08 February 2011

Heliza Helmi by Yasalma | Jenama pakaian Heliza Helmi penyanyi comel lotey tu

-
-
-
Heliza Helmi kini melangkah maju setapak demi setapak ke hadapan... beliau dah mula memiliki pakaian berjenama sendiri iaitu Heliza Helmi by Yasalma... pasti ramai yang berminat untuk memiliki pakaian dari jenama beliau sebab beliau kan comel.. kalau pakai pakaian jenama Heliza Helmi sure rasa comel macam beliau kan kan kan? hehe... harganya memang berpatutan bagi mereka yang berkemampuan sebab rekaan untuk jenama Heliza Helmi by Yasalma ni terhad dan ekslusif... harganya pula adalah sekitar RM25-350...








kalau ada yang berminat nak tempah pakaian jenama Heliza Helmi by Yasalma bolehlah ke facebook beliau atau emailkan sahaja ke helizahelmiyasalma@gmail.com. dni duk mengusha skirt labuh tu.. dni suka pakai skirt. hehe... cam ayu gitu kan.. eleh bajet ayu lak haku nih haha ;p





apapun, dni nak ucapkan tahniah buat Heliza Helmi sebab dah berjaya dalam pelbagai bidang... dapat ijazah dalam bidang pendidikan.. jadi motivator... berjaya dalam bidang lakonan, nyanyian, peragaan, dan sekarang ni punya jenama pakaian sendiri pula.. businesswoman yang berjaya... dan beliau punya kelebihan tersendiri.. cantik yang tidak disangkal lagi.. kan... bertuahnya Heliza... Alhamdulillah beliau pandai jaga diri... semoga Heliza Helmi terus sukses dalam kehidupan.. amin...




p/s:
kami sebaya... ;)




05 February 2011

Petua merawat selesema... hidu bau halia pun bagus ^__^



Ada tak yang duk hasyumm hasyummm kes selesema skang ni?

Dni lah tu. Aduhai, penat layan bersin sekarang. Hidung dini pun dah mengelupas teruk. Kesnya Dni asyik lap hingus yang duk meleleh ni. Tetiba rasa macam nak cuba petua melegakan selesema. Lalu  Dini bertemuan dengan petua ini:






http://3.bp.blogspot.com/_I3iN9BWRJkc/TS1bOsOjOLI/AAAAAAAAASk/VoggoBE07MQ/s1600/sneezing.jpg






1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.




hehe.. boehlah kita pakat cuba lepas ni. Dni sedang mengalami selesema teruk, jadi dni nak kongsikan tips dengan kalian... 😊✌️




p/s:
selamat mencuba! dni nak cuba yang no 2 tu ;)





31 January 2011

Rekod pengunjung blog dan Pakej Pengiklanan di Ardinihumaira.com




Paid Review/ Collaboration


Email : ardinihumaira@gmail.com
Whatsapp: 0145170578

----------------------------------------------------------------

Blog ini menyediakan servis pengiklanan dalam bentuk banner, produk, draft review, atau blogpost/ entry bergambar dengan harga yang berbeza.

Sebut harga akan diberikan melalui email.

Review/ Collaboration juga boleh dibuat di akaun FB/Instagram milik saya.






12 January 2011

Bedak SimplySiti best tak?

-
-
-


ramai nak tahu mengenai produk SimplySiti ya... siap email dni lagi. hehe... ololo cutenye... meh meh dni nak story mengenai compact powder SimplySiti yang dni beli hari tu... dni beli Simply Perfect 2 Way Cake SPF30 Light Beige. harga dni dah lupa. tak silap dni. RM40 lebih cemtu masa ada jualan sempena hari krismas.





sebenarnya produk ni dni excited nak guna sebab ianya produk keluaran Datuk Siti Nurhaliza... yes, sape tak rasa teruja nak guna produk artis pujaan hati kan? termasuklah dni. hehe... dah lama usha kat watson tapi asyik batalkan niat nak guna 2 way cake coz dni memang rasa best guna bedak Avon. kalau nak buat perbandingan yang ni dengan bedak avon yang dni biasa guna, of course dni suka yang dni biasa guna... bedak Simply Siti ni macam berdebu sikit. bau dia harum sangat-sangat. lembut dan juga bila dah sebati dengan mekap kita, nampak rata... cantik...



bekas dia lawa... tengoklah tempat bedak tu siap ada penutup khas ;)





kalau korang kulit jenis berminyak mungkin boleh masyuk kot dengan bedak ni sebab dia berdebu sikit. kalau kulit kering, mudah nampak kekeringan... so far, okayla dni guna... baru try dalam 2-3kali je... ermmm... bab nak kasi bintang... kasi 4 bintang boleh? hehe...







berminat nak beli bedak ni? tips dni... g watson jangan pakai bedak pastu berbedak dengan tester kat situ. haaa boleh tahu terus kena dengan kulit kita ke tak hehe ^___^









31 December 2010

My top 10 beauty product 2010




- - -
jom semak barangan kecantikan yang menjadi pujaan hati dni pada tahun 2010 ^__^




1) Glimmerstick Eyeliner Blackest Black-Avon



eyeliner ni tahan lama... pakai pun tak melekit, tak comot dan murah.

harga : RM9.90



2) Ideal White dual powder foundation - ivory


walaupun try banyak jenis compact powder tapi dni tetap akan beralih kepada compact powder ni. sebab warna ni paling kena dengan kulit dni. muka jadi nampak cerah berseri. hehe...

harga : RM39.90


3) Skin 79 Diamond Absolute Total Bb Cream


bestttt giler! tak pakai foundation atau cream pun dah ready untuk mekap atau pergi jalan-jalan. sapu bedak je. muka terus nampak comel. hehe perasan ;p but dni siriyes tak tipu. bb cream memang best!


harga: RM79.90



4) Watsons GrapeBella lip treatment



suka sebab dia comel. hehe...

harga : RM8.90


5) True Color Blush - peach


warna dia comel.. tak berapa nak pink tak berapa nak peach... kenala dengan kulit dni. dni suka pakai hari-hari. kalau rajin la hehe... biasanya ada function apa-apa, sapu tebal sikit. kalau kua shopping, sapu nipis... terus muka nampak segar bugar!

harga: RM27.90


6) Beautee Gold Serum


kalau rajin pakai, muka memang nampak cun... tak mekap pun jadi lawa.. tapi malas! yess... dni pemalas. tapi dni suka sangat Gold Serum ni. asal rajin je tentu muka nampak cun. cuma dah 3 bulan dni skip tak pakai langsung sebab busy tak sempat. ingat pegi spa boleh comelkan muka... tetiba jadi teruk. besok start pakai balik!

harga: RM80

7) Anew Skincare set


facial foam


toner



day & night cream

intensive correcting serum


set Anew ni dni pakai hari-hari sebagai penyelesaian melembapkan kulit. kalau rajin, dni akan pakai Gold Serum atau Ampoule tapi bila busy memang tak sempat nak berampoule atau berserum bagai ni. terus pakai set skin care ni je... but so far, Alhamdulillah semua ni kena dengan dni.


harga satu set : RM150-170



8) Skin 79 Rose Mist Toner



mist toner ni best sebenarnya cuma dni jarang spray. kalau duk rumah tak pe. tapi after pakai mekap memang malas nak spray. bau rose mist toner ni macam boleh jadi therapy... sangat tenang dan mendamaikan ;)


9) Beautee Ampoule


ini best! terutamanya vitamin c dan juga neutralizing ampoule.

harga: RM30



10) True color eyeshadow quad


yang ni eyeshadow je tau. compact powder tu bukan.. hehe.. yang tu duk stage no 11. tapi tak ado no 11. 10 cukup la. dni sangat suka dengan warna ni... buat mata nampak besar dan err... comel ;p

harga: Rm25-27







p/s:
tahun depan nak cuba simply siti punya produk ;)