23 April 2010

Tutorial : Link Within

link within ni, sedar tak sedar ianya membantu kita dalam menarik minat pengunjung untuk melihat entry kita yang lepas-lepas.








mana satu link within tu? link within ltu adalah macam kat gambar atas tu, dia tulis 'you might also like'... ha... kan kekadang kalo gambo cek nuffnang ke termuncul kat situ tak ke orang rasa nak klik? hehe.. kalo ado cek nuffnang la. dni lom ado lagi ;p



jadi, kalau u ols berminat nak letak widget link within ni, mari bertutorial bersama dni ^_^


.....................................................
langkah 1:


u ols boleh ke http://www.linkwithin.com/learn?ref=widget utuk mendapatkan widget tersebut. klik je.. jangan segan silu. free of charge..



tada... keluar macam dalam gambar atas ni kan? so u ols isikan email, blog link u ols, platform (kalau blogspot, pilih blogger), width tu, u ols ikut suka sama ada nak letak 3-5 stories. macam dni, dni pilih 3..


.....................................................
langkah 2:




dah siap isi, klik Get Widget! so sekarang u ols dah boleh install widget tu ke blog u ols. tekan je Install Widget.



.....................................................
langkah 3:

da tekan install widget, dia kua macam tu. title tu kalau u ols nak tukar pon no hal. then, tekan add widget.



.....................................................
langkah 4:


ha... ini step terakhir tau. bila dah tekan add widget, dia automatik ke blog layout kita. jadi u ols kena tarik widget tu ke bawah blog post macam dalam gambar di atas. lepas tu tekan save. tunggu beberapa minit refresh blog u ols beberapa kali, InsyaAllah link within widget tu akan kua di entries u ols.




okay dah siap!



selamat mencuba
^_^




22 April 2010

Yusmira Soy Collagen ; My Favourite!


baru je balik shopping.. petang tadi abah baik kerja, terus yayang ajak beliau shopping..
ah... dni tumpang sekaki la ape lagi ;p hehe..
saja ikut nak pegi beli stok minuman kegemaran..
yusmira soy collagen! yesss...
sangat sedap ^_^




dah seminggu stok yusmira soy collagen ni habis. tu pasalla melilau cari stok.
wajib beli di yusmira trading sebab leh dapat diskaun. hehe.. takpela diskaun 2-3 ringgit pon kira berbaloi la juga kan?


so malam ni boleh bercollagen la..
nyummm...




14 April 2010

Yeay! Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion : Recommended by Red Mummy ^_^


lepas je baca entry kak red tadi, berdesuppp dni pergi ke guardian..
nak beli toner Hada Labo, Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion!
^_^



haha! seriously teruja coz hari tu dni dah pandang-pandang jeling-jeling kat produk ni cuma tak terpanggil lagi nak beli.. u ols tahu-tahu sajalah dni suka produk korea-jepun..
pengguna Skin79 yang tegar!
hehe..





ready nak gi guardian! jom jom jom ^_^




alrite dah sampai ke destinasi.. dah jumpa... yezzaa!
mari beli.. mari beli..
(heh, ajak orang beli macam dni dapat komisyen lak kan? tak dapat la.. huhu.. nak komisyen gak, :'( isk iskk... )




wajib beli u ols! wajib wajib wajib!


nahhh.. menimbun lak pembelian cik dni ni.. ayoyooOoo kata nak beli toner Hada Labo je.. apesal berduyun-duyun lak dibelinya.. haha. pompuan! biasala ;p



ini dia..
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion
dni beli dengan harga RM36.88.. :)



okay, dni dah try toner ni..
tak ada bau.. dan ianya sedikit melekit pada mulanya.. macam pakai beautee ampoule.. tapi lepas absorb elok dalam kulit, melekit tu dah tak ada sangat.. and seriously rasanya macam pakai beautee ampoule.. segar, tegang, dan jadi flawless la pulak bila pakai bb cream dan juga bedak compact. wow! rasa muda pulak erk, bila masa lak dni tua, haha!



seronoknya..
recommended, okay! comel-ccomel jadinya.. aw aw aw gumbira..
mulus okay.. lalalala..




hmm.. beli untuk diri sendiri je ke? tidak.. tidak.. ini adalah untuk Deen..
^_^ nak kasi pada beliau nanti.. boleh buang black head, kan?
cian dia naik motor kena asap2 tu..
haa skang ada black head remover, bolehla pakai seminggu sekali..
licinla hidung beliau..
hehe..



kalau u ols nak cun melecun dan comel-comel gebus wal mulus ala-ala kak Red Mummy, bolehla try ye.. mana la tahu kena ngan kulit u ols, terus jelita jadinya. ;p



nak tengok entry kak Red Mummy mengenai Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion? KLIK SINI






03 April 2010

Pengalaman Berurusan Dengan Syarikat Penerbitan Novel..


kalau anda yang berminat nak cuba nasib dengan menghantar karya macam novel, cerpen dan sebagainya ke syarikat penerbitan tu... korang kena cekalkan hati tau.. sebab.. dni pernah berurusan dengan mereka.. malas nak cakap syarikat mana. tapi ada tiga syarikat yang dni cuba nasib.. iyalah.. dah siapkan novel setebal 300++ muka surat, pastilah teruja nak dipublishkan..



teringin nak ada novel sendiri.. seperti mana penulis-penulis novel terkenal kat Malaysia ni. dni usahakan selama setahun lebih. walaupun ada beberapa rintangan seperti kehilangan idea, draft hilang, folder tak boleh buka sebab virus, novel tu lenyap dek laptop rosak.. tapi ianya tak mematahkan semangat dni untuk menyiapkan cerita tu.. ya.. cerita yang dni angan-angankan untuk diterbitkan..



sekarang, cerita tu ada dalam laptop lama.. dah lama dni tak cuba buka laptop tu. sebab dni kecewa.. setelah berbulan-bulan dni emelkan pada publishers, apa yang dni dapat hanyalah balasan emel yang macam ni..


  • boleh tak saudari emelkan semula pada pihak kami. kami tak menemui emel yang saudari maksudkan
  • maaf, kami punya banyak emel yang perlu dibaca. jadi pihak kami memohon ribuan kemaafan sekiranya emel saudari tidak dibaca
  • kami berminat dengan karya saudari. namun pihak kami tidak menerima karya baru buat masa ini

dan lain-lain..



tak kurang juga ada yang senyap macam tu je. kalau tak suka, bagitahu je, senang. ini buat orang rasa sakit hati. dni bukan hantar satu cerita. tapi hampir 5 cerita. 1 novel dan yang lain-lain tu cerpen. emelkan beberapa kali benda yang sama.. kecewa sangat. tak terkata rasa kecewa tu. sebab kita taruhkan kepercayaan pada syarikat tu untuk baca karya kita.. menilai dengan adil saksama.. tapi bila ada cerita tiba-tiba keluar setahun lepas tu hampir sama dengan cerita kita.. tidakkah kita rasa bertambah kecewa? :'(




sekarang, dni kuburkan saja hasil karya dni.. biarkanlah ia bersemadi dalam hati dni.. dni pasrah.. dan mungkin jika ada kekuatan, dni akan publishkan novel tu pada satu blog baru.. biarlah ia tak menjadi sebuah novel yang diidamkan dni. namun bila ianya dapat dibaca oleh anda semua nanti, itu sudah cukup memadai buat dni..






###oh.. luahan hati..###



31 March 2010

Tutorial : Blogger in Draft


dni susah nak ngam ngan template2 atau background yang sedia ada ni. asyik tukar.. tukar.. tukar.. dan tukar... iyalah.. berkenan yang 3 column tapi designnya tak ngam.. berkenan yang 2 column pulak.. ada la mana-mana yang tak kena. asyik tak puas hati.. jadi, since blogspot dan mula ada blogger in draft ni, happy tahap max la dni. dapat design blog ikut citarasa sendiri..




nak tulisan besar mana.. warna apa.. pesen mana..semua depends pada diri sendiri.. bahkan nak berapa column dan column tu nak besau mana.. duk cmana.. dan pelbagai lagi lah! best kan? main designkan blog sniri ala-ala designer gitew. ahahaha...



okeh.. memula nak buat tu kena kasi dia jadi Make Blogger in Draft... tekan link kat bawah dni bagi tu... terus jadi blogger in draft blog u ols.. yang penting, u ols sign in dulu la.. hehe..



CLICK HERE




okeh.. dah jadi? meh kita tengok cmana ianya berfungsi.. testingggg.. 1 2 3 ;p



Langkah 1:

dah masuk dalam blogger in drat tu.. u ols kena klik kat kotak yang dni bulatkan merah.. tekan situ. pastu u ols klik layout..






Langkah 2:

dah klik layout, u ols tengok kat kanan sekali tu... ada bertambah lagi satu benda iaitu template designer... ha... klik yang tu.. ^_^





Langkah 3:



ha... kan kua benda ni.. u ols leh la jadi designer untuk blog sendiri.. ikut suka hati u ols la nak hantam blog tu jadi cmana... ianya bermula di sini... cheyyhhh... comella blog uols nanti :)



memula tekan template tu u ols nak yang cmana... pastu pilih la background.. yang penting u ols tekan drop down button yang kat tengah tu ditulis backgroun image... then u ols pilih kat selest background image mengikut citarasa u ols.. nak jenis abstract ke.. ape ka.. terpulang. cam dni, dni suka plain kaler je.. hihii



Langkah 4:


dah siap godek-godek backgrond, u ols bolehla pilih nak layout pesen mana.. 2 column ke.. 3 column ke.. layout ke kiri ke.. kanan ke.. tengah ke.. apa saja.. kalau tak puas hati nampak kecik ke terlalu besar ke.. klik je adjust width tu.. adjust sendiri nak besau mana... easy kan?







Langkah 5:


selesai yang tu, u ols tekan advance untuk lebih lanjut. yang ni rumit sikit sebab kena alert satu-satu. karang silap tukar, nak tulisan lain, jadi tulisan lain.. haa... pakai spek tebal2.. ;p




Langkah 6:



u ols leh tekan view blog untuk preview setiap ubahsuai yang u ols buat.. pastu bila dah agak-agak puas hati, tekan la apply to blog.. serta merta gak blog u ols menjadi cun mengikut pilihan hati u ols sendiri.. best kan? jadi designer.. eceheeehhh... ^_^








selesai sudah tutorial untuk Make Blogger in Draft ni... dni pon tak berapa arif sebenarnya. cuma berkongsi idea untuk mana-mana u ols nak buat background atau template baru. dni pon duk design2 balik blog dni.. nak puaskan hati ni untuk dapat design yang menepati pandangan mata dni. hikss...



Good Luck tau u ols!
^_^