Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

31 December 2011

Sejarah terindah 2011 dalam hidup ku



- - - -
Alhamdulillah... 2012 bakal tiba besok hari. banyak sejarah yang manis telah berlaku pada tahun 2011. terlalu banyak... syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang untuk dni mengecapi setiap kemanisan dan keindahan itu... *menitis ayaq mata* sungguh bahagia bersama insan-insan tersayang... dahulunya, dni tinggal bersama dengan keluarga... encik tunang jauh di sarawak... dok rindu kat encik tunang setiap masa... sekarang, encik tunang dah tukar status jadi encik suami yang sentiasa berada di sisi... keluarga jauh di kelantan... sekejap saja masa berlalu... sedar-sedar... dni sekarang dah pun berada di bumi kenyalang, negeri kelahiran dni... :')





menyingkap kembali sejarah 2011 dni... bermula dengan kisah pertunangan pada 3 februari 2011... Alhamdulillah, hubungan cinta kami direstui keluarga. majlis pertunangan yang simple dan berlangsung dengan jayanya di kediaman keluarga dni di kelantan.




pertunangan kami :')



pada november 2011, Alhamdulillah... dni tamat menjalani peperiksaan untuk semester akhir di sebuah kolej. berkat usaha dan doa umi aba yang tak pernah putus asa dalam memberikan semangat dan dorongan, akhirnya membuahkan hasil... jasa mereka berdua tak mampu dni balas. terima kasih yang tidak terhingga buat abah dan umi yang sentiasa sabar melayan kerenah anak sulungnya ini!... *okenggg menangis lagiiii*





me & hubby


dan pada 10 disember 2011, Alhamdulillah akhirnya dni dan deen selamat disatukan menjadi sepasang suami isteri dengan sekali lafaz *rasa macam suami daku ni superhero je bila berjaya lafaz akad nikah skali je ehehe..* tq buat seluruh ahli keluarga yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis perkahwinan kami...





17 disember 2011, pertama kali dalam hidup dni melangkah masuk ke kediaman suami dni di terengganu masa majlis bertandang. syukur, semuanya berjalan dengan lancar... keluarga hubby pun mesra-mesra belaka. malam 21hb disember masa berangkat balik ke kelantan paling syahdu... mak dan ayah menitis air mata masa hantar kami berdua naik bas. huhu... malam tu juga kami sampai di kelantan... pertama kali juga dalam hidup dni bertemu dengan blogger, Weeda dan Bb Syazrani di kenduri kawen kat terengganu. tq ya korang sebab sudi datang!





mata bengkak kat KL hihiii ;p


tanggal 25 disember 2011, dni dan suami berangkat ke miri dari airport kota bharu-lcct-miri. satu family dni ke airport untuk hantar dni dan suami. masa nak masuk balai berlepas tu, adegan menangis mula berlangsung. adat la tu kan... mujur tak ramai orang sangat ketika tu, kalau tak, malu juga ;p




sepanjang perjalanan dari kota bharu-lcct tu dni menangis je sebab ternampak kereta family kat tepi pagar airport untuk melihat penerbangan kami berdua. syahdu bebenau, hubby lak kuat nau menyakat tak sudah-sudah. malu kat kakak sebelah... hehe... tapi mujurlah dia faham. maybe dia tengok inai di jari dni... lepas hubby ke toilet, kakak sebelah terus tanya, "baru kawen ke dik? nak ke mana?". mula-mula dni boleh jawab dengan tenang... jawab yang dni baru je kawen dan ikut suami kerja di miri... lepas akak tu cakap "baguslah dik, muda-muda dah merasa pergi ke tempat orang. boleh timba pengalaman. ada rezeki, boleh tukar ke semenanjung nanti. taniah tau!". ngeee... mengalir ayaq mata terus la apo lagi... haha! maliiuuuuu ja ngan akak tu.





apapun, kenangan itu semua sangat indah... tak mungkin dni lupakan kecuali kalau dni hilang ingatan. sekarang, dni jari suri rumah je lah. ada rezeki, InsyaAllah dapat kerja. ingat nak cari kerja juga... tapi kalau tak ada rezeki untuk dapat kerja di miri ni, dni jadi blogger sepenuh masa la jawabnye ^___^ harap-harap ada rezeki untuk dni dapat kerja pada 2012 nanti... doakan dni ye kawan-kawan!





selamat menyambut tahun baru 2012!








-

30 August 2010

Hantaran Pertunangan Part 1

sedar tak sedar, bulan Ogos dah nak melabuhkan tirainya... besok adalah hari terakhir dalam bulan Ogos yang merupakan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53. september bakal tiba tak lama lagi... owhhh.. bahang 2011 seakan-akan telah terasa...



InsyaAllah jika tiada aral yang melintang menegak menonggek dan lain-lain lagi, majlis pertunangan dni akan diadakan pada hujung tahun ini. perancangan ajelah... tak buat majlis pun tak apa sebenarnya kan.. tapi sebab nak perkenalkan cik tunang dni pada sedara-mara dan beberapa rakan terdekat maka eloklah dibuat majlis kecil-kecilan tu. bolehla sape-sape nak bergambar ke apa sebab kitorang dah beli set baju ala-ala pengantin. eh, memang kain baju pengantin pon. kihkihkihhhh...





sebagai persiapan awal, dni dah beli beberapa barangan untuk hantaran. antaranya adalah towel. hehe.. kasi towel yang ada tulis 'Selamat Bertunang' tu macam comel je kan. mulanya nak ambil bantal peluk yang ada tulis 'Selamat Bertunang' tapi macam tak best pula kan.. kot la Deen segan nak bawak bantal tu nanti. hehe... towel mana satu yang jadi pilihan dni? rahsia... ;p




banyak lagi yang belum beli..baju pon belum tempah lagi.. haisyyy bila badan nak surut ni. asik makan banyak je.. tapi baju ni kalau tak sepat tempah pun no hal je.. kasi kat umi dni suh jahit ala kadar mana patut pastu reti-reti la dni ubah suai :D hobi dni la tu.. hehe...





p/s:
tak sabar pulak nak pakai baju tu...hmmm
^__^