31 December 2011

Sejarah terindah 2011 dalam hidup ku



- - - -
Alhamdulillah... 2012 bakal tiba besok hari. banyak sejarah yang manis telah berlaku pada tahun 2011. terlalu banyak... syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang untuk dni mengecapi setiap kemanisan dan keindahan itu... *menitis ayaq mata* sungguh bahagia bersama insan-insan tersayang... dahulunya, dni tinggal bersama dengan keluarga... encik tunang jauh di sarawak... dok rindu kat encik tunang setiap masa... sekarang, encik tunang dah tukar status jadi encik suami yang sentiasa berada di sisi... keluarga jauh di kelantan... sekejap saja masa berlalu... sedar-sedar... dni sekarang dah pun berada di bumi kenyalang, negeri kelahiran dni... :')





menyingkap kembali sejarah 2011 dni... bermula dengan kisah pertunangan pada 3 februari 2011... Alhamdulillah, hubungan cinta kami direstui keluarga. majlis pertunangan yang simple dan berlangsung dengan jayanya di kediaman keluarga dni di kelantan.




pertunangan kami :')



pada november 2011, Alhamdulillah... dni tamat menjalani peperiksaan untuk semester akhir di sebuah kolej. berkat usaha dan doa umi aba yang tak pernah putus asa dalam memberikan semangat dan dorongan, akhirnya membuahkan hasil... jasa mereka berdua tak mampu dni balas. terima kasih yang tidak terhingga buat abah dan umi yang sentiasa sabar melayan kerenah anak sulungnya ini!... *okenggg menangis lagiiii*





me & hubby


dan pada 10 disember 2011, Alhamdulillah akhirnya dni dan deen selamat disatukan menjadi sepasang suami isteri dengan sekali lafaz *rasa macam suami daku ni superhero je bila berjaya lafaz akad nikah skali je ehehe..* tq buat seluruh ahli keluarga yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis perkahwinan kami...





17 disember 2011, pertama kali dalam hidup dni melangkah masuk ke kediaman suami dni di terengganu masa majlis bertandang. syukur, semuanya berjalan dengan lancar... keluarga hubby pun mesra-mesra belaka. malam 21hb disember masa berangkat balik ke kelantan paling syahdu... mak dan ayah menitis air mata masa hantar kami berdua naik bas. huhu... malam tu juga kami sampai di kelantan... pertama kali juga dalam hidup dni bertemu dengan blogger, Weeda dan Bb Syazrani di kenduri kawen kat terengganu. tq ya korang sebab sudi datang!





mata bengkak kat KL hihiii ;p


tanggal 25 disember 2011, dni dan suami berangkat ke miri dari airport kota bharu-lcct-miri. satu family dni ke airport untuk hantar dni dan suami. masa nak masuk balai berlepas tu, adegan menangis mula berlangsung. adat la tu kan... mujur tak ramai orang sangat ketika tu, kalau tak, malu juga ;p




sepanjang perjalanan dari kota bharu-lcct tu dni menangis je sebab ternampak kereta family kat tepi pagar airport untuk melihat penerbangan kami berdua. syahdu bebenau, hubby lak kuat nau menyakat tak sudah-sudah. malu kat kakak sebelah... hehe... tapi mujurlah dia faham. maybe dia tengok inai di jari dni... lepas hubby ke toilet, kakak sebelah terus tanya, "baru kawen ke dik? nak ke mana?". mula-mula dni boleh jawab dengan tenang... jawab yang dni baru je kawen dan ikut suami kerja di miri... lepas akak tu cakap "baguslah dik, muda-muda dah merasa pergi ke tempat orang. boleh timba pengalaman. ada rezeki, boleh tukar ke semenanjung nanti. taniah tau!". ngeee... mengalir ayaq mata terus la apo lagi... haha! maliiuuuuu ja ngan akak tu.





apapun, kenangan itu semua sangat indah... tak mungkin dni lupakan kecuali kalau dni hilang ingatan. sekarang, dni jari suri rumah je lah. ada rezeki, InsyaAllah dapat kerja. ingat nak cari kerja juga... tapi kalau tak ada rezeki untuk dapat kerja di miri ni, dni jadi blogger sepenuh masa la jawabnye ^___^ harap-harap ada rezeki untuk dni dapat kerja pada 2012 nanti... doakan dni ye kawan-kawan!





selamat menyambut tahun baru 2012!








-

29 comments:

  1. Banyaknya kenangan indah dni thn 2011 ..:) smg dni bhgia mjlni khidupan sbg seorg is3..:) jgn byk nangis tau...sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. @@juera


    Alhamdulillah...
    tq dear!
    hehe menangis sebab syahdu + rindu + bahagia...

    ReplyDelete
  3. Selamat Pengantin baru dan selamat tahun baru untuk Dni.. Biasalah kot tinggalkan keluarga yang dah rapat dengan kita... Nway, wish all the best untuk Dni n Deen... Semoga dipermudahkan perjalanan...

    ReplyDelete
  4. wahhh~pttlah lame menyepi!hehehe..
    congrats dni!smoga kekal hngga ke akhir hayat..=)

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun 2012 dan selamat pengantin baru Dni !!! ^^ .. Terlambat plak nak wish sebab dah lama tak BW kat sini kan ... Thehehe

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut tahun 2012...
    dan selamat menempuh alam baru di tempat baru...:)

    ReplyDelete
  7. waaa dni dah kat sarawak..duk baik2 yer..sayang sekali tk dpt jumpa di kedua2 majlis..byk hal yg berlaku hujung2 thn ni..pape pun semuga dni n deen dimurahkan rezeki dapat timang anak cepat2.. :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah dni...
    Harus tabahkan hati...
    kalu x ada keje menjahit pon boleh datang sumber pendapatannya...hiuhiuh...
    Mula2 memang x biasa....lama2 biasa lah...
    apa pon semoga dni bahagia disamping suami tersayang...
    Selamat Tahun Baru Dni... ^__^

    ReplyDelete
  9. tumpang gembira utk sis:) moga segala urusan sis dimpermudahkanNya...amin....

    ReplyDelete
  10. happy new year!!!
    semoga bahagia selalu...

    ReplyDelete
  11. weeee...

    nak nangis plop bce entri dini..huhu...jaga diri kt tempat org neh..

    ReplyDelete
  12. semoga tahun 2012 lebih membawa kebahagian kepada kak dni :)

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baru dni=)
    i'm ur follower b4 u kawen lagi..
    now, tumpang bahagia=)

    ReplyDelete
  14. selamat tahun baru..semoga di murahkan rezeki dan dapat baby cepat2..hihi...

    ReplyDelete
  15. tahniah kak dni...insyaALLAH dpt tu keja kt miri.. :)full time blogger pun ok gak tu.. anyway, wishing kak dni a blessed year :)

    ReplyDelete
  16. semoga berkekalan... org cakap bertunang banyak dugaan... tahniah dapat ke jinjang pelamin..semoga kebahagian dan bercintalah sampai ke sorga...

    ReplyDelete
  17. Selamat tahun baru dear..

    & Selamat menjadi surirumah ye :)

    ReplyDelete
  18. kenangan tu paling tak dilupa kan sis..sgt berharga!..selamat menjalani bahtera perkahwinan sis :) sama2 kita jadi isteri solehah ^^

    ReplyDelete
  19. ok.. qlah pulak terasa nak nages.. hihi .

    touching.. hihi :')

    ReplyDelete
  20. akak... qlah nak ucapkan selamat tahun baru .

    maafkan segala silap dan salah qlah .
    halalkan segala masa akak dengan qlah ye..

    qlah syg akak :')

    ReplyDelete
  21. waa..dni lahir kat bumi kenyalang ke..tak tahu pon..

    selamat tahun baru & selamat menjadi surirumah..besh tau..

    ReplyDelete
  22. Wah, datang Sarawak ke nanti... Leh la jumpa kalau akak turun Kuching. =)

    ReplyDelete
  23. jelesnya leh jadi housewife...insha-allah byk pahala dan keberkatan nanti.dni leh besarkan ramai muslim dan muslimah dengan baik...hehehe

    mode-sedih....nak kena g masuk keje dah esok...tak dapat lagi jaga anak2 kat umah :(

    ReplyDelete
  24. duk cari post dni kahwin ni..akhirnya jumpa..hehe

    Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Dni, semoga berbahagia bersama suami hingga ke akhir hayat..dikurniakan anak2 yang soleh solehah..Amin

    ReplyDelete
  25. sedey je baca..biasala kene ikut suami ..dulu berjauhan dgn bakal suami skrg berjauhan dgn keluarga pula.....

    ReplyDelete
  26. sedey je baca..biasala kene ikut suami ..dulu berjauhan dgn bakal suami skrg berjauhan dgn keluarga pula.....

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.