana ianya berfungsi.. testingggg.. 1 2 3 ;p



Langkah 1:

dah masuk dalam blogger in drat tu.. u ols kena klik kat kotak yang dni bulatkan merah.. tekan situ. pastu u ols klik layout..






Langkah 2:

dah klik layout, u ols tengok kat kanan sekali tu... ada bertambah lagi satu benda iaitu template designer... ha... klik yang tu.. ^_^





Langkah 3:



ha... kan kua benda ni.. u ols leh la jadi designer untuk blog sendiri.. ikut suka hati u ols la nak hantam blog tu jadi cmana... ianya bermula di sini... cheyyhhh... comella blog uols nanti :)



memula tekan template tu u ols nak yang cmana... pastu pilih la background.. yang penting u ols tekan drop down button yang kat tengah tu ditulis backgroun image... then u ols pilih kat selest background image mengikut citarasa u ols.. nak jenis abstract ke.. ape ka.. terpulang. cam dni, dni suka plain kaler je.. hihii



Langkah 4:


dah siap godek-godek backgrond, u ols bolehla pilih nak layout pesen mana.. 2 column ke.. 3 column ke.. layout ke kiri ke.. kanan ke.. tengah ke.. apa saja.. kalau tak puas hati nampak kecik ke terlalu besar ke.. klik je adjust width tu.. adjust sendiri nak besau mana... easy kan?







Langkah 5:


selesai yang tu, u ols tekan advance untuk lebih lanjut. yang ni rumit sikit sebab kena alert satu-satu. karang silap tukar, nak tulisan lain, jadi tulisan lain.. haa... pakai spek tebal2.. ;p




Langkah 6:



u ols leh tekan view blog untuk preview setiap ubahsuai yang u ols buat.. pastu bila dah agak-agak puas hati, tekan la apply to blog.. serta merta gak blog u ols menjadi cun mengikut pilihan hati u ols sendiri.. best kan? jadi designer.. eceheeehhh... ^_^








selesai sudah tutorial untuk Make Blogger in Draft ni... dni pon tak berapa arif sebenarnya. cuma berkongsi idea untuk mana-mana u ols nak buat background atau template baru. dni pon duk design2 balik blog dni.. nak puaskan hati ni untuk dapat design yang menepati pandangan mata dni. hikss...



Good Luck tau u ols!
^_^